Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 17 Ogos 2015

Selangor Kaji Semula Pemberian Air Percuma




Selangor mahu meneliti semula pemberian air percuma 20 meter padu sama ada program itu benar-benar menepati hasrat asal yang bertujuan membantu rakyat, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri menerima rungutan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu tidak dimanfaatkan sebilangan rakyat.

"Dia gunakan bukan untuk diri dia tetapi untuk berkebun, kolam renang sedangkan rakyat miskin yang tiada kolam air tidak mendapat manfaat," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.

Azmin berkata setakat ini, pihaknya belum berhasrat untuk membatalkan pemberian air percuma, namun akan membentangkan hasil penilaian semula supaya penambahbaikan dapat dikemukakan.

"Kita akan bahaskan dalam sidang akan datang ketika bentang belanjawan 2016 apakah program ini dapat diperbaiki supaya kumpulan sasaran dapat manfaat perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri," katanya.

Menjawab pertanyaan Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sama ada tarif air mungkin dinaikkan selepas proses ambil alih syarikat konsesi selesai, beliau berkata, pihaknya setakat ini tidak berhasrat berbuat demikian.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan itu bagi jangka masa panjang kerana ia melibatkan kos, sama ada mahu memindahkan beban itu kepada rakyat atau sebaliknya.

"Walaupun industri diuruskan air sepenuhnya tetapi kos akan dipindahkan kepada Air Selangor, dan apabila beri perkhidmatan seperti ini, ia kos. Dan apakah ia adil dipindahkan kepada rakyat atau sebaliknya? Sedang diteliti," katanya.

Azmin pada sidang DUN Disember tahun lalu dilaporkan mempertimbangkan cadangan meningkatkan jumlah pemberian air percuma sehingga 40 meter padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015.

Katanya, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

“Sukacita saya maklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40 meter padu daripada 20 meter padu.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penstrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan,” katanya dipetik laporan media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini, ketika itu. – The Malaysian Insider/17 Ogos, 2015.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH