Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 16 April 2010

Pinggir BAHASA KEBANGSAAN: Layakkah Anda Digelar Warganegara?


Tulisan yang saya petik di bawah ini merupakan sebahagian tulisan Datuk Ahmad Rejal Arbee yang pada asalnya disiarkan dalam Berita Harian. Saya salin dan tampal dari The Malaysian Insider. Dalam kemaruk kita memperkatakan 1Malaysia, kesamarataan, keadilan sejagat, BANGSA MALAYSIA, dan sebagainya, kita jangan lupa fasal hal ini:


...Siapa sebenarnya yang melampau dalam hal ini? Bila bahasa kebangsaan sendiri pun diabaikan. Inikah dikatakan warga yang berbangga menjadi rakyat Malaysia? Kalau benar begitu kenapa bahasa Melayu terus saja diabaikan seperti dilakukan sesetengah orang kononnya orang Malaysia.
Lihat saja beberapa pemaju perumahan yang berterusan abaikan bahasa Melayu, malah dalam risalah yang mereka edarkan ke rumah-rumah termasuk kawasan seperti Shah Alam iaitu lebih 90 peratus didiami Melayu. Pemaju hanya menggunakan bahasa Ing geris dan Mandarin mengenai rumah yang mereka hendak jual. Apakah boleh disimpulkan daripada sikap begini? Apa muslihat pemaju perumahan itu?
Bagaimana pula dengan pengerusi akhbar China yang berucap dalam bahasa Mandarin dalam satu upacara ulang tahun akhbar itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi tetamu kehormat. Sepatah pun bahasa Melayu tidak digunakannya.
Memang disedari ia adalah suatu acara akhbar Cina dan tentu tidak salah berucap dalam Mandarin. Tetapi memandangkan tetamu kehormatnya ialah Perdana Menteri dan ada beberapa orang Melayu lain, tidak bolehkah sekurang-kurangnya dia memulakan ucapannya dengan kata-kata aluan dalam bahasa Melayu? Orang ini bukan saja tidak menghormati bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini, malah tidak menghormati tetamunya.
...................

Sebagai perbandingan lihat saja keadaan di Thailand tidak siapa pun boleh terfikir orang Thailand tidak boleh bertutur bahasa Thai. Lihat juga dengan keadaan di Indonesia. Tidak terfikir langsung seorang rakyat Indonesia tidak boleh berbahasa Indonesia. Malah rakyat Indonesia berketurunan Cina pun bertutur bahasa Indonesia.
Bolehkah kita mengharapkan keadaan sama di Malaysia? Kalau bukan Melayu mungkin hanya golongan baba saja bertutur sesama mereka dalam bahasa Melayu. Malangnya golongan baba ini pula semakin pupus.

Saya hanya petik tulisan beliau berkaitan dengan BAHASA KEBANGSAAN.

Saya setuju sangat dengan tulisan beliau berkaitan dengan pengamalan bahasa kebangsaan dalam kalangan bukan Melayu di negara ini. Penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan penduduk bukan Melayu agak mengecewakan. Agak menyedihkan apabila mendengar ketidakfasihan orang bukan Melayu bertutur dalam bahasa kebangsaan. Jika di bandar, banyak yang lebih yang fasih berbahasa Inggeris. Jika bertutur pun begitu, apatah lagi penulisan. Contohnya, di pejabat saya ada beberapa orang staff yang perlu berurusan dengan agensi kerajaan. Apabila perlu membuat surat terpaksalah dia terkejar-kejar mencari staff Melayu untuk membantunya. 

Justeru, tidak menghairankan jika saya katakan bahawa sehingga sekarang, saya belum pernah terjumpa (di depan mata) orang bukan Melayu membaca surat khabar atau majalah berbahasa kebangsaan. Mungkin alasan yang digunakan ialah surat khabar berbahasa kebangsaan banyak yang memutarbelitkan fakta. Saya setuju, tetapi ruangan selain politik bukankah mengandungi maklumat yang berguna? Bagaimana pula dengan tabloid dan majalah? Jika membeli akhbar berbahasa minoriti, apalah salahnya membeli akhbar berbahasa kebangsaan untuk memantapkan penguasaan dalam bahasa itu.

Seumur hidup saya juga, belum pernah saya melihat orang bukan Melayu (di depan mata) bertutur menggunakan bahasa kebangsaan sesama ahli keluarga atau kawan mereka. Saya tidak cakap "tiada", tetapi hal itu belum berlaku di depan mata saya. Bayangkan ditempat kerja, empat orang rakan sedang berbual: katakanlah seorang Melayu, tiga orang lagi bukan Melayu, mereka berbual menggunakan bahasa kebangsaan pada mulanya (sering juga dalam bahasa Inggeris), namun apabila bercakap semasa rakan sebangsa, mereka menggunakan bahasa ibunda masing-masing, terpinga-pinga rakan yang berbangsa Melayu (mungkin juga rakan Cina atau rakan India) itu tadi. Hal ini terjadi di tempat kerja saya, dan berlaku di mana-mana tempat kerja di seluruh negara. Hal ini jauh berbeza daripada situasi di Singapura dan Indonesia seperti yang dinyatakan oleh Pak Rejal. Kadang-kadang agak sukar membezakan kaum di Indonesia jika dilihat berdasarkan pertuturan mereka. Terlalu fasih!

Jika dahulu iklan di televisyen menggunakan bahasa kebangsaan dan hanya sedikit menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa vernakular yang lain. Namun hari ini, cuba lihat iklan di stesen tv milik syarikat swasta dan malangnya juga penyakit itu sudah menjangkiti stesen tv milik kerajaan. Lebih malang sudah ada rangkaian tv yang seolah-olah untuk kaum tertentu. Kita menjerit, melaung slogan BANGSA MALAYSIA namun pada masa yang sama mempraktikkan "dasar pecah dan perintah" milik orang Inggeris. TIdak bolehkah iklan disiarkan dalam bahasa kebangsaan? Adakah orang bukan Melayu di negara ini masih menganggap bahasa kebangsaan itu hanya untuk orang Melayu? Tidak adakah akta tertentu untuk menghalang situasi ini? Adakah kerana tamakkan keuntungan, stesen televisyen mengabaikan bahasa kebangsaan demi menurut hasrat pengiklan?


Sudahlah parti politik dibahagikan berdasarkan kaum, di sekolah juga pelajar dipisahkan dengan sekolah berlainan bahasa pengantar, di televisyen pun sama, malangnya dalam kehidupan sehari-hari bahasa pertuturan kita masih belum ada ada keseragaman. Di mana ciri BANGSA MALAYSIA yang kita laungkan selama ini? Adakah BANGSA MALAYSIA yang mahu "mereka" bina ini perlu meletakkan segala-galanya SAMA termasuklah dalam hal BAHASA? Aku martabatkan bahasa aku, engkau martabatkan bahasa engkau. Akhirnya, cacamarbalah hidup rakyat Malaysia. Hanya berbangga dengan slogan 1Malaysia, tetapi realitinya tidak begitu.


Oleh sebab itu, saya menyokong penuh hasrat Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Khim agar sekolah kebangsaan dimartabatkan. Namun saranan beliau dikritik oleh beberapa pihak termasuklah wakil dari MCA. Siapa yang perkauman? Walhal bahasa ibunda kaum-kaum lain boleh diselitkan dalam kurikulum/diajarkan di sekolah kebangsaan. Biarlah anak BANGSA MALAYSIA bercampur gaul di peringkat sekolah rendah agar perihal berkaitan dengan perpaduan dan penguasaan bahasa kebangsaan tidak menjadi isu besar di Malaysia. Agak sukar untuk memupuk perpaduan di IPT sehingga dasar perkauman ini terbawa-bawa hingga ke tempat kerja. Namun malang isu sekolah ini dipolitikkan dan digunakan untuk memancing UNDI. Jika usaha untuk memartabatkan sekolah kebangsaan diutarakan oleh UMNO/MCA/MIC maka PKR/DAP/PAS akan menggunakannya sebagai umpan undi, jika PKR/DAP/PAS berbuat demikian, maka UMNO/MCA/MIC akan menggunakannya untuk memancing undi kaum minoriti di negara ini. Begitulah sampai bila-bila.


Saya tidak mahu menulis hal ini terlalu panjang. Jadi dipendekkan cerita, saya mahu bertanya: Anda mengaku anda BANGSA MALAYSIA, tetapi layakkah anda menggelarkan diri anda anak BANGSA MALAYSIA sedangkan anda tidak fasih/tidak tahu berbahasa kebangsaan/tidak mahu memartabatkan bahasa kebangsaan?


Saya bukan antibahasa kaum minoriti yang lain. Saya turut menyedari kepentingan bahasa lain terutamanya bahasa mandarin. Oleh sebab itu, saya menghantar anak-anak mengikuti kelas mandarin di tadika mereka. Namun, biarlah bertempat, biarlah berpijak di bumi nyata kerana di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung. Martabatkanlah bahasa kebangsaan kerana bahasa ini untuk SEMUA. Jika orang bandar sekarang "berlumba-lumba memartabatkan bahasa Inggeris", mengapa BANGSA MALAYSIA semakin meminggirkan bahasa kebangsaan dan tidak pula berlumba-lumba memartabatkan bahasa kebangsaan? Adakah mereka hanya belajar bahasa kebangsaan sekadar mahu bertutur dengan "pak cik dan mak cik" yang menjual nasi lemak di pasar-pasar malam? 

Tepuk dada tanya selera.

TayadihMaysia
8.00 pagi
16/4

  1. ahahahaha...betul tu..satu je lagi yang pemimpin2 atau MP2 melayu kena tahu..

    kalau carik kerja kat jobstreet ke mana ke..ada syarikat tu..mesti diorang letak keperluan kerja..prefer tahu BI BM dan bahasa Cina..dia tak letak atau plak..jadi..budak2 Melayu nak kerja..susah..sbb tak gi skolah cina..ye la..mungkin bolhe pergi kursus bahasa cina..tapi kat sini..mana dia BM sbagai bahasa rasmi..kat sini..dah ada diskriminasi bahasa dalam pekerjaan..tu la anak melayu ramai menganggur.. yang heran..tak da plak akta pasal bnde2 camni..yang ada akta pasal persaingan..income je taunya..

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 16, 2010 11:04:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH