Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 14 April 2010

SERANGAN BERMULA: Datuk Zahid Tolong Jawab!


Sejak nama Datuk Zahid Ibrahim diumumkan sebagai  calon PKR untuk PRK Parlimen Hulu Selangor, maka bermulalah serangan yang dibuat oleh blogger pro-UMNO. Saya tidak mahulah siarkan kesemua "peluru" yang ditujukan kepada Datuk Zaid kerana inti pati kiriman mereka sama sahaja.

Kiriman salah seorang blogger/penyokong tegar UMNO di blognya, menyatakan:


Buat jentera-jentera Barisan Nasional di Hulu Selangor, ini adalah bonus besar bagi kempen kita di Hulu Selangor. Ini berdasarkan faktor-faktor berikut:
1. Datuk Zaid merupakan seekor katak yang terang-terang melompat dari parti UMNO ke PKR. Di dalam usaha terdesak puak-puak Pakatan Haram menghentam ahli-ahli mereka keluar parti dengan menjadi ahli bebas, Datuk Zaid merupakan Putera Katak yang sebenar. Saya namakan sebagai "The Prince Of Frogs"
2. Datuk Zaid terkenal dengan kegemarannya "menonggang" botol-botol minuman haram. Sejak saya bertugas di sebuah Bank di Petaling Jaya awal tahun 90an, adalah menjadi kebiasaan bagi pegawai kredit seperti saya melawat pejabatnya, Zaid & Co. untuk urusan dokumentasi perundangan pelanggan. Bagi sesiapa yang pernah melawat pejabat Datuk Zaid dan rapat dengannya, pasti tahu kegemarannya dengan minuman syaitan ini.
3. Datuk Zaid juga terkenal dengan penyakit goutnya. Buat penduduk-penduk di Hulu Selangor, banyak-banyakkanlah belanja Datuk Zaid makan daging merah dan makanan laut. Silap-silap bertongkat kemudiannya.

4. Datuk Zaid merupakan calon bukan anak tempatan Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding atas tiket UMNO bagi kawasannya di Kota Bharu dan kalah kepada calon PAS. Untuk calon bidan terjun sebegini adakah penduduk Hulu Selangor mengharapkan beliau akan membela nasib mereka?

5. Siapa yang pernah melupakan calon PKR ini. Puak-puak PAS jangan cuba buat-buat lupa. Datuk Zaid semasa di dalam UMNO adalah orang yang paling lantang menentang hukum hudud. Sehingga beliau telah mengeluarkan kenyataan akan menyaman Kerajaan PAS Kelantan sekiranya Kerajaan PAS mengadaptasikan hukum hudud di Kelantan.

Akhir kalam, diharap kempen-kempen keselamatan dipertingkatkan di Hulu Selangor. Kita tidak mahu lebih banyak kemalangan berlaku akibat memandu dalam keadaan mabuk. Biarlah calon sahaja yang mabuk. Ingatlah orang yang tersayang. "Don't drink and drive". Buat penyokong-penyokong PAS, takebeer, yamseeng dan cheers!!!


Saya kira PKR tidaklah bodoh untuk meletakkan Datuk Zaid tanpa memikirkan "peluru" serangan yang bakal "ditembakkan" oleh blogger dan pemimpin BN yang lain. Saya juga beranggapan apabila PKR mencalonkan Datuk Zaid, maka sudah tentu PKR mempunyai "jaket kalis peluru" yang baik untuk menangkis "tembakan" itu. Tambahan pula, rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat mengenali Datuk Zahid dengan lebih dekat berbanding blogger yang mendapat maklumat berdasarkan "hearsay" dan mulut orang.

Perkara yang dinyatakan oleh blogger itu bukan lagi bersifat persoalan, malahan jika tidak benar hal ini sudah menjadi fitnah. Agak mudah untuk menjawab perkara 1, 3, 4, dan 5. Bagaimana dengan perkara ke-2? Kiriman di atas disiarkan pada petang semalam. Saya kira hari ini sudah banyak blogger yang mengutarakan perkara yang sama.

Berdasarkan tanggapan itu, saya berharap Datuk Zahid dan pemimpin PKR yang lain dapat menjawab perkara yang dibangkitkan itu.

  1. Salam..
    Jangan layan..!! Setakat nak tuduh, ***fool pun tuduh juga..siap sumpah lagi..apa heran..?

    gravatar Comment by Asam Boi @ Rabu, April 14, 2010 9:43:00 PG      
  2. Saya teruja nak jawab beberapa masalah yang dibangkitkan oleh blogger umno tu.

    PERTAMA pasal "king of frog" .Zaid keluar umno dan masuk PKR kerana TIDAK BERSETUJU DENGAN UMNO YANG RASIS TERHADAP CARA PENYELESAIAN KES ORANG CINA(kalau tak ingat..sila semak balik ucapan Zaid semasa isytihar masuk PKR).

    KEDUA:Penyakit Gout, ini bukan su yang boleh memburukkan imej negara kepada dunia luar...cuba bandingkan dengan menteri umno yang suka meraba.

    KETIGA Isu "minum" mintak maaf... saya tak akan percaya kecuali di depan mata saya...biarpun isu ini terkena pada batang hidung pimpinan umno.....tak berani nak ulas yang ini.

    gravatar Comment by azman kamarul @ Rabu, April 14, 2010 1:20:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH