Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, , ,

Jumaat, 28 Ogos 2015

GHB Sertai Bersih 4 Sepenuhnya, Ganti PAS yang Boikot




Ketika PAS tidak menyertai Bersih 4, kesemua pemimpin dan ahlinya yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal turun menyertai himpunan kali ini yang akan bermula esok.

Mereka akan ditempatkan di kesemua 5 pusat himpunan utama di tengah-tengah bandaraya dengan Masjid Negara menjadi tumpuan kepimpinan mereka yang dipecahkan mengikut negeri asal.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu bersama timbalannya Salahudin Ayub akan berhimpun di Masjid Negara bersama pemimpin GHB dari Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Turut sama di kawasan itu Datuk Dr Mujahid Yusuf, Mohd Sany Hamzan, Anuar Tahir, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Peserta dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pula akan berkumpul di Central Market dengan dipimpin Dr Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat, Mazlan Aliman, Aiman Athirah, Adly Zahari, Zulkefly Mohamad Omar dan Aminolhuda Hassan.

Para peserta dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang pula akan berkumpul di Menara Maybank dengan dipimpin oleh Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Izeham Hashim dan juga Dr Hamzah Jaafar.

Di Sogo pula, peserta dari Kelantan dan Terengganu akan berhimpun di bawah pimpinan Datuk Kamarul Baharin, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Peserta GHB dari Perak pula akan berhimpun di Brickfields dengan dipimpin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin dan Asmuni Awi.

Turut serta bersama pimpinan mereka adalah pasukan Amal Relief (Arif) yang dibentuk GHB bagi menggantikan Unit Amal PAS yang sentiasa memberikan khidmat kawalan sebelum ini.

GHB juga membawa pasukan peguam mereka dalam membantu peserta perhimpunan kali ini.

Himpunan Bersih 4 akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu serta beberapa bandar utama dunia.

Ia akan bermula jam 2 petang esok dan akan berlangsung selama 34 jam bagi menuntut lima perkara iaitu bersihkan pilihan raya, wujudkan kerajaan yang bersih, berikan hak untuk membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia. – The Malaysia Insider/28 Ogos, 2015.


, ,

KDN Haramkan Pakaian Kuning, Perkataan "Bersih 4"


Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pakaian kuning serta pakaian dengan perkataan "Bersih 4" dan bahan juga cetak berkaitan dengan perhimpunan yang bakal berlangsung esok dan Ahad di Kuala Lumpur dan beberapa bandar lain.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan perintah tersebut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang berkuat kuasa hari ini.

Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 22) 2015 menyenaraikan sebagai "dilarang sama sekali di seluruh Malaysia" item berikut:

"Mana-mana pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan 'Bersih 4' dan 'Mana-mana bahan bercetak lain dan risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4'.

Satu salinan perintah itu dalam Warta Kerajaan Persekutuan boleh didapati dalam talian. Ia bertarikh 27 Ogos dan mula berkuat kuasa hari ini. – The Malaysian Insider/28 Ogos, 2015.


P/s: Lawak! Hahahahahahahahhahaha!!!!!

, , ,

Tan Sri Antara Akan Sertai Harapan Baru


KOTA BHARU - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang akan melancarkan Parti Amanah Negara (Amanah) pada 31 Ogos ini, akan melibatkan pemimpin pelbagai peringkat, termasuk yang bergelar Tan Sri.

Pengerusi Harapan Baru Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka yang terlibat dalam Amanah adalah daripada golongan profesional dan individu yang pertama kali terlibat dalam politik.

“Beberapa nama besar akan turut diumumkan sempena pelancaran itu, malah mereka yang terlibat dengan Amanah bukan dalam kalangan pemimpin yang bertanding pada muktamar Pas tahunan Jun lalu.

“Ini sekali gus menolak dakwaan penubuhannya disebabkan kecewa selepas digugurkan daripada barisan kepimpinan parti,” katanya kepada media selepas melawat mangsa kebakaran di Taman Kenangan di sini, kelmarin.

Wan Abdul Rahim berkata, pada majlis pra pelancaran itu juga beliau akan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, bagi memberikan komitmen kepada parti baharu itu.

“Pada hari itu juga barulah ada parti, borang, pendaftaran, nama, logo dan kita akan edarkan borang keahlian,” katanya.

Wan Abdul Rahim, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu juga berkata, pelancaran secara rasmi akan diadakan pada 16 September di Kuala Lumpur.

“Pada 11 September kita akan melancarkan di Kelantan yang disertai pengisytiharan kepimpinan di peringkat negeri,” katanya.

, , , , ,

24 AJK PAS dan DHPP Letak Jawatan,Harapan Baru Ambil Alih Pejabat Pas Jelebu

JELEBU - Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah berkata, mereka akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga akan terlucut selepas menyertai parti baharu.

"Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi penyertaan.

"Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,"katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam‎.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, Muhamad Taufek Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas sekarang yang membiarkan 'mungkar fitnah' berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 lalu. -Sinar Harian/28/8/15

, , ,

'Saya sedikit pun tidak gentar, Insya-Allah' - Abdul Hamid Bador



Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana pihak atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung pertukarannya.

Abdul Hamid juga memberitahu bahawa beliau tidak akan tunduk dengan pihak yang juga cuba untuk menakut-nakutkannya.

"Sejara jujur, saya sedikitpun tidak gentar. Insya-Allah, saya tidak takutkan sesiapa," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini malam tadi.

Abdul Hamid diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini.

Katanya, beliau akan memberi penjelasan apabila menerima surat tunjuk sebab itu.

Abdul Hamid memberitahu, beliau sedang bercuti dan akan memulakan tugasnya semula pada awal September ini.

"Bila saya terima (surat tunjuk sebab) nanti, saya jawab. Tunggu saya masuk pejabat dulu 2 September ini. Sekarang saya masih pegawai polis tanpa portfolio," katanya.

Menurut Abdul Hamid, beliau juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman terhadap dirinya termasuk kemungkinan disingkirkan sebagai kakitangan kerajaan.

"Sudah tentu saya akan menerima apa sahaja bentuk hukuman. Saya seorang polis. Saya akan menjunjung tinggi maruah itu," ujar beliau.

Pada masa yang sama, Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa pertemuan di antara beliau dan Khalid sememangnya berlaku.

"Ya, seperti mana yang IGP cakap," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butir-butir dan hasil pertemuan itu.- Malaysia Kini/28/8/15


, , , ,

Najib Disaman Ahli Umno Berhubung Derma RM2.6 Bilion



Seorang ahli Umno hari ini memfailkan saman terhadap presiden parti menggesa beliau menjawab rentetan peristiwa yang terjadi melibatkan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam bagi plaintif, Hanif Khatri memberitahu The Malaysian Insider saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi ini.

"Pada dasarnya ini adalah saman oleh Umno untuk Umno, meminta presiden parti bertanggungjawab terhadap kronologi yang berkaitan wang RM2.6 bilion itu, dari mana datangnya, ke mana perginya, berapa banyak yang tinggal dan pulangkan ia bagi kebaikan Umno," katanya, sambil menambah beliau akan menjelaskan lebih lanjut pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, nama yang disenaraikan sebagai plaintif di writ saman itu ialah seorang wanita yang merupakan ahli Umno.

Jumlah RM2.6 bilion itu didakwa tidak muncul dalam akaun yang sudah diaudit Umno bagi tahun kewangan 2013 dan 2014, menurut pernyataan tuntutan itu, lapor portal Malaysiakini.

Najib baru-baru ini mengaku, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan beliau dalam kes wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, yang katanya diterimanya bagi pihak Umno, bukan untuk kegunaan peribadi.

Bagaimanapun, SPRM kemudiannya mengatakan siasatan terhadap wang RM2.6 bilion itu masih sedang berjalan dan sebelum ini mengatakan, pihaknya akan memanggil Najib menjelaskan perkara itu.

Dakwaan mengenai RM2.6 bilion dalam akaun Najib mula timbul dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai, memetik dokumen diperolehi daripada penyiasat Malaysia.

WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia mengalir melalui beberapa entiti berkaitan 1MDB dalam beberapa bahagian, dan yang terbesar – AS$ 681 juta – dimasukkan ke akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun yang sama.

SPRM berkata, wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib itu adalah derma, dan bukannya daripada 1MDB.

The Malaysian Insider difahamkan, saman difailkan itu bertujuan mencabar Najib mengemukakan penyata kewangan parti bagi membuktikan beliau menerima wang itu.

"Saman difailkan terhadap Najib untuk beliau mengemukakan penyata kewangan parti yang mengatakan beliau terima derma RM2.6 bilion itu," kata sumber dalaman Umno.

Katanya, saman itu akan memetik Perlembagaan Umno yang menyentuh mengenai dana parti, yang mana ia perlu diisytiharkan kepada ahli.

"Oleh kerana ini proses perundangan, kita akan petik beberapa perlembagaan dalam parti berdasarkan artikel yang menuntut beliau mendedahkan kepada ahli di mana sumber dana itu didapati," katanya.

Sumber itu juga berkata, ahli Umno seluruh negara bakal memfailkan saman tersebut selepas ini selepas yang pertama di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, katanya, beberapa peguam juga sedang menyiapkan kertas untuk menyaman Najib dan bertindak selaku wakil kepada ahli Umno tersebut.

"Setiap ahli seluruh negara akan mengambil langkah sama satu persatu dengan mengemukakan saman ini terhadap presiden," kata sumber itu.

Walaupun ahli yang mengemukakan saman tersebut berdepan risiko bakal dipecat, kata sumber, mereka akan meneruskan tindakan itu untuk menjaga parti yang mereka sayangi.

"Ahli rela dipecat daripada membiarkan parti yang mereka sayangi ini terkorban dan lenyap," katanya sambil menambah kes kali ini dijangka menarik kerana ahli Umno sendiri yang akan melawan Najib selaku pihak yang disaman. – The Malaysian Insider/28 Ogos, 2015.

,

Khamis, 27 Ogos 2015

[Video] Tiga Lelaki Belasah Pengawal Keselamatan Di Hospital Zainab II Ditangkap Polis



Kota Bharu: Tiga lelaki ditahan polis petang tadi bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dipukul dan ditumbuk di hospital berkenaan yang ‘viral’ di Facebook, semalam.

Lelaki berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira 3 petang di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, sebelum kejadian, individu berkenaan menemui mangsa yang bertugas di pintu masuk Wad Temenggung untuk memohon kebenaran melawat seorang saudara mereka yang dirawat berkaitan masalah jantung.

“Bagaimanapun, mangsa tidak membenarkan mereka masuk memandangkan lelaki terbabit mahu membawa bayi lelaki berusia 10 bulan sedangkan wad itu adalah wad separa ICU yang tidak terbuka kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun selain hanya dua pelawat dibenarkan untuk satu-satu masa.

“Lelaki terbabit tidak berpuas hati dan bertindak menggoncang pintu masuk wad sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka dan lelaki itu menumbuk muka mangsa yang terkena hidung, dahi dan mata.

“Mangsa kemudian ke tingkat bawah bangunan meminta bantuan rakan dan menemui lelaki berkenaan berada di Pos Anggerik (tempat kawalan)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa bersama empat rakan sekerja menghampiri lelaki itu untuk memintanya beredar, namun dia diserang dan dipukul oleh suspek bersama tiga lagi saudara dan rakannya.

Menurutnya, seorang daripada tiga lelaki yang ditahan berusia 35 tahun sebelum itu membuat laporan polis dan dalam laporan dibuat, dia mendakwa mangsa cuba melakukan provokasi sebelum berlaku pergaduhan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan ketika dihubungi kesal dengan kejadian itu dan meminta orang awam memahami peraturan melawat ditetapkan dan pengawal keselamatan hanya mengikut arahan. -Harian Metro/27/8/15




Khalwat: Waran Tangkap untuk Penceramah Bebas



PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penceramah bebas dan pasangannya kerana gagal hadir pada prosiding kes tuduhan berkhalwat.

Utusan Online melaporkan, penceramah bebas itu, Sharhan Shafie dan pasangannya, Umi Masjuri Hassan menghadapi tuduhan tersebut yang dilakukannya pada dua tahun lepas.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap penjamin mereka, Mohd. Zainuddin Abdul Yamin yang juga gagal hadir pada prosiding itu yang merupakan sebutan pertama kes itu pada Khamis.

Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di sebuah stesen televisyen. -FreeMalaysiaToday/27/8/15


Kemas Kini:

Penceramah Bebas, Pasangan Dapat Waran Tangkap

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang penceramah bebas dan pasangannya kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes khalwat mereka, dua tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memerintahkan demikian terhadap lelaki yang berusia 39 tahun dan wanita berusia 40 tahun itu selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Zainur Rashid Hassin.

Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap penjamin mereka selepas lelaki itu juga tidak muncul di mahkamah.

Bagaimanapun, hanya tertuduh ketiga yang berusia 21 tahun yang juga adik tertuduh wanita hadir ke mahkamah dan jurubahasa membaca pertuduhan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa berada bersama-sama dengan seorang lelaki iaitu penceramah bebas berkenaan yang bukan suami atau mahram baginya dalam keadaan boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah di Taman Keramat Wangsa, dekat sini, jam 2.55 pagi, pada 24 Ogos 2013.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 27(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh berikutan Mohd Amran menarik diri daripada mendengar kes terbabit untuk mengelakkan subjudis dan prejudis atas alasan sedang mengendalikan kes pengesahan nikah membabitkan tertuduh pertama dan kedua.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh ketiga dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes. - Harian Metro/28/8/15


,

100 Cawangan UMNO Johor Bubar Jika Muhyiddin Dipecat



PETALING JAYA: Hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.

Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.

“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.

“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibut sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.

Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.

“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya. -FreeMalaysiaToday/27/8/15

,

300 Pekerja Naza Automotive Diberhentikan Kerana...



Kira-kira 300 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) Sdn Bhd diberhentikan kerja hari ini selepas jualan kenderaan jatuh tahun ini sejak pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu.

Pemberhentian tersebut melibatkan 255 kakitangan, 30 Jawatankuasa NAM dan selebihnya kakitangan pentadbiran.

Kesemua kakitangan yang diberhentikan itu diraikan dalam satu majlis perpisahan yang diadakan di Dewan Seri Zaleha di Gurun Kedah.

Dalam satu atur cara majlis program yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider, majlis perpisahan diadakan hari ini turut disertai Ketua Pegawai Operasi NAM Roslan Abd Ghani dan ucapan pegawai Jabatan Tenaga Kerja.

Semasa majlis sama, semua kakitangan juga diberi surat pemberhentian kerja.

The Malaysian Insider cuba menghubungi ibu pejabat NAM di Kedah bagi mendapatkan pengesahan mengenainya, bagaimanapun gagal mendapat sebarang maklum balas.

NAM merupakan salah sebuah syarikat pengeluar kereta di bawah Kumpulan Naza yang memulakan operasi pada Mei 2004.

Menurut maklumat daripada laman rasminya, NAM memiliki 1,000 tenaga kerja dan menjalankan kerja pemasangan kereta Peugeot dan Kia untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Jualan kenderaan keseluruhan pada Julai tahun ini susut kepada 58,646 unit daripada 60,269 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2014.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata jumlah yang rendah itu disebabkan jualan kurang memberangsangkan dalam segmen kenderaan penumpang dan komersial.

Jualan kenderaan penumpang pada Julai merosot kepada 52,636 unit berbanding 53,576 unit pada bulan yang sama tahun lepas, manakala jualan kenderaan komersial turun kepada 6,010 unit daripada 6,693 unit sebelum ini.

Dari Januari hingga Julai, jualan kenderaan keseluruhan susut kepada 380,830 unit berbanding 393,425 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata MAA yang dipetik dalam laman rasminya.

MAA sebelum ini juga meramalkan jualan kereta tahun ini bakal menyusut akibat pelaksanaan GST kerana orang ramai mengambil sikap tunggu dan lihat. – The Malaysian Insider/ 27 Ogos, 2015.

P/s: Menteri kata GST bagus, menteri suka RM jatuh. Realitinya, rakyat sengsara.


, ,

[Video] Wartawan dan Jurukamera Ditembak Ketika Siaran Langsung



SEORANG wartawan dan jurukamera stesen televisyen rangkaian CBS mati dibunuh ketika sedang bersiaran langsung apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Mangsa, Alison Parker, 24; dan Adam Ward, 27; ketika kejadian sedang menemuramah Pengarah Dewan Perdagangan Smith Mountain Lake, Vicki Gardner untuk satu program pagi menerusi saluran WDBJ-TV.

Video kejadian turut disiarkan secara ‘live‘ di mana tembakan yang mengorbankan kedua-dua mangsa itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program berkenaan terkejut.

Pembunuh tersebut, Vester Lee Flanagan atau lebih dikenali sebagai Bryce Williams, 41; dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila dia cuba membunuh dirinya sendiri selepas kejadian pada pagi Rabu berkenaan.

Motif kejadian itu dipercayai membalas dendam kerana suspek pernah dipecat stesen televisyen tersebut apabila sering mengadu menjadi mangsa diskriminasi dan perkauman dengan rakan-rakan sekerjanya.

Menerusi video, kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan yang disusuli jeritan daripada Alison dan Vicki akibat ketakutan.

Stesen berkenaan dengan segera menutup siaran temuramah tersebut beberapa saat selepas kejadian.

Gambar suspek telah pun berjaya diambil dari video kamera jurukamera yang maut.


Sumber: Twitter Tom Winter

Dalam perkembangan terbaru, Gabenor Virginia berkata penembak adalah seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati dengan stesen televisyen berkenaan.-Mynewshub.cc/27/8/15





Berkaitan:

Penembak Dua Wartawan AS Mati Bunuh Diri

Foto:AP

VIRGINIA: Suspek yang menembak mati dua wartawan dalam satu insiden di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat semalam dilaporkan meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas menembak dirinya sendiri.

Vester Flanagan, ditemui pihak berkuasa di Lebuhraya Virginia, beberapa jam selepas insiden tembakan tersebut.

Siasatan polis mendapati Flanagan menyimpan dendam terhadap stesen televisyen WDBJ Channel 7, selepas dipecat dua tahun lalu.

Flanagan juga telah memuat naik video dia menembak salah seorang wartawan Allison Parker menerusi akaun Twitter miliknya, @bryce_williams7.

Selain itu, Flanagan juga menghantar 23 muka surat dokumen kepada stesen ABC News selepas insiden tembakan tersebut, menjelaskan motif tindakannya itu.

Dia mendakwa tindakannya berpunca daripada insiden tembakan di sebuah gereja di Charleston, South Carolina Jun lalu, yang mengorbankan 9 orang.

Flanagan, seorang bekas wartawan penyiaran , dikatakan berdepan masalah diskriminasi perkauman, gangguan seksual dan dibuli ketika bertugas di stesen berkenaan.

Dalam kejadian malam Rabu itu, seorang wartawan dan seorang jurukamera yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, mereka sedang bersiaran secara langsung dalam sebuah program pagi bersama seorang tetamu yang sedang ditemu bual.

Serangan yang mengorbankan wartawan Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program itu terkejut.

Ketika temu bual itu berlangsung, tiba-tiba kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan dan Parker dan tetamunya menjerit ketakutan.

Tetamu yang ditemubual Parker, Vicki Gardner turut mengalami kecederaan, namun dilaporkan sedang berada di hospital dan dalam keadaan stabil.- Awani/27/8/15

,

Van Putih Mengganas Semula



Manjung: Seorang murid sekolah mendakwa nyaris menjadi mangsa culik penjenayah menggunakan van putih berhampiran Taman 2B, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 10.10 malam, mangsa berusia 11 tahun mendakwa dia dihampiri lelaki tidak dikenali ketika menunggu bapanya selepas selesai mengikuti kelas tuisyen.

Menurutnya, dia didatangi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Alif berusia 20 tahun menaiki van putih yang diiringi Proton Wira.

Dia berkata, ketika kejadian dia berseorangan di hadapan pusat tuisyen sebelum didatangi lelaki terbabit yang mendakwa rakan bapanya, Ismail Mat Wali, 54.

“Dia mengatakan kononnya mahu menghantar saya pulang dengan alasan ayah pergi kenduri tahlil.

“Saya pelik kerana ayah tidak ada kawan bernama Alif dan tidak memberitahu apa-apa mengenai kenduri tahlil,” katanya yang ditemui semalam.

Menurutnya, dia mula cemas dan risau apabila ternampak sapu tangan berwarna hitam di tangan lelaki itu dan hanya mengiakan apa dikatakan lelaki itu.

“Saya hanya balas ‘OK, OK’ kerana risau dia menggunakan kekerasan sebelum lari masuk ke pusat tuisyen dan bersembunyi di tandas. Kebetulan ada seorang lelaki mengambil air di kedai runcit berhampiran.

“Saya bersembunyi di tandas dan keluar apabila dengar bunyi cikgu berkemas untuk pulang dan apabila kami turun dua kenderaan itu sudah tiada,” katanya.

Bapanya, Ismail berkata, pada malam kejadian dia terlewat kerana tertidur selepas Isyak.

“Ketika dalam perjalanan pulang baru, dia menceritakan kepada saya kejadian menimpanya.

“Selalunya saya akan menunggu anak sebelum kelasnya tamat, namun kami sekeluarga bersyukur kerana dia bertindak pantas menyelamatkan dirinya. Selepas ini, saya akan menunggu dia lebih awal dan lebih berhati-hati,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Manjung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis itu. -Harian Metro/27/8/15


, , ,

Rabu, 26 Ogos 2015

Ulas Dana RM2.6 Bilion, Tun M Bangkitkan Isu 'Cuci Duit'



Walaupun bank harus mempertahankan kerahsian perbankan, institusi kewangan itu juga patut melaporkan kemungkinan berlaku aktiviti pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak patut menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri,” kata Mahathir ketika mengulas isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata, apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, tujuannya tentulah untuk menghalalkannya melalui pengubahan wang haram.

Menyentuh isu akaun perdana menteri di Ambank yang ditutup, Mahathir berkata, apabila sesebuah akaun ditutup tidak bermaksud ia diambil secara tunai.

Malah, katanya, ia boleh dipindahkan ke pelbagai bank lain.

“Tetapi kita belum dengar sebarang bank laporkan wang ini bersama mereka. Dua akaun dilapor dibekukan di Singapura. Adakah ini semuanya.

“Sudah tentu pemegang akaunnya patut disiasat,” tulisnya dalam blog. - Malaysia Kini/26/8/15

, , ,

Ahli Umno Lapor Polis Singapura Kes Akaun PM


Seorang ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di ibu pejabat polis Singapura berhubung kes akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Laporan polis itu, katanya, turut berkaitan dakwaan "penipuan" Presiden 1MDB Arul Kanda berhubung akaun bank anak syarikat firma pelaburan itu, Brazen Sky Limited, di BSI Singapura.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Khairuddin berkata laporan polis itu dibuat secara rasminya pada jam 10:30 pagi di Jabatan Hal Ehwal Komersial, republik itu.

Sebelum ini, bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan itu menyerahkan 'bukti' kepada peguam negara Switzerland berkaitan firma pelaburan 1MDB.

Minggu lalu, Khairuddin membuat laporan polis di Perancis dan United Kingdom di mana bekas rakan kerjasama 1MDB iaitu PetroSaudi International yang berpengkalan di situ.

Khairuddin berkata laporan polis di Singapura itu relevan kerana mendakwa wang sebanyak RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib berasal daripada Singapura.

"Memandangkan kes akaun peribadi Najib Tun Razak telah melibatkan 'Falcon Private Bank' yakni 'Swiss Private Banking' cawangan Singapura.

"Maka secara langsung ia mempunyai satu asas yang kukuh agar laporan polis dibuat di Singapura agar pihak 'Legal Enforcement Authority' di sini dapat menyiasat kes ini secara profesional dan telus bawah pengubahan wang haram," kata Khairuddin.

Dalam Facebooknya juga, beliau berkata pihak penyiasat jabatan itu memberi jaminan untuk menyiasat kes itu secara komprehensif berteraskan segala bahan bukti beliau berikan.

Khairuddin turut meluahkan rasa amat sedih dan kesal dengan sikap penguatkuasa undang-undang Malaysia yang didakwanya tidak ikhlas untuk menyiasat kes skandal 1MDB ataupun kes yang menjadi polemik di negara kita secara adil, telus, saksama dan profesional.- Malaysia Kini/26/8/15


, ,

[Video] Pemimpin Umno Sebabkan Kekalahan Bangsat, Bukan Melayu - Bekas Setiausaha Agung


Istilah “bangsat” tidak seharusnya ditujukan kepada kaum Melayu sebaliknya kepada pemimpin yang menyebabkan Umno kalah pilihan raya dan hilang majoriti 2/3, kata Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas setiausaha agung Umno itu berkata, individu menyebabkan parti Melayu kalah perlu dikenal pasti kerana menjadi punca “bangsat”.

"Sekarang ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah. Jadi orang yang sebabkan Umno kalah ialah punca yang harus dicari sebagai penyebab kepada bangsat.

"Saya rasa bukan Melayu yang bangsat, pemimpin yang menyebabkan Umno kalah itu pemimpin yang bangsat," katanya dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman sosial Youtube.

Bekas menteri besar Kedah itu menyindir Najib, mengatakan Melayu sebelum pemerintahannya tidak "bangsat" kerana Umno-Barisan Nasional (BN) tidak pernah kalah semasa zaman 4 presiden Umno terdahulu.

"Saya fikir kalau Umno kalah orang Melayu dikatakan bangsat tetapi Umno tidak pernah kalah.

"Zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, dan Tun Dr Mahathir BN dapat 2/3 majoriti bermakna waktu itu tak bangsat," katanya.

Katanya, darjat penggunaan bahasa kasar "kencing" dan "bangsat" sudah dinaiktarafkan kerana ia sudah mula digunakan dalam politik masa kini.

"Sekarang dah ada 2 perkataan dalam bahasa Melayu yang timbul dalam polemik politik masa kini.

"Pertama kita dengar wanita (Umno) dari Langkawi sebut perkataan 'kencing' sekarang kita dengar perkataan 'bangsat' digunakan pemimpin Umno sendiri. Jadi, 'kencing' dan 'bangsat' dah sama taraf dia punya darjah penggunaan bahasa yang cukup tinggi," katanya sinis.

Video ucapan pemimpin Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin dalam mesyuarat tertutup parti awal Ogos menjadi viral apabila mengkritik Najib kerana menipu ahlinya sendiri.

“Datuk Seri Presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.

“Saya minta Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya dalam dialek utara.

Najib pula semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Besar, Kangar, dan Arau pada minggu lalu berkata, orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat, kalau tiada Umno, akan hilang segala-galanya jika Umno hilang kuasa," katanya. – The Malaysian Insider/26 Ogos, 2015.



,

GHB Cipta Gelombang dengan Peletakan Jawatan dalam PAS - Penganalisis



Gerakan Harapan Baru (GHB) setakat ini berjaya menghasilkan gelombang dalam sokongan yang diterima mereka melalui peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS kawasan yang berlangsung di seluruh negara, menurut penganalisis.


Namun begitu, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman (gambar, kanan) mengingatkan, ia tidak akan bertahan lama dan mereka perlu memberikan fokus khusus kepada usaha meneruskan penampilan mereka dalam pentas politik Malaysia.

"Mereka berjaya hasilkan gelombang, tetapi tidak boleh dengan cara itu saja. Mereka perlu fokus dalam aktiviti mereka selepas ini dengan memperkenalkan apa yang mereka perjuangkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pakar sejarah dari Universiti Malaya (UM) itu mengakui, tindakan peletakan jawatan dalam PAS secara berperingkat ini menyebabkan parti itu panik dan terpaksa membuat pelbagai program bagi menanganinya.

"Saya akui PAS memang panik dengannya. Sebab itu kita lihat banyak tindak balas daripada PAS," kata Redzuan, pensyarah sejarah UM yang juga bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya UM (UMcedel).

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kumpulan ini umpama "budak-budak merajuk" dan akan kembali kepada PAS selepas habis rajuk mereka.

Beliau mendakwa, keluarnya mereka adalah satu pembersihan kepada parti Islam itu dan gembira dengan apa yang berlaku.

Namun, tindakan PAS dalam menghadapi isu ini membayangkan sebaliknya.

Mereka kini mula memberikan reaksi agak berlebihan dengan membuat pelbagai program khusus untuk menghadapi perkembangan dalam GHB mutakhir ini.

Dalam mesyuaratnya pertengahan bulan lalu, Badan Perhubungan Negeri Selangor memutuskan menggerakkan kempen pendaftaran ahli baharu bagi membuktikan ramai yang mahu menjadi ahli PAS walaupun penyokong kumpulan serpihan itu keluar.

Mesyuarat itu memutuskan, setiap kawasan PAS di negeri itu dikehendaki mengumpul 500 ahli baharu dengan meminta setiap cawangan mendapatkan sekurang-kurangnya 15 dan setiap ahli jawatankuasa (AJK) kawasan mendapatkan 5 ahli baharu bagi mencukupkan bilangan.

Majlis pengisytiharan dan penyerahan borang ahli baharu itu akan dibuat setiap kawasan sempena Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 13.0) pada 13 September ini, 2 hari sebelum pelancaran parti baharu yang bakal dinamakan Amanah.

Mesyuarat itu memutuskan, Pihak 13.0 akan diadakan di Banting, Selangor bagi memberikan gambaran PAS tidak terjejas dengan tindakan GHB.

Mutakhir ini, penggerak dan penyokong GHB mula meletakkan jawatan namun mengekalkan keahlian mereka dalam PAS menjelang pembentukan parti baharu mereka.

Ia bermula dengan PAS kawasan Kota Raja 19 Ogos lalu, dikuti Shah Alam pada malamnya dan Kelana Jaya 23 Ogos lalu, di Selangor.

Pada 23 Ogos juga, 91 AJK PAS kawasan dan cawangan di Gelang Patah, Johor meletakkan jawatan masing-masing.

Pada 24 Ogos pula, 6 AJK PAS Batu Gajah diketuai Naib Yang Dipertua Omar Bakar, meletakkan jawatan.

Ia dilakukan secara baik dalam mesyuarat bulanan PAS kawasan Batu Gajah dengan kesemua mereka menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Yang Dipertua PAS Kawasan, Dr Nuri Al-Amin.

Mereka akan kekal sebagai ahli PAS sehinggalah keahlian gugur secara automatik selepas menyertai parti baharu yang dijangka diumumkan 31 Ogos ini dan dijadual dilancarkan secara rasmi pada 16 September, bersempena Hari Malaysia. – The Malaysian Insider/26 Ogos, 2015.


,

Husam Musa Kritik Kemewahan Pemimpin & PAS Kelantan



KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa meminta supaya pemimpin PAS Pusat membuat semakan terhadap kemewahan pemimpin kerajaan Kelantan.

Husam mempersoalkan mengenai kekerapan lawatan ke luar negara oleh kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa garis panduan yang ditinggalkan oleh bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mati tidak diikuti lagi.

Beliau menerusi kenyatannya di Facebook kini tertanya-tanya sama ada pemimpin PAS Pusat memantau apakah yang berlaku di Kelantan walaupun kerajaan Kelantan menjadi buah mulut rakyat mengenai bagaimana mereka menguruskan negeri itu.

"Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Aziz) dari segi kemewahan hidup para pemimpin, kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap," katanya sambil menambah mengenai banyak perkara lain yang sepatutnya dipantau oleh PAS Pusat.

Husam turut menyentuh mengenai Muktamar PAS baru-baru ini apabila berlaku segala bentuk fitnah dan caci-maki di luar adab Islam.

"Apakah pendirian Majlis Syura PAS dan PAS pusat. Adakah ini dibenarkan oleh Islam?

"Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?," soalnya.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob yang merupakan menteri besar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. -Mstar/26/8/15


P/s: Admin pernah menulis di FB, jika mahu melihat zuhud jangan melihat pada ulama PAS, PKR, UMNO. Lihatlah pada Jose Mujica dan AJP Abdul Kalam.

,

Kejam, Bapa Rogol Anak Berkali-kali!


KOTA BHARU - Seorang penoreh getah dihukum penjara 17 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku salah merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Lelaki berusia 42 tahun itu didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai pada jam 1 pagi, September 2011. 

Kejadian berlaku berkali-kali sehingga terakhir pada 27 Mei 2014. 

Tertuduh juga mengaku salah didakwa pada tuduhan yang berlaku di sebuah rumah di daerah sama, pada jam 12 tengah malam. 

Hakim, Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan bagi kedua-dua tuduhan itu. 

Hukuman berkuatkuasa serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 17 Oktober 2014 menjadikan keseluruhan hukuman penjara 17 tahun dan 20 sebat. 

Tertuduh yang kematian isteri pada 2010 terbabit tidak berkahwin dan merogol anak keduanya dari lima beradik. - Sinar Harian/26/8/15


, , , , ,

19 AJK Pas Sri Gading Umum Letak Jawatan


JOHOR BAHRU - Seramai 19 ahli jawatankuasa Pas Sri Gading, Batu Pahat meletakkan jawatan dalam parti kira-kira 10.25 malam, tadi.

Majlis peletakan jawatan tersebut diketuai Yang DiPertua Pas Kawasan, Mohd Salleh Samad dan turut disertai jawatankuasa atasan Pas kawasan tersebut.

Antara lain yang turut berbuat demikian ialah Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan, Mohd Alias Sabu dan Naib Yang DiPertua Pas Kawasan, Noor Khalim Shakib.

Majlis berlangsung dalam suasana harmoni di Markas Kampung Baru Sri Gading.

Pengumuman peletakkan jawatan tersebut juga disusuli dengan majlis penyerahan kunci markas kepada ahli jawatankuasa yang kekal dalam parti itu, yang diwakili Nazaruddin Saali dan Nasir Abdullah. -Sinar Harian/26/8/15

, , ,

Selasa, 25 Ogos 2015

GHB Akan Sertai Amanah Enggan Letak Jawatan Kerusi Parlimen, DUN



Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) yang menyertai parti baharu, Parti Amanah Rakyat atau Amanah enggan meletakkan jawatan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun diarahkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, GHB enggan duduk di kerusi Bebas dalam Parlimen, sebaliknya mahu menunggu pengisytiharan rasmi penubuhan Amanah sekaligus keahlian dalam PAS terbatal secara automatik.

"Kalau kita letak jawatan kita akan jadi wakil rakyat Bebas. Kita tak nak jadi Bebas, kita nak jadi wakil rakyat parti.

"Kita nak ada parti supaya duduk dalam Parlimen kita akan dilihat sebagai satu kumpulan bukan Bebas," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Hadi minggu lalu mengarahkan wakil rakyat yang menang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu diasaskan GHB itu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu. – The Malaysian Insider/ 25 Ogos, 2015.

, , , ,

Pertukaran Ketua Nombor 2 SB ‘Amat Membimbangkan’ - Bekas KPN



Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor menyifatkan pertukaran bekas timbalan pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador sebagai "amat membimbangkan".

Rahim berkata, kebimbangan itu bertambah kuat apabila bekas ketua Cawangan Khas, Datuk Seri Akhil Bulat turut digantikan pada Julai lalu, seminggu sebelum kontraknya tamat.

"Orang nombor 1 sudah tiada lagi di sana dan kini nombor 2 dipindahkan.

"Orang yang waras akan berfikir adalah lebih baik untuk tidak menukar 2 individu tersebut serentak," katanya seperti dilaporkan The Star hari ini.

Laporan sama menyebut Hamid pernah bekerja di bawah penyeliaan Rahim sewaktu bekas KPN itu menjadi pengarah Cawangan Khas.

Rahim berkata, Hamid seorang pegawai perisik yang sangat tekun dalam melaksanakan tugasnya.

"Dia sangat bijak dan berdedikasi. Beliau seorang pegawai perisikan 100%. Ia ada di dalam darahnya.

"Sebagai bos, saya tidak pernah meragui beliau dan keselamatan negara sentiasa menjadi keutamaannya.

"Beliau amat dedikasi dengan unit Cawangan Khas. Beliau akan melakukan apa saja untuk melindungi integriti, imej dan maruah Cawangan Khas," katanya.

Rahim yang terkenal dengan ketegasannya itu turut memuji keberanian anak buahnya itu bersuara sewaktu masih berkhidmat dalam kerajaan.

"Hakikatnya beliau berani mengeluarkan kenyataan semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan, itu menunjukkan warna sebenarnya. Beliau berani kerana benar," kata Rahim.

Hamid, yang memulakan kerjayanya dengan unit risikan polis, Cawangan Khas, baru-baru ini ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai timbalan pengarah di bahagian jenayah rentas sempadan, melapor terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau pada mulanya berang dengan pertukaran mendadak itu dan mempunyai sehingga 17 September untuk buat keputusan sama ada menerima atau tidak jawatan berkenaan.

Pertukarannya dibuat selepas tindakan turut diambil terhadap agensi penguatkuasa lain yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Hamid berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai “isu semasa” dan berkata beliau tidak takut tindakan akan dikenakan terhadapnya.

