Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 3 Ogos 2015

Polis Soal Pengarah SPRM Berhubung Maklumat Bocor Kes 1MDB




Datuk Bahri Mohamad Zin (tengah), pengarah (Operasi Khas) SPRM, merupakan orang keempat disoal siasat polis berhubung kes kebocoran maklumat mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 3 Ogos, 2015.

Polis hari ini menyoal seorang pengarah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam meneruskan siasatannya terhadap kes kebocoran maklumat mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Bahri Mohamad Zin, Pengarah (Operasi Khas) SPRM, merupakan orang keempat disoal siasat polis berhubung kes itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan, polis dijangka menyoal seorang lagi pegawai SPRM bagi membantu siasatan.

Satu pasukan, dipercayai dari Bukit Aman, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 2.45 petang ini.

Bahri, yang tiba di pejabatnya jam 3.07 petang, kelihatan terkejut dengan kehadiran ramai petugas media di hadapan bangunan ibu pejabat itu.

Beliau diiringi ke dalam bangunan oleh pegawainya dan beberapa anggota keselamatan.

Sabtu lepas, polis menahan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh untuk disoal siasat berkaitan dengan kes itu.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka dibebaskan pada malam yang sama apabila pihak polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka lebih lama.

Penangkapan Rashpal dipercayai berkaitan dengan laporan yang beliau ada menemui editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.

SPRM bagaimanapun menafikan kebocoran dalam penyiasatan Putrajaya berhubung firma pelaburan negara yang dibebani hutang itu dibuat orang dalam agensi anti-rasuah itu.

Pengarah komunikasi strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob pada 21 Julai berkata Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan yang dijalankan agensi itu kerana tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga itu berakhir pada Februari. – The Malaysian Insider/3 Ogos, 2015.

Berkaitan:

Pengarah SPRM Bayangkan Mungkin Ada 'Tangan Tersembunyi'


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur.

Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir.

Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu. - Malaysia Kini/3/8/15


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH