Guru Bumiputera Tidak Boleh Berbahasa Cina, Tidak Boleh Mengajar di Sekolah Cina?
Sampai begitu sekali polemik yang wujud di sekolah jenis kebangsaan. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya bukan antibahasa kaum minoriti yang lain, tetapi saya berharap anak-anak Malaysia dapat bersatu dan belajar di bawah satu bumbung dengan menggunakan bahasa kebangsaan tanpa meminggirkan bahasa ibunda masing-masing. Sudah lebih 50 tahun negara merdeka, perlukah kita belajar di sekolah berdasarkan prinsip pecah dan perintah? Saya petik:
Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sabah nafi tolak guru bumiputera
KOTA KINABALU - Jawatankuasa pengurusan Persatuan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sabah hari ini menafikan dakwaan kononnya ia enggan menerima guru-guru dari kalangan bumiputera yang boleh bertutur dalam bahasa Cina untuk mengajar di sekolah-sekolah Cina di Sabah.
Pengerusinya Datuk Wong Yit Ming berkata sebaliknya semua 83 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sabah mengambil dasar terbuka dengan menyambut baik kehadiran guru-guru tanpa mengira kaum dan bangsa, bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah rendah.
"Kami tidak pernah menolak mereka, itu tidak benar, apa yang kami mahu adalah guru-guru yang sekurang-kurangnya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin atau Cina.
"Kami percaya proses pembelajaran lebih mudah sekiranya guru-guru bumiputera ini boleh berbahasa Cina, terutama di sekolah-sekolah rendah," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah Muhiddin Yusin semalam bahawa sekolah-sekolah Cina ini enggan menerima guru-guru dari kalangan bumiputera, walaupun mereka boleh bertutur dalam bahasa Cina.- Bernama
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.