Remaja Tumbuk Muka Bapa Dijel 6 Bulan
Kota Bharu: Hanya kerana tidak diberikan wang, seorang remaja lelaki 19 tahun menumbuk muka bapanya bertubi-tubi di sebuah rumah di Kedai Buloh di sini, minggu lalu.
Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Muhammad Azubie Abdullah@Omar membawa padah apabila meringkuk dalam penjara selama enam bulan selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah dan memerintahkan hukuman bermula tarikh dia ditangkap pada 9 Ogos lalu.
Mengikut tuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencederakan bapanya, Abdullah@Omar Deraman, 66, dengan menumbuk muka mangsa bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kedai Buloh, jam 7 malam, 9 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. - Harian Metro/14/8/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.