Sime Darby & Pos Malaysia Rugi BESAR: Siapa urus? Manusia atau Monyet?
Kroni siapa yang urus GLC Sime Darby dan Pos Malaysia? Kedua-duanya rugi sehingga mencecah nilai bilion ringgit. Yang urus ini manusia atau monyet? Ingat peribahasa: "bagai monyet mendapat bunga"?
Habis, hancus, hancur, jahanam, lingkup, rosak bunga itu apabila dapat pada monyet.
Saya petik:
Sime Darby rugi lebih RM1.63b
[UM] KUALA LUMPUR 13 Mei - Syarikat konglomerat, Sime Darby Bhd. (Sime Darby) hari ini mengumumkan kerugian lebih RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.
Berikutan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang kontraknya bakal berakhir pada 26 November ini, diminta bercuti.
Tempat beliau sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan akan dipangku oleh Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapat persetujuan mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby yang bermesyuarat selama 12 jam semalam.
Ketika ditanya secara bertubi-tubi sama ada Ahmad Zubir sebenarnya dipecat atau diminta letak jawatan, Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam berkata, pihak Lembaga Pengarah meminta orang kuat Sime Darby itu bercuti sebagai memenuhi dasar amalan urus tadbir korporat.
Pos Malaysia rugi RM227 juta bukan RM546 juta
[MK] Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad, dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.
"Pada maklumat yang terakhir yang diperolehi daripada pihak Khazanah (Nasional Bhd) dan Pos Malaysia, kerugian sebenarnya adalah sebanyak RM227 juta dan bukan RM546 juta....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.