Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 22 Julai 2010

Siapa Percaya Angka Ini: 3.2 Juta?


Sebelum ini, Presiden UMCO menyatakan bahawa 380 000 nama telah dikeluarkan daripada senarai ahli parti UMCO kerana individu tersebut gagal dikesan atau telah meninggal dunia. Berita itu boleh anda baca di sini. Sejak belakangan ini timbul sindrom membenci/menolak parti terbesar orang Melayu itu bukan sahaja dalam kalangan ahlinya, malah orang Melayu yang lain. Selain itu, timbul dakwaan bahawa kemaruknya UMCO untuk bergabung dengan PAS kerana hakikatnya parti itu kini semakin lemah dan kehilangan sokongan majoriti orang Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa siri pilihan raya kecil yang keputusannya jelas menunjukkan UMCO kehilangan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu walaupun di kawasan kubu kuat mereka.

Ironinya, hari ini surat khabar yang dikaitkan dengan parti itu melaporkan bahawa:

Ahli UMNO kini 3.2 juta

KUALA LUMPUR 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang.

Sehubungan itu Perdana Menteri menolak sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa orang Melayu 'meluat' dan enggan menyertai UMNO kerana jumlah itu membuktikan sokongan orang Melayu terhadap parti tersebut masih padu.

Malah beliau dimaklumkan jumlah keahlian semakin meningkat dari semasa ke semasa berikutan program penambahan ahli baru yang giat dijalankan ketika ini.

"Siapa kata? Tidak betul. Saya tidak dapat terima ada pihak kata meluat kepada UMNO. Tidak betul. Kita parti terbesar bagi orang Melayu. Ahli kita ramai. Selepas pemutihan jumlahnya ialah 3,186,850. Mereka ini sayang kepada UMNO.

"Proses pemutihan melibatkan proses mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia. Ahli yang tidak berjaya dikesan pun nama mereka turut dikeluarkan. Jadi jumlah ini jumlah yang sahih,'' katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib-Naib Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menjawab satu soalan lain, Najib berkata, perjalanan mesyuarat seluruh perwakilan Bahagian UMNO berjalan lancar walaupun terdapat dua bahagian menghadapi masalah iaitu Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Petani, Kedah.

"Janganlah buat tanggapan yang keterlaluan. Ini bukan perkara luar biasa dan boleh dikatakan setiap tahun ada masalah seperti ini. Setakat satu dua bahagian bermasalah bukan satu isu yang meruncing,'' katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata, mesyuarat MT hari ini turut memutuskan untuk merujuk bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohamad Zain Ismail ke Lembaga Disiplin parti bagi dipertimbangkan apa jua keputusan serta tindakan yang wajar diambil.

"Turut dirujuk, Ghazali Ismail bersama Ketua Pergerakan Puteri, Norhayati Mamat. Ini berikutan tindakan mereka mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian yang tidak sah pada 26 Jun lalu.

"MT juga bersetuju pentadbiran UMNO Bahagian Rantau Panjang diambil alih oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan sehingga keadaan kembali pulih,'' katanya.

Ujar Najib, bagi Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani yang turut berlaku kekecohan, MT mengambil keputusan untuk meletakkan pentadbiran bahagian itu di bawah urusan Badan Perhubungan UMNO Kedah.

"Tujuan kita mengambil keputusan ini adalah untuk meredakan keadaan. Setelah pulih kita akan serah balik kepada mereka,'' katanya.

Selain itu, Najib berkata, MT juga memutuskan untuk mengesahkan pelantikan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Husna Abdul Rahman sebagai Pemangku Ketua Puteri bahagian itu.

Beliau berkata, Husna menggantikan bekas ketuanya, Hamizah Abdullah Zawawi yang didapati tidak menghadiri program parti selama setahun.

"Saya juga mengambil maklum masalah yang berlaku pada UMNO Bahagian Setiu.

"Mengenai UMNO Bahagian Kelana Jaya, ia berjalan seperti biasa selepas Ketuanya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Yahya Bujang,'' ujarnya.

Adakah anda mempercayainya?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH