Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 21 September 2015

Padah Telan 35 Biji Viagra, Lelaki Alami Ketegangan Selama Lima Hari




YORKSHIRE: Seorang lelaki yang menyahut cabaran rakan-rakan untuk menelan sebanyak 35 biji pil Viagra dalam tempoh sejam akhirnya terlantar di hospital kerana mengalami ketegangan zakar berterusan selama lima hari.

Dalam insiden yang dilaporkan portal beritaDailyMail itu, Daniel Medforth yang berasal dari Withernsea di East Yorkshire, England memberitahu cabaran itu diterimanya hanya untuk suka-suka.

Selepas terlebih dos tersebut, lelaki berusia 32 tahun dan bapa kepada dua orang anak itu telah memberitahu isterinya.

Terkejut dengan pengakuan tersebut, isterinya lantas menghubungi hospital untuk menghantar ambulans.

“Saya berasa tidak sihat, pening dan berhalusinasi. Semua yang saya lihat berwarna hijau.

"Saya mengalami ketegangan melampau yang berterusan,” kata Medforth.

Lelaki itu terlantar di hospital bermula 24 Ogos lalu dan telah dipantau dan dirawat selama 36 jam oleh pegawai perubatan.

“Pegawai paramedik sangat profesional namun anda boleh lihat mereka cuba sedaya upaya untuk tidak ketawa atau mempersendakan saya,” ujar Medforth yang merupakan seorang pekerja binaan.

Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Medforth dinasihatkan berehat di rumah untuk beberapa hari lagi memandangkan saki-baki ketegangan zakarnya masih berlaku.

“Setiap kali ia terkena sesuatu dalam tempoh lima hari itu, saya mengalami ketegangan serta-merta.


"Isteri saya telah memaafkan saya dan saya sedar saya bernasib baik,” kata Medforth.

Kes yang dialaminya boleh dianggap ‘bertuah’ kerana pengambilan Viagra tanpa mengikut dos yang berpatutan sebenarnya boleh menyebabkan kematian. -Awani/21/9/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH