Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 17 Mac 2011

20 Pelajar Dibuang Sekolah. Saya Sokong!


Sebahagian ibu bapa yang tidak berpuas hati.

Saya petik:
[SH] BUKIT KAYU HITAM - “Kami kesal kerana pertemuan dengan pengetua untuk membuat rayuan tidak mendatangkan hasil sebaliknya pengurusan sekolah tetap dengan keputusan untuk membuang anak kami dari sekolah,” keluhan waris pelajar sebuah sekolah berasrama ketika ditemui di luar pekarangan sekolah itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan muktamad itu, waris kepada 20 pelajar Tingkatan Lima yang didakwa terlibat dengan kes buli di sekolah berkenaan kecewa kerana rayuan mereka untuk terus mengekalkan anak-anak mereka di situ ditolak tanpa kompromi.

Seorang waris, Jasmi Mohd Noor, 44, mendakwa tindakan anak mereka dibuang sekolah hanya diketahui selepas menerima surat daripada pihak sekolah yang bertarikh 10 Mac melalui kiriman pos laju dua hari lalu.

Menurutnya, mereka amat terkejut apabila menerima surat berkenaan dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak sekolah pada hari ini (semalam) untuk membuat rayuan seperti yang tertera pada surat yang diterima.

“Bagaimanapun kami hampa kerana rayuan yang dibuat untuk terus mengekalkan anak kami di sini tidak dilayan malah pihak sekolah muktamad dengan keputusan mereka untuk membuang anak kami dari sekolah ini.

“Kami meneliti surat yang diterima dan apa yang difahamkan pelajar diberi tempoh selama 14 hari dari tarikh surat berkenaan untuk membuat rayuan sebelum tindakan terbabit dikenakan kepada mereka.

“Namun apabila kami (waris) pelajar berhimpun hari ini (semalam) untuk berjumpa pengurusan sekolah, rayuan kami ditolak kerana pihak sekolah mendakwa rayuan itu sebenarnya adalah untuk mengeluarkan anak kami dari sekolah dan ditukarkan ke sekolah lain sebelum tamat tempoh 14 hari yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Difahamkan tindakan itu diambil berikutan kejadian selepas semua pelajar terbabit mengasari seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat di surau sekolah itu pada 25 Februari lalu.

Sementara itu, waris lain, Mohd Shukri Ali, 42, berkata, mereka mengaku kesalahan yang dilakukan anak mereka namun hukuman drastik membuang sekolah dirasakan tidak wajar.

“Kami rela anak kami dirotan kerana itu memang kesalahan mereka tetapi jangan sampai membuat tindakan membuang mereka dari sekolah kerana ia hanya akan menjejaskan pelajaran tambahan pula mereka bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan sahaja lagi.

“Kami tidak faham kenapa keputusan drastik ini dibuat sedangkan tiada laporan sah mengatakan mangsa buli cedera atau sebaliknya tetapi terus hukuman membuang sekolah terpaksa ditanggung oleh 20 pelajar tingkatan lima selain dua lagi yang hanya menerima hukuman rotan sahaja,” katanya.

Manakala Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata, kebanyakan anak mereka mengambil aliran Sains Teknikal dan sukar bagi mereka membuat penukaran sekolah dalam masa terdekat ini ditambah pula bukan semua sekolah biasa menawarkan aliran itu.

“Masa yang tinggal telah suntuk, penghujung Mac ini pendaftaran untuk SPM sudah dilakukan jika anak kami bertukar sekolah ia perlu melalui pelbagai proses dan ia akan menyulitkan lagi keadaan,” katanya.

Azlah Harun, 54, berkata, sebelum ini dia pernah menerima panggilan telefon daripada anaknya memberitahu pihak sekolah membenarkannya pulang ke rumah berikutan kejadian terbabit.

“Difahamkan pihak sekolah membenarkan mereka pulang dalam tempoh siasatan namun tidak menyangka pula tindakan drastik membuang sekolah diambil tanpa sebarang perbincangan dan waris langsung tidak dimaklumkan apa-apa sehinggalah menerima surat berkenaan dua hari lalu.

“Apa pun kami sangat berharap anak kami dapat diterima semula masuk ke sekolah ini kerana SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan bimbang ia akan menjejaskan pelajaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika dihubungi meminta semua waris pelajar itu membuat rayuan terus kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah dalam tempoh sebulan daripada tarikh hukuman buang sekolah itu dikenakan.

Menurutnya, JPN Kedah akan menyiasat kes berkenaan dan seterusnya dibawa untuk perhatian Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di bawah Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun jika SBP menerima rayuan itu, semua pelajar itu akan diterima semula masuk ke sekolah berkenaan tetapi jika sebaliknya, JPN Kedah akan mencari sekolah lain yang sesuai bagi menempatkan mereka yang terlibat,” katanya. 

 P.s: Saya simpati dengan ibu bapa yang masih mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan kepada anak-anak mereka selepas didapati bersalah kerana membuli. Saya kira kesalahan yang dibuat itu bukanlah kesalahan pertama, saya kira tindakan yang diambil oleh pihak sekolah bukanlah tindakan sembarangan kerana pengurusan sekolah sudah tentu arif dengan masalah disiplin pelajar-pelajar tersebut. Saya pernah menjadi guru sandaran sebelum ini. Saya tahu masalah disiplin pelajar dan saya faham bukan mudah pihak sekolah mahu membuang pelajar tanpa sebab-sebab yang kukuh.

Walaupun ada kalangan anda mungkin tidak bersetuju, tetapi saya menyokong tindakan pihak sekolah membuang pelajar-pelajar terbabit kerana tindakan itu dapat menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, keluarga pelajar-pelajar terbabit seharusnya berasa malu untuk mempertikaikan tindakan guru atau bertegas mahu anak-anak mereka meneruskan persekolahan di sekolah itu berdasarkan perlanggaran disiplin yang telah dilakukan oleh anak mereka. Mereka sedar implikasi yang bakal dihadapi jika terus membenarkan pelajar-pelajar itu meneruskan persekolah di situ.

Bagi ibu bapa yang terlibat, carilah sekolah lain, jika tidak mahu perkara sebegini terjadi, didiklah anak-anak kamu dengan betul dan jadikanlah hukuman itu sebagai pengajaran.


  1. Puan Pengetua, jangan ubah keputusan puan. Muktamad. Sdr penjaga dan bapa murid yang terlibat, berapa jam sehari/minggu anda bersama anak anda, bertanyakan masalah mereka. Muhasabahlah diri sendiri, jangan cepat menuding pihak sekolah. Saya setuju sangat keputusan ini bagi membenteras sikap negatif ini agar tidak menular ke murid-murid lain. Syabas puan. Guru Pencen.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mac 17, 2011 6:48:00 PTG      
  2. sy pun setuju..memandangkan sy bekas pelajar sekolah ini..pihak sekolah biasa nya akan menbuat siasatan serta memanggil yg bersalah ke mesyuarat disiplin..apa2 pun pihak sekolah lebih mengetahui nya..ibu bapa mungkin kurang mengetahui yg sebenar mungkin anak2 mereka telah mereka cerita..hanya pendapat...

    gravatar Comment by ku izzati @ Khamis, Mac 17, 2011 7:42:00 PTG      
  3. Assalamualaikum

    Pada pendapat saya tindakan yg dibuat oleh pihak sekolah tidak wajar. Saya setuju sekiranya pihak sekolah menjatuhkan hukuman sedikit demi sedikit contohnya merotan dan sebagainya. Buang sekolah sepatutnya penyelesaian terakhir. Sejahat-jahat budak sekolah asrama namun mereka ini masih mampu dibentuk lagi.

    Kita sepatutnya memikirkan masa depan pelajar terbabit. Sekiranya mereka dibuang sekolah, mereka akan terus tercicir. Kesannya masa hadapan pelajar ni hancur dan tiada rasa penyesalan.

    Yang saya pertikaikan disini adalah kenapa pihak sekolah tidak memberitahu ibubapa terlebih awal sebelum pelajar2 ni dibuang sekolah? Sekira benar murid2 ni pernah melakukan perkara ni sebelumnya kenapa tidak dikhabarkan pd ibu bapa?

    Tindakan yg di ambil oleh sekolah memang tidak cerdik. Bukan saya cuba pertikaikan tanggungjawab guru. Satu lagi perkara, kita sepatutnye mendengar cerita dr kedua-dua belah pihak, pihak guru dan sekolah.

    Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, adakah jln penyelesaian tersebut jln terbaik utk semua pihak?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 23, 2011 8:32:00 PG      
  4. Saya sokong tindakan sekolah tersebut sebab ini salah satu cara mengekang kes buli di sekolah biar pelajar tahu BULI satu kesalahan berat,kalau nak fikir masa depan pelajar yg di buang tu,kena mula sebelum mereka buli seseorang apakah pelajr yg kena buli tu masa depan dia terjamin?macamana kalau yg kena buli tu meninggal? mana pegi masa depan dia ,yg membuli masih rasa tindakan mereka membuli tu sebagai tindakan biasa ja.(asam garam kehidupan) mereka masih boleh belajar nasiblah yg di buli mati.betul2 tak patut. kalau boleh saya cadangkan asal kes buli selain dari tindakan buang sekolah kenakan juga dengan tindakan undang2 masukkan dalam penjara,biar jadi pengajaran buat kaki-kaki buli di sekolah,kalau kena buang sekolah ja nanti di sekolah lain dia buli lagi pelajar lain siapa yg susah? biar iktibarnya "BILA KITA BULI SESEORANG MAKNANYA KITA SENDIRI TELAH MENHANCURKAN MASA DEPAN KITA BUKAN ORANG LAIN"

    gravatar Comment by Ham @ Sabtu, April 16, 2011 11:54:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH