Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 11 Mei 2010

[Kemas Kini] LIWAT II: 377b & 377c, Najib, Rodwan, Saiful Kantoi, Transkrip Mahkamah




Drama ini akan terburai dalam sikit masa lagi. Skrip cacamarba. Pelakon-pelakon sudah gabra. Pelakon utama sudah terlupa skrip. Hanya orang bodoh yang mempercayai drama ini. Malangnya, banyak juga yang tergolong dalam kelompok itu! Saya petik:

[PD] Perbicaraan kes liwat II, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan bersambung hari ini. Mahkamah agak kecoh sebentar tadi akibat tindakan beberapa orang penyokong Anwar yang ingin cuba masuk ke dewan mahkamah. Mereka bagaimana pun telah dihalang oleh pihak polis.

Dalam prosiding pagi ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mempersoalkan dakwaan Saiful bahawa dia telah diliwat "tanpa kerelaan". Dakwaan ini telah menjadi tajuk utama media arus perdana Utusan Malaysia hari ini iaitu "Diliwat Tanpa Kerelaan". Dakwaan Saiful itu menyebabkan Karpal terpaksa memohon mahkamah membenarkan beliau melihat keterangan Saiful kepada pihak polis.

Apa yang menarik di sini ialah, jika benar Saiful diliwat tanpa kerelaan maka kenapa beliau mengatakan ada menggunakan minyak pelincir pada duburnya sebelum diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Malah banyak keterangan beliau semalam yang jelas sekali telah memerangkap dirinya.

PM Najib Dan DSP Rodwan Perlu Jadi Saksi Utama

Memandangkan dalam prosiding yang berlangsung semalam, nama PM Najib Razak dan nama Ketua Polis Melaka, DSP Rodwan Yusof telah disebut oleh Saiful Bukhari ketika disoal balas oleh Karpal Singh. Maka itu, kedua-dua mereka perlu dipanggil dan disapina sebagai saksi utama kes ini.

Tambahan pula, Saiful berjumpa dengan mereka sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maknanya, kedua-dua saksi itu perlu dipanggil dan mendedahkan apakah tujuan Saiful berjumpa mereka. Masalahnya, adakah mereka berani tampil ke mahkamah bagi menjadi saksi kes ini?. Tunggu dan lihat adengan ini.

Hakim Akui Ada Terdapat Percanggahan Fakta

Sementara itu apa yang menarik dalam prosiding pagi ini ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Md Diah mengakui bahawa inilah kali pertama dalam sejarahnya mengendalikan satu perbicaraan dimana ada percanggahan fakta berlaku. Ia merujuk kepada laporan polis, keterangan Saiful dan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri.

Saiful Menipu Kata Dia Diliwat Tanpa Kerelaan
Peguambela Anwar, Karpal Singh berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377B atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful. "Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan. "Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaimanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal. Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377C. Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba menggugurkannya sebagai saksi utama kes liwat tersebut.

Saiful Terlupa Jumlah Kenyataan Kepada Polis
Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis. "Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain. "Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan dia diliwat tanpa kerelaan.


Berkaitan:
* Transkrip Mahkamah
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)

Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?

Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.

KS: Itu tidak benar, bukan?

SB: Tidak.

KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)

Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.

KS: Baca sekali lagi sumpah itu.

SB: (Saksi membaca semula sumpah)

KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?

SB: Ya.

KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?

SB: Ya.

KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?

SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.

KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?

SB: Ada, pada 24 Jun 2008.

KS: Jumpa di mana?

SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.

KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?

SB: Ya.

KS: Jumpa TPM untuk apa?

SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.

KS: Pada 24 Jun?

SB: Ya.

KS: Lepas itu ada jumpa dia?

SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.

KS: Dengan isteri PM?

SB: Tidak pernah.

KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?

SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.

KS: Pernah jumpa isteri PM?

SB: Tidak.

KS: Kejadian berlaku bila?

SB: 26 Jun 2008.

KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?

SB: Tidak jumpa.

KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.

SB: (Saksi tidak menjawab)

(Karpal mengulangi pertanyaan)

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.

KS: Ada pernah jumpa PM?

SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.

KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?

SB: Ada jumpa.

KS: Bila jumpa?

SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.

KS: Pukul berapa.

SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.

KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?

SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.

KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?

SB: Tidak.

KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?

SB: Ya.

KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?

SB: Saya tidak pasti.

KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?

SB: Saya tak tanya dia.

KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?

SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa kali.

KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Itu sahaja?

SB: Ya.

KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, dalam laporan polis.

KS: Baca P3 (laporan polis).

(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")

KS: Kejadian 26 Jun?

SB: Ya.

KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?

SB: Ada.

KS: Sebelum 28 Jun?

SB: Ada.

KS: Oleh siapa?

SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.

KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?

SB: 28 Jun.

KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Kamu orang Islam yang baik?

SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)

KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?

SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.

KS: Dalam bulan Jun 2008?

SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.

KS: Selepas itu?

SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.

KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.

SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.

KS: 26 Jun?

SB: 26 Jun tidak sembahyang.

KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.

SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.

KS: Pada 27 Jun?

SB: Ada sembahyang Jumaat.

KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?

SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.

KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?

SB: Ya.

KS: Mandi junub, wajibkan?

SB: Ya.

KS: 26 (haribulan) tidak solat?

SB: Tidak.

KS: Tidak mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?

SB: Ya, tidak sah.

KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?

MY: Ini pendapat peguam.

KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.

HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.

KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.

KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.

SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.

KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?

SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)

KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?

SB: Tidak.

KS: Kamu tidak ikut cara Islam?

SB: Saya terpaksa.

KS: Dalam darurat?

SB: Ya.

KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain

SB: Di Pusrawi.

KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?

SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.

KS: Tujuan apa?

SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.

KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?

SB: Tidak.

KS: Pada 27 Jun pun tidak?

SB: Tidak.

KS: Hanya pada 28 Jun?

SB: Ya.

KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?

SB: Dr. Osman.

(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh MSB)

KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?

SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.

KS: Itu saja? Lain?

SB: Sakit perut.

KS: Tidak ada aduan lain?

SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.

(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)

KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."

SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.

KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?

SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?

SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.

KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?

SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?

SB: Ya.

(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)

KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?

SB: Sebelum ini tidak pernah.

KS: Siapa hantar kamu pada dia?

SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.

KS: Doktor ini bohong?

SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.

KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?

SB: Tidak.

KS: Lepas itu HKL?

SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.

KS: Dalam pukul 3 petang?

SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.

KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?

SB: Ya.

KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?

SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.

KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?

SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).

KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).

MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.

KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.

HAKIM: Esok boleh datang?

MY: Kesemua doktor?

KS: Semuanya.

KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?

SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.

KS: Buat laporan polis di HKL?

SB: Ya, di HKL.

KS: Buat di pondok polis?

SB: Tidak, di wad.

KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?

SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.

KS: Jude Blasious ada di sana?

SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.

(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)

KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?

SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.

KS: Pemeriksaan rapi?

SB: Ya.

KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?

SB: Tidak.

(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)

KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?

MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.

HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.

SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.

KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?

SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.

MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.

HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.

KS: Apa jawapan dia?

HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.

KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?

SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...

KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?

SB: Tiada komen.

(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)

KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?

SB: Ada, banyak kali.

KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?

SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.

KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?

SB: Ada setiap muka surat.

KS: Diliwat tanpa kerelaan?

SB: Ya, seperti dalam laporan saya.

KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.

HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?

KS: Dia (SB) tidak berkata benar.

HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?

KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.

HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.

(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)

KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.

MY: Tiada bantahan.

HAKIM: Tangguh sehingga esok?

MY: Ya.

HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).


Laporan Versi Malaysia Kini
* Kewibawaan Saiful dicabar, mahkamah ditangguhkan


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH