Menggemari KEMALUAN WANITA, Cita-cita Hendak Jadi PENCURI, Dapat Duit Hendak Langgan PELACUR!
Dalam HM pula, budak ini dilaporkan menyatakan bahawa perkara yang paling digemarinya ialah "kemaluan wanita". Masya-Allah! Mustahil budak semuda itu mampu berkata sebegitu jika tutur kata dan perlakuannya tidak dipengaruhi oleh orang dewasa di sekelilingnya. Mudah-mudahan kita tidak sejahil itu dalam usaha membesar dan mendidik anak bangsa!
Lanjut:
[KOSMO] JAKARTA - Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Video selama tiga minit yang dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana melanggar syarat penggunaan YouTube.
Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.
Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah pelacuran popular di Surabaya.
Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan larangannya supaya berhenti merokok.
Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. - Agensi
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
salam jihad..
Comment by SAYA @ Jumaat, April 02, 2010 7:41:00 PTGmasyaAllah..ini sungguh mengejutkan!bagaimana knk2 sekecil itu boleh berfikiran sedemikian???
ibu bapa perlu bertindak tegas dalam mengatasi mslh ini..apa yg akan berlaku pd generasi akn dtg??