Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 16 Julai 2010

Habiskan Wang Untuk Imej Pemimpin: OK, Subsidi untuk Rakyat: KO!


Saya petik:
Anwar: 'Penjimatan' gula hampir sama bayaran APCO
[MK] Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.

"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN, kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

"Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

"Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari BN, tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh perdana menteri dalam satu kenyataan malam tadi, yang menurutnya merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Anwar, kerajaan persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

"Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus ejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tambahnya.

Malah, tegas Anwar, sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan pejabat perdana menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian BN.

"Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana penteri.

"Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tambahnya.

Pun begitu, katanya, beliau tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75 peratus di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

"Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

"Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.

Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas.

Bagaimanapun, tegas Anwar, tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu.

"Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," tegasnya.

Sebab itulah, kata Anwar, beliau telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi lahnegara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh perdana menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;
4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar.

  1. Tahniah & syabas BN@UMno… kerana membuat keputusan bijak menurut kehendak rakyat!
    BN=BarangNaik memang senonim. Sudah terlalu banyak duit diboroskan tanpa pengiraan yang rapi sehinggakan terpaksa “menyelaraskan” atau dengan ertikata lain “merompak” bantuan untuk rakyat demi mengumpul semula dana bagi tujuan kepentingan survival politik BN@UMno... Dengan hasil “rompakan” yang terkumpul ini BN@UMno akan menjelajah keseluruh pelusuk Negara membawa bantuan kepada rakyat bersama slogan BN juara rakyat & KERAjaan prihatin! Dan juga tidak mustahil juga jika dalam masa terdekat KERAjaan akan mengumumkan 2 bulan bonus kepada kakitangan KERAjaan! Ini semua hasil “rompakan” & kepayahan kebanyakan rakyat!
    Begitulah dengan mudahnya rakyat ditipu!
    Bantuan dihulurkan kepada segelintir rakyat sahaja, manakala mejoriti rakyat akan menanggung kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin menyukarkan hasil darpada tindakan “bijak” BN@UMno ini! Jika dilihat daripada reaksi rakyat, mereka kebanyakannya sudah lali & kebal, seakan2 tiada reaksi keatas segala tindak-tanduk BN@UMno kebelakangan ini! Yakinlah bahawa kita semua memang menyimpan tekad & tujuan yang satu, mahu BN@UMno disingkirkan & memberikan peluang kepada kerajaan baru memerintah!
    Tekad & bulat kan semangat semoga KERAjaan zalim BN@UMno dapat digulingkan pada PRU13 yang akan datang!

    Teruskan perjuangan… lawan tetap lawan… TAKBIR!


    kalau bercerita tentang harga minyak... kita perlu melihat secara integriti kenyataan & janji pemimpin BN@UMno terdahulu, semasa krisis harga minyak dulu. menteri BN@UMno pernah mengeluarkan kenyataan & janji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan & akan hanya disemak semula sekiranya harga minyak mentah kekal melebihi paras USD80.00 dollar ... Lihat seterusnya..setong... & harga RM1.80 itu dikira berdasarkan harga minyak mentah USD80.00dollar setong. itupun harga bagi RON97 bukannya RON95! tapi jika dilihat kepada graph harga minyak sepanjang 1 tahun yang lepas, harga minyak mentah cuma beberapa kali sahaja melepasi paras 80dollar setong! apa rasionalnya harga minyak perlu dinaikkan? sedangkan kita sekarang cuma mengunakan 3rd grade petrol?

    http://oil-price.net/dashboard.php?lang=en#TINY_CHART

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Julai 16, 2010 4:10:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH