[Kemas Kini] Jangan Makan Sembarangan Masakan Ikan Patin di Temerloh Pahang. Mengapa? Baca!
[TMI] KUALA LUMPUR, 11 April – Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, Pahang terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Seorang daripada kumpulan itu, yang dipetik Bernama Online dan enggan namanya disiarkan berkata, dia membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
“Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
“Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Kemas Kini:
[Bernama] TEMERLOH, 12 April -- Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, Selasa mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.
"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ianya memang mahal," katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.
Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.
Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong dan ikan patin sangkar RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong.
P/s: Walaupun kekecohan fasal harga masakan ikan patin ini sudah dijelaskan/diperbetulkan, saya masih lagi mahu menasihati anda agar berhati-hati apabila membeli masakan ikan patin di sana kerana sebelum ini sudah ada cerita yang kurang sedap didengar berkaitan dengan harga hidangan ikan patin di sana. Tanya dahulu harga sebelum meletakkannya di dalam pinggan!
![]() |
| Respon peniaga terbabit juga boleh dibaca di Sinar Harian. |


memang takut pon nak makan patin kat pahang..kadang2 pelik je..xla sesedap mana masakan nyer tapi mahalnye sampai xmasuk akal..