Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 1 Ogos 2015

Penjara 3 Bulan Kerana Serang Polis Dengan Payudara




HONG KONG: Seorang wanita Hong Kong dijatuhi hukuman penjara tiga bulan setengah selepas mahkamah hari ini, mendapatinya bersalah menggunakan payudara untuk ‘menyerang’ pegawai polis ketika satu perhimpunan bantahan.

Ng Lai-ying, 30, yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap perniagaan merentas sempadan tanah besar China, pada Mac lalu, didapati bersalah menggunakan dadanya untuk melanggar lengan Ketua Inspektor Chan Ka-po ketika tunjuk perasaan di daerah Yuen Long/

South China Morning Post melaporkan, sebelum ini, Ng memberitahu mahkamah dia menjerit ‘serangan tidak senonoh’ kerana takut selepas tangan Chan mengenai payudara kirinya selepas polis itu gagal memegang tali beg wanita itu.

Chan mendakwa Ng melanggarnya dengan payudaranya.

“Jika saya tidak mengenakan hukuman tegas, orang ramai akan menganggap serangan terhadap polis ketika tunjuk perasaan bukan kesalahan serius,” kata Majistret Michael Chan.

Menurutnya, mahkamah mendapati Ng menggunakan identitinya sebagai wanita sebagai muslihat mendakwa pegawai polis itu mencabulnya.

Ng yang bekerja sebagai kerani diikat jamin sementara menunggu rayuan dan dia kelihatan terkejut selepas keluar dari mahkamah dengan puluhan penyokongnya menunggu.

Kemasukan jutaan pelancong China ke Hong Kong mendorong bantahan awal tahun ini oleh penduduk.

Hong Kong dibuka untuk pelancong China pada 2003 dalam usaha memulihkan ekonominya selepas wabak penyakit pernafasan SARS, membolehkan penduduk tanah besar China datang sebagai pelancong individu, bukannya melalui lawatan berkumpulan.- AFP/Harian Metro/31/7/15



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH