Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 23 Julai 2010

Berita Baik untuk "Penagih" UMNO & Najib: FDI Malaysia Pada TAHAP TERENDAH!


Saya petik:

[MK] Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.
Paling buruk

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

B
ercakap di ibupejabat PBB di Kuala Lumpur hari ini, pensyarah ekonomi Universiti Malaya Raja Rasiah berkata prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.

"Malaysia bertuah kerana terletak di rantau kejiranan yang baik di kalangan negara-negara yang membangun. Tiga negara terbesar yang menerima FDI terbanyak terletak di Asia tetapi Malaysia gagal menduduki senarai 10 negara teratas,” katanya.

Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.

Se
baliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.

"Bercakap kepada pengurus dana, saya mendapat tanggapan bahawa kita mempunyai sumber untuk melabur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang bernas bagi berbuat demikian. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.

Halangan utama katanya, adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah.

* Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai 1 USD = 3.20650 MYR - Aidila Razak

  1. Salam perjangan.

    Ye ke?....tapi pemimpin umno termasuklah presiden 1 bani israel kata ekonomi kita meningkat...pelaburan ok......

    Jadi sekarang ni siapa yang menipu yer? Najib ke PBB?

    gravatar Comment by azman kamarul @ Jumaat, Julai 23, 2010 8:45:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH