Calonkan P Kamalanathan, Pulihkah Ketuanan UMNO?
Saya ada nyatakan kemungkinan "pihak ketiga" dinamakan sebagai calon di PRK Parlimen Hulu Selangor dalam kiriman sebelum ini sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan kemelut pemilihan calon BN. Biarpun hati saya menjangkakan Palanivel akan bertanding dalam pilihan raya kali ini, namun Samy Vellu telah menerima Ketua Penerangan MIC sebagai calon.
Orang melihat pencalonan pihak ketiga sebagai "win-win situation". Betulkah begitu? Walaupun Palanivel tidak menjadi calon, UMNO gagal mempengaruhi MIC untuk meletakkan calon pilihan mereka. Walaupun P Kamalanathan dipilih sebagai calon, cuba perhatikan apa yang bakal diperoleh Palanivel sebagai tukar ganti. Bukan mengalah tanpa mendapat apa-apa pulangan. Palanivel selepas ini akan bergelar SENATOR dan mendapat jawatan TIMBALAN MENTERI sedangkan wira Pemuda UMNO sendiri, KJ, begitu payah hendak mendapat jawatan dalam Kabinet.
Mugilan yang dikatakan sebagai "anak didik UMNO" tidak dinamakan sebagai calon. Apakah respons ahli UMNO di Hulu Selangor? Akan wujudkah tindakan boikot dalam kalangan penyokong UMNO di sana? Berapa banyak ahli/penyokong UMNO akan mengisi borang dan bertanding sebagai calon bebas? Khabarnya 14 borang pencalonan telah dibeli daripada SPR. Khabarnya juga ada ahli MIC dan pemuda UMNO mengumumkan untuk menjadi calon bebas.
Jadi, hakikatnya Ketuanan UMNO tetap diperlekeh walaupun MIC mengalah dan menerima calon lain dalam PRK Parlimen Hulu Selangor.
* Saya kagum akan kefasihan P Kamalanathan menuturkan bahasa kebangsaan sewaktu ditemu ramah atau menjadi panel rancangan bual bicara.
Lanjut:
Hulu S'gor: P Kamalanathan disahkan calon BN
[MK] MIC dilaporkan bersetuju supaya ketua penerangannya, P Kamalanathan diletakkan sebagai sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi parlimen Hulu Selangor.
Sebelum ini, Barisan Nasional dilaporkan menghadapi jalan buntu mencari calon yang sesuai.
Ini kerana MIC mahu timbalan presidennya, Datuk G Palnivel diletakkan sebagai calon tetapi permintaan itu ditolak oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan pengerusi BN.
Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.
Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.
Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.
Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.
Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.
Jawatan senator, timbalan menteri
Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.
Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.