BONGKAK!
Respons Ketua Polis Selangor berkaitan dengan desakan keluarga Aminulrasyid agar PDRM meminta maaf selepas menembak mati mangsa:
Kosmo:
"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas."
"Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis."
Berita Harian:
“Kita tidak pernah menggunakan perkataan penyamun tetapi suspek penjenayah selepas remaja terbabit dan rakannya tidak mengendahkan arahan anggota polis supaya menghentikan kereta mereka untuk diperiksa."
“Janganlah ada orang cuba pusing-pusing cakap... kita tak pernah kata mereka di dalam kereta itu penjenayah. Justeru, saya enggan dan tidak akan memohon maaf... tiada sebab mengapa saya perlu memohon maaf,”
"Ada pihak cuba hasut masyarakat, orang ramai dan remaja supaya salah faham dan benci polis. Sepatutnya pihak ini nasihat masyarakat, terutama remaja supaya patuhi peraturan, bukan terus menanam kebencian terhadap polis."
Sebaliknya, dia meminta keluarga arwah meminta maaf kerana membenarkan arwah memandu kereta tanpa lesen. Cis, bongkak!
Imbas Kembali:
Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.
.....
Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
Polis Diraja Malaysia atau Polis Raja Malaysia?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.