Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 23 Mei 2010

Mengungkap Misteri YAKJUJ & MAKJUJ


Saya petik dan edit sedikit bahasa dan ejaan artikel yang bersumberkan ibnuyusof megasutera. Selanjutnya:

Kaum Yakjuj dan Makjuj ialah kaum ganas yang menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat tarikh kiamat akan berlaku tetapi tanda-tanda kecil berkaitan dengannya dikatakan sudah banyak berlaku. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman adalah salah satu daripada 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya, Zulkarnain pun
merupakan satu misteri, siapakah beliau sebenarnya? Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang dibina oleh baginda pun masih tiada jawapan yang jelas.

Kitab suci al-Qur’an memerihalkan semua hal ini agar umat Islam kajian lanjut. Itu kehendak Allah. Keadaan ini lebih baik berbanding dengan “spoon-feeding” kerana hal itu akan menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan "alien" menyebabkan kita ingin tahu dengan lebih lanjut: Adakah kejadian itu ada kaitan secara langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj? Adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas atas muka bumi?

Siapakah sebenarnya kaum Yakjuj dan Makjuj? Berdasarkan sumber al-Qur’an dan hadis, ternyata bahawa mereka adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi, yang terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).

Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai-bagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan menjadikan sebelah daripada telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tetapi kesemua riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini mempunyai muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan, dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ? Daripada sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat banyak dan jauh lebih banyak berbanding dengan manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu banyak, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di
bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambil kira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.

Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain sejak zaman-berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangka masa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj dan Makjuj keluar semula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat mereka sudah nampak cahaya di luar. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tetapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali kepada bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya semula. Proses ini berterusan hari demi hari selama Allah menghendaki mereka ini terkepung. Apabila Allah menghendaki mereka keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan seperti yang
telah ditinggalkan pada hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya, mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka bekerja memecah tembok pada waktu malam dengan bergilir-gilir kerana bilangan mereka yang banyak. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj mempunyai teknologi (mempunyai pelbagai jenis peralatan), dan mereka dengan mudah menggunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan  hinggalah sampai pada saat Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.

Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Everyday, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight through it, the one who is in charge of them says, "Go back; you can carry on digging tomorrow," and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, "Go back; you can carry on digging tomorrow, InshaĆ¢Allah." In this case, he will make an exception by saying InshaĆ¢Allah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows into the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, "We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven." Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…"By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat." (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)

Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tetapi berasal daripada keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah daripada keturunan Yafits, iaitu salah seorang daripada tiga orang anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.


“Selain daripada berita Yakjuj dan Makjuj dalam al-Qur’an, terdapat banyak hadis yang membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj danMakjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.

“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Apabila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa pun yang mampu menewaskan mereka.

“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.

“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit matahari” iaitu timur dunia.

“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang banyak dan mereka ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,
dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah. Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him indicated the size of the hole with his finger and thumb)”(Bukhari/Muslim)

In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come from every lofty place.” (Muslim)

Begitulah hasil temu bual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan daripada Dr. Fauzi ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang telah saya catat sebelum ini.

Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diperihalkan dalam al-Qur’an, tetapi juga dalam kitab-kitab terdahulu, iaitu Taurat dan Injil. Orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal daripada anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tetapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memerihalkan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya, mereka adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi apabila kiamat sudah hampir.

Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat yang menyatakan bahawa tembok itu terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan tembok itu berada di laluan utama di antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67 degrees E). Pada masa sekarang lokasi itu dikenal dengan nama Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tetapi pada masa silam lokasi itu dikenal sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China).

Pada masa kini tembok besi itu sudah tiada lagi. Namun, pada kurun ke-17, seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang ternampak akan tembok itu ketika dalam pengembaraannya ke India. Beliau terlihat pintu gerbang yang dibuat daripada besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah tasik yang digelar Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi) bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat daripada kepingan-kepingan besi yang telah dipateri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).

Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh
Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menulis bahawa “Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding
telah dibina pada zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman silam. Ada empat tembok yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenal sebagai Derbent berhampiran dengan Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.

Beliau berpendapat tujuan tembok-tembok di atas dibina adalah sama (melindungi rakyat daripada gangguan kaum yang ganas) maka amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya
tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat bahawa Tembok Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana tembok itu berada di bahagian timur sedangkan al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan besar kemungkinan tembok itu sebenarnya berada jauh di balik gunung-ganang yang dipisahkan oleh laut yang luas.

Kesimpulannya, setelah membaca berbagai-bagai sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, semakin jelaslah kepada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam juga, iaitu daripada keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu banyak, iaitu 9 kali lebih banyak berbanding dengan bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun panjang, membolehkan mereka beranak-pinak dengan banyak sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya untuk mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.

Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.
Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10 bilion orang, tetapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki
bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu mereka. Termasuklah juga kepada Yafits, iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog) iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat terbang silam yang telah ditemukan oleh para pengkaji di serata dunia, ditambah pula catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa pada zaman silam sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj.


Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah berpunca daripada teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka mungkin mempunyai senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan mungkin lebih hebat daripada senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan banyak manusia di muka bumi akan mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke gunung-ganang untuk menjauhi kaum ini.

Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, adakah anda masih menganggap bahawa UFO dan "alien" berasal dari angkasa lepas? Atau, adakah anda menganggap UFO itu adalah kenderaan kaum
Yakjuj dan Makjuj dan "alien" itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya sendiri berpendapat bahawa UFO dan "alien" bukan datang dari angkasa lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan "alien" itu adalah Yakjuj dan Makjuj belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.

Hal ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak dapat dibongkarkan oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap bahawa mereka sudah serba canggih. Maka kalau "alien" itu tidak ada kaitan langsung dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu? Siapakah sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?

Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh Barat dan agama-agama lain. Hal ini demikian kerana pada kita ada al-Qur’an, kitab terakhir dan teragung (The Final Revelation) ayat-ayat mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu daripadanya (terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya mempunyai akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperoleh tidak lama lagi, mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tetapi yang pastinya ialah  janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH