Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 19 Ogos 2015

DAP Bakal Lawat Tunisia Pelajari Isu Hudud



Pemimpin An Nahdah Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani, parti Islam dari Tunisia melawat Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Ogos, 2015.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengadakan satu lagi rombongan ke negara Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah dengan PAS disebabkan isu tersebut.

Kali ini mereka akan melawat Tunisia dan berbincang dengan pemimpin parti Islam An Nahdah, yang turut berada dalam kerajaan negara utara Afrika itu.

Lim memberitahu media semalam selepas menerima kunjungan hormat wakil pemimpin utama An Nahdah Rachid Ghanouchi iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani ke Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Lim mengetuai rombongan pemimpin DAP ke Mesir dan Jordan bagi bertemu dan berbincang dengan pemimpin Islam dan pelajar Malaysia yang sedang belajar bidang agama di 2 negara Timur Tengah itu.

An Nahdah pimpinan Ghanouchi kini menyertai kerajaan melalui kerjasama politik yang diadakan ketika Tunisia berada dalam transisi perpindahan daripada negara autokratik kepada negara demokrasi.

Lim berkata, An Nahdah sebagai parti dan gerakan Islam adalah yang pertama di dunia menerima sistem demokrasi dengan sepenuhnya apabila bersedia menerima keputusan rakyat, inklusif dan terbuka dalam pendekatannya.

"Saya yakin, di samping Tunisia, negara seperti Malaysia, Indonesia, Morocco dan Turki boleh menjadi negara contoh di dunia walaupun kita belajar dari Timur Tengah," kata Lim.

Ferjani ke Malaysia untuk menyertai Nadwah Ulama 2015 (Nunji'15) anjuran Gerakan Harapan Baru (GHB) sebelum berkunjung menemui beberapa kumpulan.

Sebelum ini, Ferjani mengunjungi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

DAP dan PAS bertelagah ekoran usaha parti Islam itu untuk melaksanakan hudud yang menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah.

PR berakhir selepas PAS memutuskan hubungannya dengan DAP.

Sebelum itu, DAP memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

An Nahdah mempunyai pendekatan yang lunak sebagai sebuah gerakan Islam dalam menyampaikan mesej mereka.

Ferjani dalam pertemuan dengan DAP semalam berkata, Nabi Muhammad tidak melaksanakan hudud dalam tempoh 13 tahun beliau memperkenalkan Islam di Mekah. – The Malaysian Insider/19 Ogos, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH