Bolehkah Malaysia Bertemu dengan China di Final, sedangkan dengan Jepun Kecundang?
Besar sungguh impian rakyat dan negara kali ini, namun persembahan yang ditunjukkan oleh sesetengah pemain negara amat-amat "menakutkan". Baca petikan berita-berita di bawah ini.
Jepun kejutkan Malaysia
MALAYSIA tersentak daripada impian merangkul kejuaraan Piala Thomas apabila Jepun mendedahkan segala kepincangan dan kelemahan skuad negara untuk mencatat kemenangan mengejut dan bersejarah 3-2 bagi skuad negara Matahari Terbit itu menjuarai Kumpulan B, malam tadi.
Walaupun kekalahan itu tidak menghalang skuad negara daripada kemaraan ke suku akhir tetapi ia menyulitkan laluan mereka apabila kini kehilangan status pasukan pilihan dan bakal berdepan Denmark dalam saingan untuk layak ke separuh akhir...
'Tindakan Fairuz memalukan'
“MEMALUKAN!” Itulah perkataan yang terbit daripada mulut ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky untuk menyifatkan permainan Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif selepas kekalahan 15-21, 12-21 kepada beregu kedua Jepun, Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno, semalam.
Malah, Rexy turut menyelar tindakan Fairuz yang tidak dapat mengawal perasaan dan terikut-ikut dengan provokasi penonton hingga mahu meluru ke arah penonton sebelum dihalang dan ditenangkan ketua jurulatih beregu itu...
Kita jumpa China: Kim Hock
BEKAS ketua jurulatih negara, Yap Kim Hock meramal Malaysia akan bertemu China pada perlawanan akhir Piala Thomas berpandu kepada elemen konsisten kedua-dua pasukan berkenaan.
Katanya, walaupun China, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan dan Denmark memiliki peluang seimbang, namun berdasarkan pengamatannya China dan Malaysia ada kelebihan untuk merebut tiket ke final edisi kali ini...
(Kesemua berita dipautkan dari Berita Harian)
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.