Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 24 Julai 2010

Bandingkan Cara Utusan dan Malaysia Kini Melaporkan Perihal FDI


Sila lihat bagaimana laporan akhbar UM hari ini cuba menutup perkara yang sebenar/mengalih pandangan rakyat tentang FDI Malaysia. Berdasakan laporan MK, "Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu. Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008. Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh pada 1995 hingga 2005. Prestasi juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu."

Hari ini UM menyiarkan berita tentang perkara yang sama tetapi dengan menggunakan tajuk (rahmat tersembunyi @ bala?) seolah-olah nasib negara sama dengan negara-negara lain di rantau ini. Perkara yang diulas pun secara umum tanpa menyentuh secara spesifik data yang melibatkan negara. Antara yang dilaporkan termasuklah "Pelaburan dari ekonomi maju seperti China, India, Malaysia dan Afrika Selatan ke negara paling kurang membangun semakin meningkat." Tiada data atau angka yang disiarkan dalam Malaysia Kini disiarkan dalam UM.

Bayangkan jika anda hanya mendapatkan maklumat dengan berdasarkan berita yang diolah oleh akhbar ini? 

Laporan UM:

FDI susut rahmat tersembunyi

KUALA LUMPUR 23 Julai - Penyusutan pelaburan langsung asing (FDI) dari negara-negara membangun ke Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara merupakan suatu rahmat tersembunyi kerana ia mencetuskan peningkatan pelaburan sesama serantau.

"FDI sesama serantau kini menguasai hingga separuh daripada keseluruhan FDI yang mengalir masuk ke rantau ini," kata Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) dalam Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan di Geneva pada Khamis.

Malaysia, India dan China adalah antara sumber-sumber besar FDI ke Afrika dengan syarikat milik kerajaan, Petronas dan Telekom Malaysia bertanggung jawab bagi lebih 24 peratus daripada semua pembelian penggabungan dan pengambilan alih (M&A) di benua Afrika dalam tempoh 1987 hingga 2005, katanya.

Justeru itu, kata UNCTAD, meskipun rantau ini mengalami penyusutan terbesar FDI sejak 2001, ia adalah antara yang mula-mula keluar dari kelembapan semasa.

Pengaliran masuk ke rantau ini merosot 17 peratus kepada AS$233 bilion (RM745 bilion) tahun lepas, pada asasnya mencerminkan penyusutan pembelian M&A rentas sempadan, paling teruk dalam sektor perkhidmatan, dengan pengurangan sebanyak 51 peratus.

Jumlah pengaliran keluar dari rantau ini turun sebanyak lapan peratus kepada AS$153 bilion (RM489.6 bilion), dengan pembelian M&A rentas sempadan susut sebanyak 44 peratus, kata badan antara kerajaan itu.

"FDI di Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara telah mula pulih dan berkemungkinan semakin pesat kerana rantau ini memainkan peranan peneraju dalam pemulihan ekonomi global," katanya dalam laporan setebal 220 muka surat itu.

Khususnya, pengaliran masuk ke China dan India mulai pesat seawal pertengahan 2009, dan pengaliran keluar FDI masing-masing dijangka mendorong pelaburan di luar rantau ini kembali ke tahap pertumbuhan pada 2010.

Bagaimanapun, pemulihan FDI dalam dan dari empat ekonomi yang baru menuju ke arah ekonomi perindustrian iaitu Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan, berkemungkinan lembap.

Pelaburan sesama serantau yang semakin berkembang di Asia telah bertindak sebagai jentera bagi pembauran teknologi, 'pengitaran semula' kelebihan perbandingan dan peningkatan daya saing, kata UNCTAD.

Kata UNCTAD, integrasi serantau dan perkembangan China kini mempercepat proses ini, sekali gus mewujudkan peluang pembangunan bagi lebih banyak negara, termasuk negara-negara paling kurang membangun seperti Kemboja, Laos dan Myanmar.

Pelaburan dari ekonomi maju seperti China, India, Malaysia dan Afrika Selatan ke negara paling kurang membangun semakin meningkat.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pemindahan kegiatan perkilangan dari ekonomi-ekonomi Asia yang kini lebih maju seperti China dan Malaysia telah memberi peluang kepada negara-negara yang baru membangun untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran serantau syarikat-syarikat transnasional Amerika.

Laporan penuh Malaysia Kini boleh anda baca di sini atau lihat pada kiriman semalam. Bandingkan!

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH