Ulama di Eropah LARANG Wanita Pegang Buah/Sayur Berbentuk "Zakar" Jika...
Seorang ulama yang tinggal di Eropah dan tidak dinyatakan namanya didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak seharusnya "mendekati" buah atau sayur seperti pisang dan mentimun yang boleh membuatkan mereka berimaginasi tentang seks.
Ulama itu seperti dipetik oleh el-Sawsana didakwa berkata jika wanita mahu makan sayur atau buah tersebut, mereka perlu mendapatkan saudara mara, terutamanya lelaki untuk memotongnya kecil-kecil sebelum dimasak atau dihidang tanpa dimasak.
Ulama itu didakwa berkata sayur dan buah itu menyerupai kemaluan lelaki dan boleh menaikkan syahwat wanita atau mendorong mereka memikirkan perihal seks seperti dilaporkan oleh portal berita Mesir, Bikya Masr.
Beberapa media Barat pula melaporkan kenyataan ulama itu telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan Muslim dan mereka melontarkan pelbagai pendapat mempertikaikan pendapat ulama itu.
Menurut media, setakat ini tiada respons dikeluarkan oleh mana-mana tokoh agama berkaitan dengan hal itu.





Macam ader Syeikh...buah yg menaikkan syawat lelaki pulak Syeikh camner?kihkihkih..