Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 21 April 2010

Berkesankah "Jaket Kalis Peluru" PKR/PR?



Tiga hari saya tidak melayari internet. Tiga hari jugalah blog ini tidak dikemas kini dengan maklumat berkaitan dengan situasi semasa yang berlaku di sekitar tanah air. Tiga hari jugalah saya bergantung pada maklumat di media elektronik dan di media cetak. Tiga hari jugalah saya beranggapan bahawa calon BN kali ini akan menang besar berdasarkan laporan di akhbar dan di media elektronik. Agresif betul “mereka” berkempen untuk calon BN sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika akhbar harian popular yang sebelum ini tidak begitu berisi berita politik, namun sejak beberapa hari ini, sebanyak empat halaman disediakan untuk memaparkan berita berkaitan dengan calon BN di Hulu Selangor. Begitulah hebatnya penangan media arus perdana.

Selepas PKR meletakkan nama Datuk Zaid Ibrahim, saya ada menulis dan memautkan serangan blogger UMNO terhadap calon PKR itu. Walaupun tidak “menyerang” secara langsung, akhbar yang menjadi lidah UMNO turut menyiarkan berita berkaitan di muka hadapan dengan menggunakan huruf yang agak besar saiznya. Dalam kalangan blogger UMNO, jangan kiralah, memang itulah modalnya sejak beberapa hari ini sehinggalah tamat pilihan raya kecil itu nanti. Dalam kiriman itu, saya menyatakan: Saya kira PKR tidaklah bodoh untuk meletakkan Datuk Zaid tanpa memikirkan "peluru" serangan yang bakal "ditembakkan" oleh blogger dan pemimpin BN yang lain. Saya juga beranggapan apabila PKR mencalonkan Datuk Zaid, maka sudah tentu PKR mempunyai "jaket kalis peluru" yang baik untuk menangkis "tembakan" itu.

Persoalan yang wajar dikemukakan sudah tentu: Memadai atau berkesankah “Jaket Kalis Peluru” yang disediakan oleh PR untuk menangkis serangan pihak lawan? Bagi masyarakat Hulu Selangor yang mempunyai kemudahan internet, maka mudahlah mereka mencari maklumat di blog dan di laman portal berita alternatif. Namun sudah pasti majoriti penduduk di sana terutamanya orang Melayu tidak berkesempatan/tidak mempunyai kemudahan internet untuk menilai maklumat alternatif di blog dan lama berita alternatif. Mereka hanya bergantung pada Utusan Malaysia, TV3 dan sebagainya. Dengan segala macam “tohmahan” dan maklumat yang diputar 360° yang dilemparkan secara langsung, tidak langsung melalui media arus perdana maka sudah tentu agak sukar untuk mengalihkan pemikiran masyarakat Melayu di ceruk-ceruk kampung yang sejak sekian lama menjadi penyokong tegar UMNO, yang sekian lama dimomokkan dengan kebimbangan “hilanglah kuasa orang Melayu jika pembangkang yang memerintah”. Atas sebab inilah UMNO masih menguasai kerusi DUN dan Parlimen di kawasan kampung kerana maklumat yang diperoleh penduduk di situ masih bersumberkan maklumat yang berat sebelah dan lazimnya tidak menggambarkan situasi sebenar.

Bagi blogger UMNO, sudah pasti mereka tidak pernah mengambil kira istilah taubat dan penyelesalan Datuk Zaid Ibrahim ketika menulis tentang dirinya. Bagi mereka, dosa silam calon PKR itu seolah-olah hanya dapat “diampunkan” oleh penduduk di Hulu Selangor. Apa yang penting calon BN perlu dimenangkan walaupun tulisan di blog mereka mungkin berunsur fitnah, biarpun gambar yang disiarkan adalah superimposed (lihat gambar di atas, boleh ditemukan di blog pencacai dayus ini.).  Demi mencapai hasrat itu, gambar bogel pemimpin yang tidak bertanding pun disiarkan semula semata-mata untuk mengaibkan diri dan partinya (lihat di sini). Dalam menulis perkara sebegitu, mereka sudah tentu tidak bertanya tentang moral pemimpin mereka, sudah tentu mereka tidak akan menyiarkan gambar bekas pemimpin pemuda/pemimpin pemuda mereka yang sedang memegang tin arak/duduk di meja yang terhidang arak, sudah tentu mereka tidak akan menyiarkan artikel/berita tentang pemimpin mereka yang begitu sinonim dengan pelbagai salah laku moral. Dalam menulis di blog ada juga blogger yang melupakan “kedayusan diri” dan janji yang dilemparkan selepas kecewa dengan PM 1 Malaysia sebelum ini, sebaliknya selang sehari dua mereka berlumba-lumba menulis untuk menarik perhatian pemimpin mereka.

Oleh itu, langkah terbaik ialah menyediakan “Jaket Kalis Peluru” terbaik untuk menangkis serangan tersebut. Tinggal lagi tiga-empat hari, berkesankah “Jaket Kalis Peluru” itu? Jangan sandarkan keberkesanannya semata-mata terhadap sambutan penduduk terhadap ceramah PR yang agak memberangsangkan kerana selama ini dengan hanya puluhan, ratusan orang yang menghadiri ceramah BN, mereka mampu menggugat kemenangan PR. Yang penting ialah pengisian ceramah (begitu juga pengedaran risalah, maklumat alternatif) dan sudah tentu pengakuan dan keikhlasan calon PKR tentang kesilapan silamnya serta visi dan misinya untuk membangunkan kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH