Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 12 Mei 2010

[Kemas Kini] LIWAT II: Transkrip Mahkamah, Ezam, Mumtaz, Rodwan, Najib, Khairil Anas, Musa Hassan, Rosmah


Pelakon utama telah membongkarkan segala-galanya. Sebelum perbicaraan, watak-watak ini telah disebut-sebut terlibat dalam pembikinan drama ini. Hari ini pelakon utama telah mengesahkannya di dalam mahkamah. Segala kemusykilan orang selama ini telah terjawab. Ada watak yang terlibat sejak  Drama Liwat 1 (Musa & Rodwan), ada juga watak baru. Ada sesetengah watak sudah menerima ganjaran baru-baru ini. Ada watak yang dinaikkan pangkat, ada yang menerima pangkat. Ada yang sudah lama menerima ganjaran.

Semakin didedah semakin bercelaru. Pak hakim pun sudah keliru. Sekejap dikatanya bercanggah, sekejap tidak. Pelakon utama pun semakin gabra. Sekejap rela, sekejap diperkosa. Pertuduhan pun cacamarba. Tuduh guna Seksyen 377b, tetapi perjalanan kes macam Seksyen 377c. Ah, lupakan dahulu! Banyak lagi masa untuk mengungkit & mengulas drama ini.

Yang pasti, kes ini istimewa. Mangsa liwat ini istimewa. Mangsa liwat ini boleh menelefon secara terus dengan KPN, boleh berjumpa dengan pegawai polis di hotel (dua-dua terlibat dalam Drama Liwat 1), boleh berjumpa setiausaha PM, dan boleh berjumpa dan mengadu dengan PM. Wow!

Jadi, rakyat 1Malaysia, sila contohi pelakon drama ini. Jika anda dirogol atau diliwat, jangan malu-malu untuk bertemu dengan Ezam, Mumtaz, Rodwan, Khairil Anas, Musa Hassan, Najib, dan Rosmah. Jangan lupa, minta nombor telefon daripada pelakon utama drama ini.

Lanjut, sila baca berita di bawah ini:

[MK] Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.


Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Saiful, 25, saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata beliau dibawa oleh rakannya bernama Rahimi dan juga pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, sama ada beliau mengenali Mohamad Ezam sebelum itu, Mohd Saiful berkata beliau hanya kenal Mohamad Ezam begitu sahaja sebagai kawan.

Bekas pembantu kepada Anwar itu berkata pertemuan dengan Ezam pada lewat malam 27 Jun itu hanya berakhir keesokan paginya.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa pula, adalah 'watak utama' semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Musa ada menghubungi beliau, Saiful menjawab beliau yang menghubungi Musa.


Karpal: Kenapa telefon dia?
Saiful: Nak mengadu masalah saya.
Karpal: Banyak masalah bukan?
Saiful: Memang saya banyak masalah.
Karpal: Ada jumpa dia?
Saiful: Contact (hubungi) sahaja.
Karpal: Bila?
Saiful: Pada 25 Jun 2008, sebelah pagi.
Karpal: Kamu contact dia untuk ceritakan masalah kamu bukan?
Saiful: Ya, tapi saya hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh KPN kerana mungkin dia ingat panggilan main-main dan beliau meletakkan telefon. Beliau juga mengingatkan saya untuk tidak menelefonnya lagi.

Disoal-siasat lagi oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.


“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.


Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar.

Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.


“Najib  terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib.

Ditanya Karpal sama ada Najib menawarkan sebarang nasihat, Saiful menjawab - tidak.

Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteriNajib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.



Transkrip Mahkamah:

Jumpa Najib
Saiful: Saya dihantar semula ke perkarangan kediaman Tuan Haji Karim Anas, selepas satu ke dua jam, saya berjumpa dengan Tuan Robert.

Menurut Saiful, dia ke sana selepas menerima satu panggilan telefon dari Tuan Robert yang mahu berjumpa dengan beliau di Hotel Melia selepas pertemuan dengan Najib Tun Razak.


Saiful menjawab soalan Karpal: Pada mulanya beliau (Najib) skeptikal seperti tidak percaya. Najib tidak menasihatkan saya membuat laporan polis.


Karpal mendesak, adakah Najib memberi nasihat atau tidak.


(Karpal mendesak dan Mohamed Yusof bangun membantah).


Hakim: Encik Karpal, awak bertanya soalan sebelum saksi memberi jawapan. Now I am also lost


Hubungi Musa Hassan
Karpal bertanya, ada contact Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan?
Saiful: I contact him. Bukan Ketua Polis Negara menghubungi saya.
Karpal: Mengapa?
Saiful: Saya mahu mengadu masalah saya. Banyak yang saya dianiayai oleh Datuk Seri Anwar.
Karpal: Bila contact?
Saiful: 25 haribulan.
Karpal: Siapa bagi contact nombor dia?
Saiful: Saya terdengar perbualan telefon Tan Sri Musa di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak.(suara agak teragak-agak)
Karpal: Perbualan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Polis Negara, awak dengar?
Saiful: Tidak.


"Three of us, not me." Karpal membetulkan jawapan Saiful yang mengatakan "three of me" ketika memberitahu mahkamah, ketika beliau bertemu dengan Najib, selain dirinya dan Najib, Karim Anas juga berada di situ.


Persoalan itu tidak mendapat jawapan yang jelas kerana Saiful pada tahap ini mengatakan, beliau tidak ingat siapa yang beri nombor Ketua Polis Negara.


Jumpa Ezam
Ditanya mengenai Mohd. Ezam Mohd. Nor (bekas setiausaha politik Anwar), Saiful mengaku kenal tetapi bukan sebagai kawan.


Saiful memberitahu mahkamah, beliau dibawa berjumpa Ezam pada 27 haribulan, pada tengah malam.


"Berjumpa di Rawang, Bandar Tasik Puteri atau Permaisuri... tapi di Rawang.


Saya bersama Rahimi dan Encik Tuah, tidak, bukan Uncle Pat.
(Uncle Pat tampil di hadapan Mahkamah untuk memperkenalkan dirinya).


Tuah bin Mohamad.


Hakim: Ini yang kamu maksudkan dengan Pakcik Tuah tu?
Saiful: Ya.
Saiful: Saya memberitahu kepada dia (Ezam).
Karpal: Ezam first person you complaint?
Saiful: Tidak. First person, Pakcik Tuah.


Jumpa Mumtaz
Saiful memberitahu beliau juga bertemu dengan Datuk Mumtaz.


Pada ketika ini, Karpal memberitahu Mahkamah: Itulah sebabnya Yang Arif, I ask for the list of these person....

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH