Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 8 Julai 2010

KASIHAN PENEROKA, KASIHAN MASYARAKAT PEDALAMAN!


Isu "Felda Bankrap" sudah menjadi isu sensasi. Suara Keadilan kini berhadapan dengan saman sebanyak RM200 juta dan permit penerbitannya tidak diperbaharui. Bagi yang mempunyai akses internet, berpeluanglah menggelintar isu Felda yang didakwa pembangkang kini hampir bankrap sejak diambil alih oleh PM 1Malaysia. Namun, apalah yang boleh dibuat oleh peneroka dan masyarakat kampung yang agak terpinggir daripada sumber maklumat alternatif yang jauh lebih tepat dan daripada maklumat yang dipaparkan dalam sesetengah media arus perdana.

Namun, seperti yang kerap saya tulis sebelum ini, malangnya masyarakat di kampung dan di tanah rancangan majoriti besarnya hanya bergantung pada media arus perdana. Justeru tidak hairanlah ada yang sanggup berdemo dan membakar Suara Keadilan apabila "diprovokasi" untuk berbuat demikian. Di kaca televisyen, rata-rata peneroka yang ditemu bual hanya berterima kasih atas pemberian wang seribu ringgit yang diterima mereka setiap bulan tanpa memikirkan wang bilion ringgit yang dijanakan oleh mereka selama mengusahakan tanah rancangan sejak puluhan tahun lalu. Berbaloikah wang yang diterima oleh mereka setiap bulan? Benarkah keuntungan yang diperoleh majikan mereka itu kian bertambah atau kian susut seperti yang didakwa oleh pembangkang?

Hari ini UM melaporkan bahawa sebanyak 112 635 peneroka bakal menerima duit raya seperti yang diumumkan oleh PM 1Malaysia. Semua peneroka (10 000- dakwa UM) bertepuk tangan tanpa menyedari bahawa pemberian wang yang tidak seberapa itu mungkin hanya"gula-gula" untuk mengalih pandangan mereka daripada isu sensasi ini. Situasi ini samalah dengan pemberian kain batik, kain pelikat, dan sejumlah kecil wang semasa menjelang sesuatu pilihan raya. Taktik yang sama dilakukan kerana setakat ini, taktik tersebut masih lagi berkesan di kawasan pendalaman. Selain itu, pemberian duit raya berkemungkinan ntuk memastikan undi 112, 635 peneroka berpihak kepada BN dalam PRU13 yang dikatakan bakal dilaksanakan selepas pembentangan Bajet. Kata orang yang berniaga, ekonomi pada tahun hadapan kurang memberarangsangkan, maka mahu tidak mahu PRU13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Benar atau tidak, tepuk dada, tanya PM 1Malaysia!

Dalam hal ini, anak masyarakat peneroka perlu memainkan peranan untuk menyedarkan ibu bapa mereka tentang hal-hal yang bersangkutan dengan nasib dan hak mereka. Golongan peneroka bukanlah golongan buruh kasar di ladang-ladang suatu ketika dahulu. Golongan ini  sewajarnya menerima perkongsian keuntungan yang lebih besar sejajar dengan keuntungan yang diterima oleh pertubuhan itu. Mereka juga berhak mengetahui perjalanan wang yang diperoleh pertubuhan itu kerana apa-apa yang diperoleh pertubuhan itu adalah hasil keringat, susah payah, penat lelah golongan peneroka yang membanting tulang berpanas dan berhujan mengusahakan tanah rancangan pertubuhan tersebut sejak sekian lama.


Berkaitan:

Duit raya untuk 112,635 peneroka
TANJUNG MALIM 7 Julai - Seramai 112,635 peneroka tanah rancangan Felda di seluruh negara mendapat khabar gembira pada sambutan Hari Peneroka 2010 hari ini apabila Perdana Menteri memberikan jaminan pemberian 'duit raya' pada tahun ini.


Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak itu spontan disambut tepukan gemuruh oleh lebih 10,000 peneroka yang menghadiri majlis tersebut.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau hanya akan membuat pengumuman mengenai jumlah duit raya itu pada minggu pertama bulan Ramadan.

"Duit raya tetap ada dan saya akan umumkannya pada minggu pertama bulan Ramadan nanti.

"Hari ini biarlah kita fokus pada isu Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) dan penjelasan mengenai tuduhan Felda bankrap," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka 2010 di MRSMF Kampus Tun Abdul Razak, Trolak dekat sini hari ini.

Najib menjelaskan bahawa Felda yang bermula sebagai agensi membangunkan tanah telah berubah menjadi sebuah organisasi hebat dan boleh disifatkan sebagai organisasi sosioekonomi paling besar di dunia yang terlibat dalam pembangunan tanah.

  1. kesian kat bangsa ku

    tak habih2 dicucuk hidung

    dulu ditarik mat saleh

    sekarang untung nasib

    dipermain bangsa sendiri

    oh melayu...

    gravatar Comment by cempaka sari @ Khamis, Julai 08, 2010 10:49:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH