Apa Hak ADUN BN Halang KM PP Jadikan Khalifah Umar Sebagai Suri Teladan?
Pertama-tamanya (rujuk pautan berita di bawah ini), apa hak ADUN BN ini menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai model dalam pemerintahannya? Dia ini anak cucu cicit Khalifah Umarkah?
Hujahnya, bahawa KM PP ini bukan orang Islam dan sewajarnya beliau mengambil tokoh bukan Islam sebagai suri teladan dalam pemerintahannya. Dangkalnya hujah ADUN tersebut. Adakah Islam ini hanya untuk orang Melayu sahaja? Hinakah Islam jika orang bukan Islam menjadikan tokoh Islam sebagai suri teladan?
Katanya lagi, tindakan KM PP itu membuatkan orang Islam berasa kurang senang. Benarkah begitu? Saya suka, malahan majoriti umat Islam di negara ini bersetuju dengan pendirian KM PP untuk menjadikan pemerintahan Khalifah Umar yang bersih, jujur, dan amanah sebagai model pemerintahannya. Yang tidak suka hanya orang Islam UMCO yang partinya banyak tercalit dengan unsur rasuah dan sebagainya.
Sudahlah banyak pemimpin Melayu Islam gagal memartabatkan dan mengamalkan "amar maarof nahi mungkar", apabila ada pemimpin bukan Islam mahu memartabatkan dan mengamalkannya, ada pula yang marah-marah. Apa jenis mentaliti yang dimiliki orang ini?
Beginikah cara UMCO berdakwah kepada orang bukan Islam? Patutlah perkembangan Islam di negara ini agak lembab walaupun Islam telah wujud di negara ini sejak ribuan (ratusan) tahun yang lalu. Patutlah banyak orang bukan Islam terlalu jahil terhadap agama Islam sehingga banyak mewujudkan salah faham dalam kalangan mereka. Rupa-rupanya pemimpin parti yang memerintah negara ini sejak dari zaman merdeka berperangai begini.
Patutnya kita berasa bangga kerana orang bukan Islam menjadikan tokoh Islam sebagai suri teladan dalam kehidupan mereka!
Saya petik:
[TE] GEORGE TOWN: A Barisan Nasional (BN) state assemblyman has told Penang Chief Minister Lim Guan Eng to stop referring to Caliph Umar Abdul Aziz as his model leader as this has made Muslims uneasy.
Shahabudin Yahya (Permatang Berangan) said Lim should model himself after non-Muslim leaders.
"He is not a Muslim, and he shouldn't say he is emulating him. He should not use it as political mileage as Muslims are getting upset that he is comparing his leadership to that of the Caliph," Shahabudin said in his winding-up speech at the state legislative assembly.
He said while Lim was free to participate in the religious festivities of other creeds, he should refrain from portraying himself on the same spiritual level as the Caliph.
"He has so many other leaders whom he can emulate — Abraham Lincoln, Confucius or even Nelson Mandela, but the Caliph is a Muslim and a very spiritual person.
"He should never equate himself to that spirituality, as he cannot be on the same level as the Caliph. There is a vast difference between the two of them," Shahabudin said.
He said Lim also made Muslims throughout the country uneasy by often quoting the statement "amar maarof nahi mungkar" ("espouse good, abhor evil") in his political speeches.
Shahabudin Yahya - tua ganyut bodoh tak boleh diajar.
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Mei 06, 2010 1:09:00 PTGOrang patut berbangga seorang yang bukan Islam menghayati gaya kehidupan khalifah yang agung.
Si tua ni jika di zaman feudal mahunya disula rebung... baru dia kenal siapa Khalifah Umar Abdul Aziz.
Saya doakan agar Allah memberikan hidayat kepada Lim Guan Eng dan keluarga, malahan Karpal Singh dan keluarga agar dapat menerima Islam sebagai agamanya. Malahan kepada semua orang bukan Islam di seluruh dunia. Agar keislaman mereka lebih baik dari keislaman UMNO bin APCO al Israeli. Semoga Allah memakbulkan.