Menara KL Hasil Rekaan Orang Indonesia?
Sebuah laman blog Indonesia mendakwa bahawa Menara KL ialah rekaan orang Indonesia yang bermastautin di Malaysia. Namanya Ir Achmad Moerdijat. Saya tidak tahu tentang hal ini. Saya fikir bangunan ini merupakan ciptaan anak tempatan. Saya petik:
Namun kita pun boleh mendompleng kebanggan Malaysia karena bagaimanapun desain rancangan menara itu lahir dari tangan Ir. Achmad Moerdijat, putra Indonesia lulusan Insitut Teknologi Bandung, kendati sudah sejak lama ia bermukim di negeri itu.
Petikan Wikipedia:
Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina Islam.
Tidak pula dinyatakan arkitek yang mereka cipta menara ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.