Lawan Yang "HARAM" Guna Yang HARAM: Akal Letak di Mana?
Dalam Facebook semalam, saya ada menyampuk hujah seorang blogger hebat UMCO. Begitu hebat dia mempertahankan tindakan kerajaan menghalalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010. Saya kata pokok pangkalnya judi itu haram. Haram bagi umat Islam meluluskan lesen judi. Bukan soal PR atau BN yang memerintah. Tanpa mengira siapa pun yang memerintah, kita perlu beritahu mereka bahawa judi itu haram. Judi, tidak kiralah macam mana kita jenamakan, tidak kiralah apa-apa alasan pun yang digunakan, tetap haram.
Katanya judi itu untuk orang bukan Islam. Selama berpuluh-puluh tahun kedai judi dibenarkan beroperasi di seluruh negara, siapakah yang saban hari memenuhi kedai tersebut? Lagipun tidakkah kejam kerajaan membiarkan orang bukan Islam bergelumang dalam aktiviti judi sehingga mengakibatkan mereka dikejar ah long dan menjadi bankrap? Katanya lagi duit judi ini untuk membiayai sekolah Cina dan sekolah Tamil. Duit haram membiayai pendidikan yang mulia sifatnya? Duit judi untuk membina sekolah? Harap-harap tiada sekolah yang runtuh!
Saya tanya: Semua bangsa bersetuju dan menyokong untuk mengharamkan dadah kerana impaknya kepada masyarakat. Mengapa kita tidak sekata dalam mengharamkan judi dan arak sedangkan impaknya sama kepada masyarakat? Logiknya, mudah, kedua-dua perkara haram ini mendatangkan laba yang besar baik kepada tauke, kroni, mahupun kepada kerajaan.
Saya tanya dia: Adakah orang yang memberikan lesen judi ini nanti akan menjawab di depan Allah: Aku berikan lesen ini untuk masyarakat bukan Islam. Walhal Allah itu Tuhan sekalian alam.
Hari ini, MP BN yang beragama Islam, tidak tahulah sama ada jahil, atau sengaja menjahilkan diri, atau kerana mahu membodek orang yang meluluskan lesen judi berkata:
Rahman: Lesen judi supaya tak berlaku penipuan
[MK] Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.
Katanya, tindakan berkenaan betujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.
“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.
Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.
“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
“Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Hebat MP ini menggunakan helah akal untuk menghalalkan perkara yang diharamkan oleh agamanya, malah tiada agama di dunia ini yang menggalakkan penganutnya berjudi. Malah, tanpa menggunakan hujah agama, judi itu terang-terang bersifat antimoral.
Jadi, dia seolah-olah menyokong kerajaan untuk melawan perkara "haram" dengan menggunakan cara "haram". Betulkah begitu? Dalam hal ini saya lebih tertarik dengan teori Tulang Besi: Najib luluskan judi bola untuk Vincent Tan - Sumber tabung pilihanraya UMNO?
Suatu ketika dahulu, kita menyaksikan beberapa kelompok manusia berarak dan berdemo di sekitar Selangor membantah isu penjualan arak di kedai serbaneka. Dengan bersongkok tinggi dan membawa kain rentang yang mempersendakan perkataan "takbir" mereka "mempertahankan" hukum agama mereka. Hari ini apabila tuan besar mereka meluluskan judi, haram seorang pun tidak berani berarak untuk menentang. Perkasa? Nilaikanlah iman orang-orang yang hanya menggunakan agama untuk kepentingan diri dan politik!
Menarik:
* Kerana politik, PAS biar isu kalimah Allah dipersendakan — Azman AnuarSaya cadangkan wartawan Utusan ini menulis juga tentang tajuk ini:
* Kerana politik, UMNO halalkan judi dan langgar perintah AllahBerkaitan:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.