Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 23 Julai 2010

Burka Diharamkan & Wanita Muslim Dihalau Kerana Memakai "Burkinis" di Perancis


Sepuluh hari lalu, MP Perancis telah mengundi untuk mengharamkan pemakaian "burka" di kawasan awam. Langkah yang sama turut diambil oleh Syria dan Belgium. Di bawah undang-undang baru itu, burka dan seumpamanya dilabelkan sebagai "penghinaan kepada nilai negara". Presiden Nicolas Sarkozy menyamakan pemakaian  burka sebagai  "sign of debasement". Manakala Menteri Imigresennya pula memanggilnya "a walking coffin".

Di bawah undang-undang baru itu, suami yang memaksa isterinya memakai burka boleh dikenakan denda sebanyak £25 000 atau setahun penjara. Wanita yang memakai burka pula boleh dikenakan denda sebanyak £130 atas alasan mereka lazimnya tidak diberi peluang untuk memilih. Pesalah yang gagal membayar denda akan dipenjarakan. Undang-undang baru ini turut terpakai terhadap pelancong Muslim termasuklah ribuan pelancong kelas atasan dari Timur Tengah.

Belum pun reda isu tersebut, timbul pula isu baru apabila dua orang wanita Muslim dihalau keluar dari kolam renang kerana memakai "burkinis", iaitu bikini yang direka khas untuk menutup aurat si pemakainya. Kejadian ini berlaku di kawasan percutian Rives des Corbieres, Port Leucate, selatan Perancis.Kedua-dua orang wanita itu diberi kata dua sama ada memakai bikini yang lazimnya dipakai atau meninggalkan kolam renang tersebut. Percaya atau tidak, mereka dihalau dari kolam renang itu atas alasan "hygiene".

Diskriminasi dan penentangan terhadap nilai dan ajaran Islam kian meningkat sejak belakangan ini. Oleh itu, janganlah terlampau mengagung-agungkan negara Barat yang hari ini kerana sebahagian pemimpin dan rakyatnya kini semakin agresif menjayakan kempen islamophobia di seluruh dunia.

Bayangkan betapa hinanya pakaian menutup aurat di Barat! Ironinya, pakaian seumpama itu turut dipandang serong di negara kita.

Cerita lanjut tentang hal ini boleh anda baca di sini. 

* Disiarkan semula dalam Tranung Kite.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH