Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , ,

Isnin, 21 September 2015

PAS Ulang Kenyataan Tidak Akan Kerjasama dengan DAP, Amanah




PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.

"Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di Kota Baru, hari ini.

Dalam kejadian kebakaran Ahad malam itu, 3 buah rumah papan dan 2 buah motosikal serta 2 buah kereta musnah. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.

"Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya.

Amar berkata PAS juga bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika keadaan memaksa.

"PAS ada pengalaman bersendirian... soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah," katanya.

Beliau berkata PAS juga akan tetap memperjuangkan kerusinya walaupun berkemungkinan berdepan dengan pertarungan 3 atau 4 penjuru jika Amanah turut bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, katanya, wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti dan melanggar bai'ah disaran meletakkan jawatan bagi menyelamatkan diri daripada hukuman Allah.

"Bai'ah menggunakan nama Allah dan bukan perkara main-main... sebab itu kami minta supaya mereka menyelamatkan diri mereka dengan letak jawatan.

"Kalau mereka berdegil kami tidak boleh berbuat apa-apa sebab kami tiada kuasa, tapi jika berlaku apa-apa nanti kena tanggung sendirilah," katanya. – Bernama, 21 September, 2015.

Berkaitan:

Nasrudin: Keputusan Tepat PAS Tidak Sertai Pakatan 2.0

Pendirian teguh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR 2.0) merupakan keputusan yang tepat dan pintar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata ketegasan itu memberi gambaran jelas bahawa PAS mempunyai matlamat tersendiri dalam menjamin masa depan parti itu daripada terjerumus ke dalam situasi yang keliru dan terumbang-ambing.

"PAS tidak berminat untuk menyertai PR 2.0 yang belum tentu wujud dan usaha mewujudkannya juga masih kabur sedang PRU 14 semakin hampir, PR versi asal masih utuh cuma perlu diperkukuh dengan lebih efektif," katanya.

Nasrudin menegaskan komitmen PAS masih dalam Paktan Rakyat kerana yang terputus hanya tahaluf dengan DAP dan bukannya dengan PR yang masih mempunyai dua komponen tahaluf iaitu PAS dan PKR.-Bernama/ 21/9/15


PAS Tidak Akan Sertai Persidangan Meja Bulat PKR - Takiyuddin

PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menghadiri persidangan meja bulat anjuran PKR melibatkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) esok untuk membincangkan penubuhan pakatan pembangkang baharu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan persidangan tersebut diadakan PKR dengan tergesa-gesa dan pihaknya belum mengadakan perbincangan dalaman mengenainya.

"Persidangan dibuat sedikit tergesa-gesa, kita perlu berbincang terlebih dahulu kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat parti,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

"Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai beberapa perkara termasuklah pendirian parti”.

Menurut ahli Parlimen Kota Baru itu, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga terlalu pendek.

"Kita perlukan masa, semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan secara spesifik tentang perkara ini.

Katanya, jika tiada perbincangan terperinci maka parti islam itu bimbang tidak dapat memgambil bahagian dalam perbincangan itu.

Menurut Takiyuddin, waktu persidangan bulat yang dianjurkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak tepat.

"Bukan susah untuk dibawa berbincang tetapi demi memastikan perbincangan berhasil kami perlu meneliti ke arah mana kami perlu pergi.

"Tajuk perbincangan pun kami tidak tahu. Rasanya elok kita tidak pergi lagi," katanya.

Semalam Dr Wan Azizah sekali lagi mengulangi kenyataannya untuk melibatkan PAS dalam perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu bersama PKR, DAP dan Amanah. –  The Malaysian Insider/21 September, 2015.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH