Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 10 September 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0? – Edy Noor Reduan




Secara peribadi, saya amat menyokong desakan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) yang mencadangkan supaya komposisi baru Pakatan Rakyat 2.0 tidak disertai parti PAS.

Sampai bilakah harapan rakyat terus dikhianati hanya kerana kerakusan segelintir yang bergelar ulama diberi peluang dan amanat yang akhirnya disia-siakan? Sedangkan pilihan raya umum ke-13 mengajar kita erti sebuah pengkhianatan.

Apakah kita ingin mengulangi kesilapan yang sama dalam PRU akan datang?

PRU-13 dianggap sebuah peperangan paling sengit merebut demokrasi menyelamatkan negara walaupun di padang yang tidak rata, di antara kuasa dunia terhadap kuasa rakyat. Ketika di suatu pihak penuh dengan kelengkapan insfrastruktur peperangan termasuk hak penyiaran 100%, dan ketika di sebuah pihak lagi bertungkus-lumus bergolok gadai bermodalkan harapan rakyat untuk perubahan. Masihkah kalian lupa bagaimana peperangan ini dimenangkan kepada penyandangnya?

Paling yang kita tidak patut lupa, bagaimana presiden parti itu sanggup menuduh calon PR lain sebagai penjual pil kuda, penyembah karl marx dan pendokong ajaran komunisma, tuduhan bak howitzer yang menembak tanpa sasaran yang mengena.

Tuduhan tanpa sebarang bukti ini dilakukan secara terbuka beberapa hari selepas tempoh kempen berjalan hanya kerana ingin menutup kesilapan mengeluarkan watikah yang menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi penting.

Secara langsung dan tidak langsung, tindakan gopoh presiden parti ini mengundang krisis kepercayaan terhadap PR, pada ketika 'keyakinan dan kepercayaan' itu berada pada tahap keperluan paling optimum sekali. Susuk yang membuat tuduhan tanpa bukti ini bukan ketua cawangan atau yang dipertua kawasan, tetapi presiden parti. Maka sudah pasti ia mempunyai kesan nasional yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap PR.

Bayangkan, sedang persiapan perang berada pada saat paling kritikal, tiba-tiba salah seorang general mengarahkan pengeboman di beberapa lokasi 'kem askar sendiri' yang akhirnya melibatkan kasualti agak parah. Siapa boleh beri jaminan perkara yang sama tidak akan berulang? Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sudah terlalu banyak sebab sebuah parti ini tidak lagi layak untuk diberi peluang lagi untuk bersama. Watak yang dibawa PAS sangat mengecewakan dan amat berlainan sekali hingga tergamak mengakui kemenangan BN (Datuk Seri Najib Razak) adalah di atas demokrasi yang adil.

Saya pernah mendesak suatu ketika dulu, jika PAS tidak mahu keluar PR, maka PKR dan DAP lah yang harus keluar PR meninggalkan PAS. Akhirnya PAS boleh tanding di semua kerusi kerana selama ini memang mereka sering akui semua kerusi asalnya mereka yang tanding.

Tidak perlu saya cerita mengenai tuntutan hudud yang akhirnya membawa kepada kehancuran, sedangkan agama mencerca kita membiarkan kekufuran melanda, tetapi jalan kehancuran ini dipilih dari selambak pilihan yang ada. Tidak perlu saya cerita mengenai bah kuning, yang sehingga hari ini masih ada yang tidur dalam khemah.

Tidak perlu saya cerita mengenai hilangnya sifat zuhud selepas tidak sampai sepenggal memegang kuasa, Vellfire, Range Rover, Cheyenne, dengan nombor plat super star. Bila ditanya mengapa pilih kemewahan demikian, mereka jual nama nabi, katanya nabi dulu pilih kuda terbaik untuk berjuang. Masalahnya, mereka ini taraf nabikah?

Ketika rakyat berkira-kira membeli lauk, duit tak cukup sampai hujung bulan, mereka pula dilihat bermewah-mewahan. Jika mahu bermewah dan meninggalkan sifat zuhud dalam perjuangan, boleh saja dengan syarat buang sahaja nama islam, maka tidak zuhud pun orang tidak berkata apa.

Saya tidak terkejut bilamana Anwar bersuara dari penjara mencadangkan PR 2.0 disertai PAS. Ini kerana saya sudah selidik, parti oppurtunis ini akan bergesel semula dengan PAS apabila musim pilihan raya menghampiri. Bergesel untuk mendapatkan konsensus supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru menentang parti pemerintah. Hasrat supaya PAS berada dalam PR 2.0 ini bukan dari Anwar semata, tetapi ianya jelas dari luar penjara.

Hanya perjuangan membebaskan rakyat dari kesengsaraan dan penindasan adalah wadah terbaik untuk diangkat bersama. Sasaran paling tepat ialah perubahan sistem dan polisi tanahair.

Apakah hanya kerana mereka mengaku berjuang atas nama islam, dan nama partinya pun islam, maka kita harus biarkan diri kita dicandu dan terus mempercayai mereka? Wahai teman, pengalaman banyak mengajar kita, betapa dalam politik rakus mempertahankan kuasa ini apa saja boleh dijual.

Ingin sahaja saya imbas semula pengalaman dalam PRU-13 lalu untuk dijadikan pedoman demi PRU akan datang, melihat bagaimana Mat Sabu yang juga timbalan presiden PAS ketika itu dikalahkan sabotaj dalaman. Begitu juga dengan Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa lagi heavy weight PAS yang sengaja dibiarkan kalah demi kepentingan tertentu yang saya faham – menyekat golongan progressif PAS.

Bayangkan, sesama jemaah dalam PAS yang ketika itu berperang dengan Umno pun mereka boleh lakukan khianat. Inikan pula sesama PR. Saya percaya andai PAS berada dalam PR 2.0 dan walaupun setelah bersetuju konsep satu lawan satu, mereka tergamak memberitahu ahli mereka agar kalahkan semua calon AMANAH, calon PKR dan DAP dalam PRU akan datang, akhirnya presiden mereka menjadi ketua pembangkang dan termasuklah menjadi pembangkang juga di Kelantan dan Selangor.

Malah lebih parah jika PAS ditakdirkan memperolehi jumlah kerusi yang menjadi kuasa penentu sesebuah kerajaan, tidak mustahil kuasa tersebut akan dibenarkan menyebelahi regim penindas, kerana kita tahu betapa bencinya PAS terhadap DAP (hanya kerana prestasi DAP terhadap rakyat jauh lebih baik termasuklah soal penyediaan rumah mangsa banjir di Kelantan)

Masihkah kalian mahu 'mereka' berada dalam PR 2.0? Padahal penubuhan PR 2.0 itu adalah kerana kerakusan 'mereka' sendiri. Di mana logiknya? – 7 September, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH