Isu 2 Telaga Minyak: Hak Sabah "Digadaikan" untuk Sarawak?
DEKAT….Blok L dan M yang sangat dekat dengan Wilayah Negeri Sabah tergadai kepada Brunei Darul Salam untuk selama-lamanya, walaupun sepatutnya kita mempunyai hak mengikut perjanjian ‘LAW OF SEA’ Undang-Undang Antarabangsa (Unclosed).
Saya petik:
[SK] KENYATAAN Mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohammad mengenai Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei 16 Mac 2009 oleh Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penjelasan Perdana Menteri hari ini Datuk Seri Najib Abdul Razak nampaknya tidak selaras dan saling menuding jari antara satu sama lain mengenai isu warisan harta rakyat Sabah di kawasan perairan Blok L & M yang menjadi sumber kekayaan minyak Negara amat mengejutkan.
Nilai RM320 billion sumber minyak yang diserahkan kepada Kerajaan Brunei dengan pertukaran Limbang (tetapi tidak dinyatakan dalam surat pertukaran Malaysia dan Brunei dan Brunei sendiri menafikannya ) yang terletak di Wilayah Negeri Sarawak.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Wilayah ini yang terletak di kawasan perairan Sabah seperti dalam peta yang dirujuk atas dan sejarah Sabah yang terus berulang-ulang digadai untuk kepentingan pihak luar sejak ratusan tahun dahulu nampaknya berulang di zaman moden dan melinium baru walaupun kita sudah merdeka sekian lama; lebih menyedihkan orang lain buat perjanjian, kita yang menerima kesan jangka panjangnya.
Negeri Sabah kehilangan perairan Block L & M kepada Negara Brunei Darul Salam. Blok ini dalam wilayah Brunei sebagai Blok J dan K yang sangat kaya dengan sumber minyak boleh menghasilkan 150,000 hingga 200,000 barel sehari atau 2 kali ganda keluaran Minyak Negara Brunei Darul Salam.
Diserahkan dan menjadi milik Brunei melalui satu perjanjian surat pertukaran yang ditandatangani oleh Perdana Menteri kita Tun Abdullah Ahmad Badawi 18 hari sebelum beliau menyerahkan kuasa kepada PM baru, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sebagai rakyat Negeri Sabah saya ingin meminta supaya perkara ini diperjelaskan sejelas-jelasnya kepada Rakyat Negeri ini, apa keuntungan yang diperolehi oleh rakyat Sabah terhadap perjanjian surat pertukaran ini?.
Negara Brunei untung sumber Minyak RM320 billion dan Wilayah sebesar 4 Negeri di Malaysia.
Negeri Sarawak Untung Wilayah Limbang untuk 40 tahun akan datang.
Namun Negeri Sabah yang kehilangan Wilayah Sebesar 4 Negeri Perlis, Penang, Melaka & Selangor apa keuntungannya?.
Apakah Negeri Sabah boleh tuntut 5% kerugian RM320 Billion itu? Atau RM18 billion sumber yang menjadi haknya mengikut Akta Kemajuan Petronas?
Adakah Pemimpin dan pihak berkuasa Negeri Sabah dibawa berbincang mengenai perkara ini?. Seperti mana Kerajaan pimpinan USNO dulu, semasa membincangkan isu minyak Sabah dalam wilayahnya 36 tahun dahulu, 1974.
Isu kedaulatan negara merdeka dan hak wilayah Negeri Sabah selepas merdeka seharusnya dilindungi oleh mereka yang diamanahkan dan tidak jatuh sewenang- wenangnya tanpa kita memperolehi manafaat sewajarnya.
Kita menghadapi masalah kedaulatan wilayah Minyak ND 6 & ND 7 dalam isu Ambalat, hari ini kita kehilangan Bock L & M wilayah Sabah. - ABDULLAHSANI ABDUL SALLEH
Contoh nyata apabila negara berperdanamenterikan orang yang "otak udang", dikelilingi pula oleh ahli kabinet yang "bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut".
Tolak BN sebelum NEGARA TERGADAI!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.