LIWAT II: Dildo, Tak Mandi Junub, Jumpa Najib, Jumpa Polis Secara Peribadi, Minyak Pelincir
Siapa budak ini sehingga diberi keistimewaan bertemu dengan PM? Bukankah budak ini diberhentikan kerana pencapaian akademik yang kurang memuaskan? Siapa budak ini sehingga diberi keistimewaan bertemu dengan pegawai polis secara peribadi? Siapa budak ini? Bagaimana mahu mengklasikasikan kes ini diliwat secara paksa jika pelakunya menggunakan minyak pelincir, tangan mangsa tidak diikat, tubuh mangsa tiada kesan lebam, malah pelaku tidak dijentik pun oleh mangsa? Terlalu banyak persoalan. Saya petik:
[PD] Saiful Bukhari Azlan si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu. Beliau seolah-olah menjadi panik ketika berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh peguambela handalan Anwar iaitu Karpal Singh.
Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada dalam keadaan darurat.
Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang telah memerangkap dirinya. Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar.
Persoalannya sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima kehadiran beliau secara peribadi. Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya, apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS atau sebagainya?. Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?. Perkara inilah yang amat meragukan kita.
Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman berbohong.
Soalnya sekarang, jika Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu. Makanya, siapakah yang berbohong dalam hal ini.
Saiful juga mengesahkan telah bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Rodwan kini baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru.
Saiful mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong, sebaliknya menjawab "No Komen" bila diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh mahu kemukakan "kenyataan beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim Zabidin Mohd Diah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.
Versi Malaysia Kini:
* Liwat II: Karpal soal balas Saiful
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.