LIWAT II: Minum Teh, "Nasihat", & Liwat Glokal- KL, Bangkok, Singapura, Hong Kong
(Sehari selepas "diliwat"-Ihsan TT)
Saiful masih pergi rumah Anwar sehari selepas kata diliwat? Karpal bertanya adakah Saiful ke rumah Anwar pada 27 Jun. Saiful jawab: "ya". Karpal menunjukkan gambar Saiful tersenyum & menyediakan teh untuk Anwar. KARPAL: "Adakah kamu dalam gambar itu?" SAIFUL: "Ya".KARPAL: Kamu nampak gembira. Ketika ini, Pendakwaraya mencelah & mereka diselamat buat sementara apabila hakim tangguh kes ke 31 Mei...- TT
Petikan berita Bernama di bawah ini pula mendedahkan Saiful mendapatkan NASIHAT (boleh diinterpretasi dalam pelbagai maksud- konspirasi, mungkin?) daripada beberapa orang tentang kejadian "liwat" yang menimpanya serta dakwaan dirinya diliwat di Bangkok, Singapura, dan Hong Kong. Fuh, bekerja, melancong sambil "diliwat"! Liwat glokal!:
.................
Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.
Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.
Karpal: Nasihat daripada siapa?
Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip) (bawah, kanan), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.
..............
Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.
...........
Kiriman kali ini ditutup oleh tulisan TT. Ya dibuka oleh tulisan TT, ditutup oleh tulisan TT:
Manusia dajal yang sanggup buat apa saja untuk wang, walau pun ia bererti memfitnah dan mengaibkan orang lain. Hakim2 yang sanggup menginjak hukum, demi pangkat dan jawatan walau pun memenjara yang tak bersalah dan membebaskan yang bersalah. Polis dan pendakwa yang menyembah tuan2 politik demi ganjaran material. Bangsa jenis apakah ini? - TT
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.