Hamid berkata beliau masih dibayar gaji oleh kerajaan dan sedia maklum mungkin ada akibatnya kerana bercakap secara terbuka, tetapi menambah kesetiaannya adalah kepada negara dan agama. – The Malaysian Insider/25 Ogos, 2015.

, ,

Nazir Bimbang Ekonomi, Ketengah Arca Lembu Rebah



Pihak di tampuk kuasa patut berhenti mengeluarkan “kata-kata bodoh” supaya tidak menjejaskan pemulihan ekonomi negara, kata Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak.

Beliau hari ini memuat naik sekeping gambar arca lembu yang rebah untuk menggambarkan keadaan pasaran yang lemah serta melontarkan persoalan sama ada ia telah mati.

“Mati atau cedera? China akan tentukan,” tulis adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu ketika menyentuh berhubung pasaran-pasaran baru.


“Terima atau sesuaikan dengan segera.

“Sementara itu, modal bersifat amat sensitif; berita buruk dan petanda buruk lebih memberi kesan, jadi orang 'berkuasa' mesti elak cakap perkara bodoh,” tulisnya lagi.

Nazir membuat kenyataan itu selepas ringgit melepasi tahap RM4 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS), prestasi terburuk dalam 17 tahun.

Berbanding ekonomi serantau juga, ringgit juga menunjukkan nilai lemah.

Sebagai contoh, pada Isnin, ringgit mencecah 3 untuk sedolar Singapura, sebuah rekod rendah terbaru.

Kelembapan ekonomi global antaranya banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi China. -Malaysia Kini/25/8/15


, ,

Jangan Perbodohkan Rakyat- Sultan Johor



Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

Sultan Johor bertitah, rakyat hari ini berilmu dan bijak menilai sendiri maklumat yang disampaikan kepada mereka.

“Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.

“Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera,” titah baginda sempena hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50.

Petikan ucapan itu, yang tidak menyebut secara khusus individu tertentu, dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Dalam ucapan itu, sultan Ismail turut menyatakan kebimbangan terhadap masalah politik dan ekonomi yang melanda negara ini.

Serigala pimpin biri-biri

Keluarga diraja Johor terkenal sebagai pihak yang banyak menyentuh isu semasa negara dalam negara ini, tetapi menafikan cuba campur tangan dalam hal ehwal politik.

Sementara itu, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail pula dalam Facebook sama turut menulis kiasan tajam tentang kualiti seorang pemimpin.

“Ada serigala yang memimpin kawanan biri-biri, berbeza dengan serigala yang memimpin serigala,” katanya. - Malaysia Kini/25/8/15


Nilai Ringgit Jatuh: Pelajar Timbang Tangguh Pengajian



Kuala Lumpur: Seramai 31 pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran di Jordan bakal menangguhkan pengajian berikutan kesan kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Harian Metro difahamkan, sehingga kini 3,000 pelajar Malaysia di negara berkenaan di enam universiti seperti Universiti Yarmouk, Universiti al-Albayt, Universiti Mutah, Universiti Jordan, Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) serta Universiti Pendidikan dan Sains Islam Dunia (WISE).

Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) Syairazi Muhammad Husni Mohd Sharoni berkata, hasil kajian dilakukan, pihaknya mendapati 31 pelajar Malaysia di seluruh Jordan mempertimbangkan menangguhkan pengajian mereka.

“Penangguhan pengajian itu terpaksa dilakukan mereka kerana kos pengajian dan sara diri meningkat disebabkan kejatuhan nilai ringgit.

“Nilai RM pada hari ini berbanding JD1 (Dinar Jordan) bersamaan RM5.95 berbanding sebelum ini hanya RM4.50,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, disebabkan itu, pihaknya (MPMMJ) melancarkan satu iklan di Facebook (FB) melakukan kutipan dana bagi membantu pelajar yang terjejas di seluruh Jordan.

“Semakan MPMMJ mendapati 50 pelajar memerlukan bantuan kerana kebanyakan mereka tiada tajaan dan hanya mendapat bantuan Baitulmal ataupun pejabat zakat,” katanya.

Syairazi berkata, kempen kutipan dana yang dilancarkan melalui FB itu bermula 15 Ogos lalu dan pihaknya menyasarkan RM150,000.

“Jika berjaya, kutipan itu disalurkan kepada mereka (pelajar) susah. Kami menasihatkan mereka tidak menangguhkan pengajian sementara pihaknya mencari penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan pelajar tajaan MARA di luar negara tidak terjejas dengan kejatuhan ringgit kerana mereka menerima biasiswa dalam mata wang asing. -Harian Metro/25/8/15


,

GHB Nafi Bayar RM140,000 Ambil Alih KITA



PETALING JAYA: Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan dakwaan membayar sebanyak RM140,000 untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin berkata dakwaan di laman media sosial yang mengatakan beliau menguruskan pembelian tersebut adalah tidak berasas.

"Saya menafikan sebarang penglibatan. Banyak mesej lucu dan cadangan yang besar menjelang pelancaran parti baharu.

"Namun semua itu tidak akan menggagalkan rancangan kami untuk melancarkannya," kata Ishak yang mengetuai jawatankuasa GHB kawasan Batu.


Ishak berkata demikian bagi mengulas dakwaan bahawa GHB mengambil alih Kita dan merancang untuk menamakan semula parti itu kepada Parti Islam Demokratik (DIP) atau Amanah.

GHB dijangka mengumumkan penubuhannya sebagai sebuah parti baharu pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini manakala majlis pelancarannya pada Hari Malaysia, 16 September depan.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau tidak dapat mengesahkan atau menafikan mengenai penamaan semula GHB.

"Selagi tidak ada kenyataan rasmi, permainan teka-teki ini masih berterusan," katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Rosliza Mahidi berkata GHB masih belum menghantar permohonan untuk membentuk sebuah parti baharu. -Mstar/25/8/15


, ,

GHB: Tidak Perlu Kosongkan Kerusi Parlimen, DUN - Mat Sabu


BUTTERWORTH: Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu. 

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum. 

"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang disini. 

Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan. 

Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baharu itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. -Bernama/24/8/15


, ,

PAS Tidak Kerah Ahli, Penyokong Sertai Bersih 4.0


KUALA LUMPUR - Pas tidak akan mengerahkan anggota dan penyokongnya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, tarikh perhimpunan itu yang hanya selang sehari dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, adalah dirasakan tidak sesuai.

Beliau berkata, Pas hanya akan menghantar wakil ke acara itu.

Anggota Parlimen Kota Baharu itu turut mengingatkan ketenteraman awam serta kestabilan negara mesti dijaga dan ini menjadi tanggungjawab semua pihak. - Bernama/24/8/15


P/s: Pas tidak akan kerah ahlinya sertai ‪#‎Bersih4‬.

Hanya hantar wakil.

Geng pak lebai ini ingat Bersih 4 hanya persidangan, tidak seperti Bersih 1, 2, 3.

Harap maklum, ‪#‎Bersih‬ sebelum ini digerakkan oleh Geng Mat Sabu dan apabila diambil alih oleh geng pak lebai, anda boleh dilihat pendekatan terhadap agenda PR.





,

Isnin, 24 Ogos 2015

Anggar RM200 Ribu, Namun BERSIH Berjaya Kumpul RM1.5 Juta


BERSIH Kumpul RM1.5j, Akan Dedah Akaunnya

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, sambutan orang ramai terhadap kempen derma BERSIH untuk perhimpunan BERSIH 4 sangat memberangsangkan.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya telah menerima lebih RM1.5 juta sumbangan dan jumlah itu jauh melebihi anggaran awal mereka sebanyak RM200,000 memandang masalah ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia.

Walaupun telah mengisytiharkan bahawa sasaran kutipan itu telah melebihi sasarannya, kata Maria, namun masih ada sumbangan yang dibuat.

Maria berkata, dengan lebih banyak dana, bermakna lebih banyak pilihan untuk BERSIH 4, di mana lebih banyak peralatan boleh disewa untuk acara tersebut.

"Ini termasuk tandas mudah alih, peranti komunikasi, sistem bunyi, lampu dan set generator," katanya.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada perbelanjaan akan digunakan untuk membiayai anggota keselamatan dan logistik.

Maria berkata BERSIH juga akan menggunakan wang itu untuk membiayai ikatjamin dan kos tindakan perundangan, jika perlu.

Butiran akaun BERSIH akan didedahkan kepada umum selepas perhimpunan BERSIH 4 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

BERSIH 4 bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berundur, ekoran kontroversi 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima sebagai sebahagian daripada pembiayaan politik. - Malaysia Kini/24/8/15


,

Selfie Sambil Seluk Kemaluan Pesakit, Identiti Doktor Sudah Dikenal Pasti


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengamal perubatan yang bertindak mengambil foto 'selfie' ketika pesakit wanita dalam posisi terkangkang hingga mencetuskan kemarahan orang ramai sejak semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan tindakan serta-merta akan diambil kepada pengamal perubatan itu jika dakwaan berkenaan didapati benar.

"Kita sudah kenal pasti hospital dan pegawai perubatan terbabit, tindakan tegas akan diambil selepas selesai siasatan," katanya dalam satu komen di laman sosial Facebook.

Sejak semalam, sekeping gambar yang memaparkan seorang doktor menunjukkan isyarat ‘peace’ sambil merakam gambar wanita yang ketika itu dalam posisi terkangkang menjadi viral di laman sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Gambar itu menyebabkan orang ramai berang dan menuntut Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera berikutan tindakan itu memalukan pesakit berkenaan. -Harian Metro/24/8/15


,

Mayat Dicuri



San Antonio: Sebuah keluarga di sini terkejut apabila mendapati mayat anak mereka dicuri dari kerandanya di sebuah pusat pengurusan pengebumian sebelum mayat itu dibakar.

Julie Mott meninggal dunia awal bulan ini kerana menghidap fibrosis sista dan mayat gadis berusia 25 tahun itu dicuri selepas satu upacara memperingatinya minggu lalu.

Kakitangan pusat itu menyedari kehilangan mayat itu keesokannya.

Menurut polis tidak ada tanda menunjukkan ada orang memasuki pusat itu selepas ia ditutup sebelah malam.

Siasatan bertambah sukar kerana pusat itu tidak dipasang kamera pengawasan.

Jurucakap Jabatan Polis San Antonio Sarjan Javier Salazar berkata: “Pasti yang mencuri mayat itu berani. Keutamaan kami kini ialah mendapatkan semula mayat berkenaan dan menyerahkannya kepada keluarganya

“Si pencuri bukan bertujuan mencuri keranda. Sasaran utamanya ialah mayat itu.”

Sementara itu, bapa Julie, Tim Morr berkata, keluarganya hanya mahukan mayat anak mereka dikembalikan untuk dibakar.

Pemilik pusat pengurusan mayat berkenaan Dick Tipps berkata, dia percaya kecurian itu dilakukan oleh seseorang yang menentang pembakaran mayat.

Pusat berkenaan menawarkan hadiah AS$20,000 (RM84,000) kepada mereka yang berjaya memberi maklumat sehingga mayat Julie ditemui. -Agensi/Harian Metro/24/8/15


, ,

Perogol, Pembunuh Kejam Dijel 359 Tahun



Anchorage (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang memperkosa seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan kemudian membunuh kedua-dua moyang mangsa dijatuhi hukuman penjara 359 tahun.

Akhbar Alaska Dispatch News melaporkan, Jerry Active, 26, tetap berkata dia tidak bersalah ketika hakim membacakan hukuman ke atasnya.

Lelaki itu didapati bersalah membunuh Touch Chea, 61, dan isterinya Sorn Sreap, 73, di kediaman mereka di Anchorage pada Mei 2013.

Dia juga merogol Sorn dan cicit pasangan itu dalam satu serangan yang disifatkan pasukan polis Alaska sebagai ‘paling keji dan zalim pernah mereka hadapi sepanjang karier mereka.’


Selain tuduhan membunuh, merogol dan mencabuli kanak-kanak, Active turut dituduh merompak.

Selain itu, polis turut mendakwa lelaki berkenaan menyerang seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia Jun lalu.

Active dibebaskan dari penjara beberapa jam sebelum menyerang keluarga Chea dua tahun lalu.

Dia dibebaskan selepas menjalani sebahagian daripada hukuman penjara tujuh tahun kerana mengaku bersalah merompak sebuah rumah pada 2009.

Bercakap ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mahkamah Agung Anchorage Philip Volland berkata kepada Active: “Kekejaman kamu akan meninggalkan parut pada masyarakat di sini. Perbuatan kamu itu terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal.” - Agensi/Harian Metro/24/8/15



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH