Pemuda Ditembak MATI ketika Tangan BERGARI?
Cerita lama, tetapi kembali hangat baru-baru ini. Saya petik:
Ditembak polis,tangan bergari: Keluarga akan ambil tindakan undang-undang
ARAU - Keluarga Mohamad Taufik Noorzan, 21, pemuda yang ditembak mati berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, dekat sini, mempertikaikan tindakan oleh pihak polis dalam insiden tersebut.
Antara yang menjadi pertikaian mereka ialah beberapa kenyataan daripada pihak polis seperti yang dilaporkan akhbar yang dikatakan bercanggah dengan kejadian sebenar.
Menurut bapa mangsa, Noorzan Abdul Rahim, 47, mempertikaikan pernan pihak polis yang tidak terus menahan anaknya yang dikatakan telah pergi ke balai polis menyatakan niatnya untuk membunuh rakannya.
Jelasnya, ketika berada tidak jauh dari tempat kejadian, beliau ada mendengar dua das tembakan berturut-turut dan ketika tiba di situ anaknya tertiarap di atas tanah sambil kedua-dua tangan masih bergari.
Beliau berkata ketika itu seorang anggota polis memegang pisau pisau pemotong sayur yang digunakan anaknya sebelum itu.
"Saya memeriksa kesan tembakan di kaki anak saya tapi tiada kesan tembakan, tapi tembakan itu tepat terkena dadanya. Saya meminta untuk dibuka gari tersebut tapi polis yang berada disitu terpinga-pinga mencari kuncinya.
"Kemudian saya meminta kain untuk menutup darah kesan tembakan dan menyuruh mereka memanggil ambulan tetapi tiada tindakan segera yang diambil,"jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Belakang Istana Arau dekat sini.
Noorzan mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya yang hanya bersejatakan sebilah pisau pemotong sayur sedangkan beliau bukanlah seorang penjenayah.
"Dia bukan colek orang pun atau mendatangkan bahaya besar. Saya nak tanya kenapa anak saya digari? Adakah dia ditembak semasa tangannya bergari atau digari selepas dia di tembak?
"Kalau ditembak dulupun, kenapa perlu dia digari?," soalnya.
Selain itu, Noorzan turut menjelakan bahawa dia diberitahu hasil bedah siasat turut mendapati adanya kesan hentakan dengan objek tumpul pada bahagian belakang anaknya itu.
Sehubungan itu, Noorzan berkata pihaknya akan mengambil tindakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis, kerajaan Malaysia dan angota polis terbabit akibat kecuaian mereka dalam menjalnkan tugas sehingga menyebabkan kematian.
Jika benarlah apa-apa yang didakwa oleh bapa mangsa, adakah kita masih tidak layak/wajar untuk mempersoalkan "kekejaman" sesetengah anggota polis terhadap orang awam? Jika kes seumpama ini berlaku, wajar juga kita mempersoal kemungkinan wujudnya lebih banyak kes yang seumpama ini tetapi disenyapkan begitu sahaja?
Sila baca berita asal tentang kejadian tersebut yang berlaku sekitar November 2009 (sila teliti bahagian yang saya merahkan) Saya petik:
Lelaki Mengamuk Mati Ditembak
KANGAR: Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji dekat sini hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.
Pemangku Ketua Polis Perlis Datuk Jamshah Mustapa berkata dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu.
Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.
Jamshah bagaimanapun enggan menyatakan bahagian badan lelaki itu yang terkena tembakan.
Mohamad Taufik yang merupakan peniaga makanan di Arau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Beliau berkata kejadian itu bermula kira-kira pukul 5.30 pagi apabila lelaki terbabit dikatakan menyerang rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun dengan sebatang besi dan kayu hingga cedera.
Dia yang masih tidak puas hati dengan tindakan itu pulang ke rumahnya pada pukul 6 pagi dan mengambil sebilah pisau, dan semasa dalam perjalanan ke rumah kontraktor itu, dia singgah di balai polis Arau untuk memaklumkan niatnya, katanya.
Jamshah berkata dua anggota polis yang bimbang dengan ancaman lelaki itu mengekorinya dan cuba memujuk lelaki itu, tetapi keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan enam lagi anggota polis turut membantu mententeramkan keadaan.
Sementara itu, ibu Mohamad Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, beliau dimaklumkan anaknya sedang mengamuk oleh anggota polis yang datang ke rumahnya dan ketika beliau dan suaminya Norizan Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian, anaknya telah terbaring berlumuran darah.
Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.
Sementara itu Anggota Parlimen Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya.
"Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya. BERNAMA
Jika benar dakwaan keluarga mangsa, tidak salah jika dikatakan bahawa nyawa pemuda ini "diambil" dengan wewenang. Bukankah pihak polis boleh menembak kaki atau paha pemuda ini? Mengapa mereka menembak tepat di dadanya? Hal ini turut dipertikaikan oleh Datuk Seri Azmi Khalid (MP Padang Besar).
Jika benar tangannya bergari, apakah yang mampu dilakukan oleh pemuda ini untuk mengancam nyawa polis?
Kita tinggal di MALAYSIA bukan di ISRAEL!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.