Budak Sekolah & One Night Stand
Hebat budak sekolah sekarang. Sila baca petikan pengakuan remaja (14 tahun-gambar) yang melahirkan anak di tandas Klinik Kesihatan Felda Jerangau di bawah ini:
“Saya tidak menyesal dan berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang serta membesarkan bayi ini walaupun tidak pernah memiliki pengalaman sebagai ibu.”
“Antara kami tidak ada hubungan cinta dan melakukan seks atas dasar suka sama suka selain menganggap lelaki berkenaan sebagai kawan biasa..”
Orang Melayu cakap suka sama suka, orang putih cakap "one night stand". Kini, amalan ini sedang hebat dipraktikkan oleh budak-budak sekolah di bandar dan di kampung. Dalam kes ini bukan hanya "one night", tetapi bermalam-malam dengan orang yang sama, namun konsepnya sama, iaitu tidak perlu cinta, ikatan perkahwinan, dan komitmen untuk melakukan seks. Janji aku sedap, engkau sedap!
Ibu dan bapa/abang/kakak/datuk dan nenek, jangan sedap membaca, ingat anak-anak/adik/cucu di rumah. Takut-takut wabak dari negara Barat ini menjangkiti kaum keluarga sendiri.
1malaysia
Comment by b.r.u.t.a.l.s.o.l.o @ Sabtu, Mei 08, 2010 1:01:00 PG