LIWAT II: Anwar Kemuka Alibi, Apa Lagi Helah Saiful & Pasukan Pendakwa?
Episod Drama Liwat II bersambung semula hari ini. Dalam laporan Malaysia Kini, Karpal Singh dilaporkan meminta pihak pendakwaan membekalkan senarai saksi, mahkamah juga mendengar kisah silam Saiful, Karpal juga menyoal Saiful tentang program sumpah Saiful di masjid tatkala negara sedang hangat dengan PRU di Permatang Pauh, penafian Saiful tentang objek plastik disumbat ke dalam duburnya, dan sebagainya. Anda boleh baca laporan Malaysia Kini itu di sini.
Dalam The Malaysian Insider, Karpal selaku peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan alibi bahawa anak guamnya berada di bangunan bertentangan dengan lokasi yang dikatakan berlakunya Drama Liwat II. Karpal mengatakan bahawa pada masa kejadian (seperti yang didakwa) anak guamnya bersama-sama dengan lima orang lain.Karpal juga mengatakan bahawa kelima-lima orang itu bersedia untuk dipanggil sebagai saksi. Anda boleh baca laporan penuh tentang hal ini di sini.
Apa lagi helah pasukan pendakwaan? Apa lagi helah Saiful Liwat?
Kita tunggu. Drama semakin menarik.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.