Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , , ,

Rabu, 9 September 2015

Nurul Izzah Hantar Surat Tuntutan kepada NST, BH Berhubung Tuduhan Jumpa Justo




Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberi tempoh 48 jam bermula semalam bagi akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian untuk menjawab surat tuntutannya berhubung laporan akhbar itu memetik kenyataan bekas eksekutif Petrosaudi International (PSI) Xavier Andre Justo.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, jika tiada sebarang respons diterima, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap dua akhbar harian di bawah kawalan Umno itu.

"Mereka perlu respons dalam masa 48 jam sebelum saya meneruskan untuk menyaman kedua-dua penerbitan itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Nurul Izzah turut berkata, beliau yakin terdapat konspirasi di sebalik dakwaan yang dibuat akhbar tersebut.

"Bagi saya, saya amat yakin wujudnya satu konspirasi dan berharap media juga dapat melaporkan kenyataan saya semalam," katanya sambil menambah surat tuntutan itu diberikan kepada pihak berkenaan semalam.

Semalam, Nurul Izzah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berhenti menggunakan media yang dikawal kerajaan dan kenyataan Justo yang kini dalam tahanan bagi mengelakkan diri daripada kesalahan dilakukannya berhubung isu dana RM2.6 bilion.

Beliau dalam kenyataannya berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan mereka yang cuba mengaitkan dirinya dengan Justo juga tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut.

"Untuk rekod, saya menafikan saya menawarkan kontrak bernilai AS$2 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Saya juga tidak pernah menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan akhbar New Straits Time yang melaporkan berita dengan artikel bertajuk: "Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data".

"Ini cubaan terdesak media kawalan Barisan Nasional (BN) untuk melarikan diri daripada isu sebenar skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan perdana menteri," katanya.

Akhbar berkenaan semalam melaporkan melalui pengakuan bertulis Justo, Nurul Izzah mahu membeli data 1MDB yang dicurinya pada 2011. – The Malaysian Insider/9 September, 2015.

Berkaitan:

Saya Tak Pernah Jumpa Justo -  Nurul Izzah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Xavier Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 September, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berhenti menggunakan media yang dikawal kerajaan dan kenyataan Xavier Justo yang kini dalam tahanan bagi mengelakkan diri daripada kesalahan yang dilakukannya berhubung isu dana RM2.6 bilion, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. 


Nurul Izzah dalam kenyataannya berkata, tindakan kerajaan dan media kawalan kerajaan yang cuba mengaitkan dirinya dengan Justo juga adalah tidak tepat kerana beliau tidak pernah menemui lelaki tersebut. 

"Untuk rekod, saya menafikan saya menawarkan kontrak bernilai US$2 juta kepada Justo dalam kontrak kerajaan akan datang apabila pembangkang berkuasa. Saya juga tidak pernah menemuinya," kata Nurul Izzah, dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan akhbar New Straits Time yang melaporkan berita dengan artikel bertajuk: "Justo: Nurul Izzah Wanted Stolen Data". 

"Ini adalah cubaan terdesak media kawalan Barisan Nasional (BN) untuk melarikan diri daripada isu sebenar skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan perdana menteri," katanya.

Akhbar berkenaan hari ini melaporkan melalui pengakuan bertulis Justo, Nurul Izzah mahu membeli data 1MDB yang dicurinya pada 2011.

Akhbar itu turut mendedahkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu bukan pilihan "pembeli berpotensinya" dan Justo mahukan data berkenaan dijual pada harga AS$2 juta (RM8.7 juta) secara tunai.

Justo turut mendakwa, Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai broker dan memperkenalkan Nurul Izzah kepadanya.

Berita sama turut disiarkan di akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.

"Saya sudah mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian," kata Nurul Izzah.

Beliau sebaliknya berkata, persoalan sebenar bukan mengenai data yang dicuri tetapi isi kandungan dokumen berkenaan.

"Ia mengenai dokumen-dokumen itu, bersama laporan The Wall Street Journal (WSJ), Sarawak Report dan The Edge laporkan mengenai rasuah, pengubahan wang haram dan dakwaan rasuah yang mengelubungi 1MDB," katanya. – The Malaysian Insider/8 September, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH