Apa yang PM Malaysia Repekkan Ini?
Saya baca berkali-kali berita di Utusan hari ini. Tajuknya: Subsidi hanya untuk golongan perlu. Anda baca, sudah tentu anda faham maksud artikel ini. Mudah sahaja untuk memahaminya. Kerajaan Najib mahu mengurangkan lagi subsidi atas alasan subsidi hanya untuk golongan sasaran.
Jika begitu hasrat PM Najib, kerajaan seharusnya menarik semula semua keistimewaan/kemudahan yang diberikan kepada menteri-menteri. Biarlah mereka menggunakan setiap sen duit yang diterima untuk membayar kos pembantu rumah, perabot, pemandu, bil utiliti, kemudahan melancong, pakaian, dan sebagainya. Keistimewaan ini samalah juga dengan konsep subsidi. Apa perlunya mereka yang "mengemis" undi rakyat pada pilihan raya akhirnya menjadi tuan kepada rakyat dan menikmati pelbagai macam keistimewaan?
Saya petik sedikit berita dan ucapan Najib yang dibacakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Dengan mengambil contoh mengenai bekalan air, jelasnya, harga sumber itu tidak boleh disubsidi secara meluas kerana ia membabitkan kos rawatan di samping keperluan mewujudkan kesedaran kepada rakyat bahawa bahan itu adalah terhad.
Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu bekalan serta harga air kerana perkara itu kini menjadi topik yang hangat dibincangkan di seluruh dunia.
"Jika kita semua memahami bahawa sumber (air) adalah terhad dan kita mahu perkhidmatan (mengenainya) diperbaiki, kita perlu sedia membayar harganya.
"Oleh itu, subsidi (air) perlu ditujukan kepada golongan sasaran dan bukannya secara meluas bagi memastikan bekalannya boleh bertahan lama."
Kias Najib, rakyat Malaysia di bawah kerajaan BN mungkin tidak akan merasa subsidi air sampai bila-bila. Bil air akan meningkat dari semasa ke semasa kerana kononnya untuk menanggung kos rawatan dan sebagainya. Tanggung kos rawatan yang tinggi atau kos membayar gaji lanun air yang sangat tinggi? Khabarnya gaji CEO syarikat air mencecah jutaan ringgit setahun. Kenyataan ini jelas.
Yang lawaknya, Najib memberikan alasan bahawa sumber air terhad dan untuk memastikan sumber ini tahan lama dan berkekalan, hanya golongan tertentu perlu diberi subsidi. Apa kaitan subsidi dengan kuantiti sumber bekalan air? Adakah dengan memberikan subsidi kepada semua rakyat akan menyebabkan air habis di Malaysia? Apakah yang membuatkan pemberian subsidi kepada golongan tertentu boleh menyebabkan sumber air di Malaysia akan berkekalan sampai bila-bila?
Walhal bagi memastikan sumber air berkekalan, kerajaan seharusnya memastikan sumber tadahan air tidak diceroboh, memastikan sungai dan tasik tidak dicemari sisa kimia, mencipta teknologi untuk menapis air laut, dan sebagainya. Tiada kaitan dengan soal memberikan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan sumber air tidak boleh bertahan lama.
Anda faham maksud saya?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.