Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Isnin, 30 September 2013

Kerugian Tanda Putera RM3.77 juta Bazirkan Wang Rakyat



[KD] Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. -29/9/13


,

Wanita Tikam Teman lelaki 31 Kali Kerana...


[HM] Yangzhou: Seorang wanita menikam teman lelakinya 31 kali selepas mangsa mengigau menyebut nama wanita lain ketika tidur.

Menurut laporan Xinhua, Hong Hui baring di sebelah teman lelakinya yang tidur apabila dia mendengar mangsa menyebut nama wanita lain.

Ia menyebabkan Hong berang dan meluru ke dapur untuk mengambil pisau lalu menikam mangsa sebanyak 31 kali.

Hong kemudian terlena di sisi mayat teman lelakinya itu.

Bercakap di mahkamah, Hong Hui menyuarakan rasa kesalnya terhadap kejadian itu dan berkata, mereka berpacaran sejak sekolah menengah hingga ke universiti serta merancang untuk berkahwin. -Agensi - 30/9/13


Baca lanjut di sini.


,

Seks dengan Pelampung Depan Kanak-kanak



[HM] Hamilton (Ohio): Seorang lelaki, Edwin Charles Tobergta, 34, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam apabila mengadakan seks dengan pelampung di depan beberapa kanak-kanak.

Menurut laporan polis, seorang saksi melihat lelaki berkenaan dalam keadaan bertelanjang melakukan seks dengan pelampung itu.

“Dia keluar dari sebuah kolam dengan bertelanjang dan kemudian mengadakan seks dengan mainan berkenaan,” menurut laporan berkenaan.

Laporan itu juga menjelaskan, perbuatan itu dilakukan di depan beberapa kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan pada siang hari.

Ini kali kedua dia ditangkap melakukan perkara serupa. Kali pertama pada 2011.

Ketika itu, dia ditangkap di atas tempat meniup pelampung dengan seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.

Apabila menyedari dia diperhatikan, Tobergta cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh polis.

Dia dijadual dijatuhi hukuman November ini. - AFP -30/9/13


Laporan lanjut di sini.


, ,

Polis Tahan Perogol Gila Seks


[Mstar] BATU GAJAH: Polis menahan seorang lelaki 'gila seks' berhampiran Taman Batu Gajah Perdana, berikutan empat laporan kes rogol dan cubaan rogol di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Assisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, lelaki berusia 28 tahun, yang merupakan seorang bekas mekanik bengkel tayar ditahan di rumahnya pada kira-kira pukul 3.45 petang Sabtu.

Shaharon Anuar berkata, lelaki itu didakwa cuba untuk merogol tiga remaja dan seorang wanita, antara 11 dan 27 September.

"Lelaki itu telah meliwat seorang remaja berumur 13 tahun dekat Kota Baru, Gopeng pada 21 September dan seorang lagi berusia 16 tahun di tanah perkuburan Mendiling pada 25 September," katanya. -30/9/13

Berkaitan:

Mekanik gila seks diberkas


SHAHARON ANUAR menunjukkan motosikal dengan sebahagian nombor pendaftarannya dibuang untuk mengelak dikesan di Batu Gajah semalam.

[Kosmo] BATU GAJAH – Seorang mekanik yang menggunakan helah membantu mangsa kemalangan dan menyamar polis sebagai modus operandi untuk merogol memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini kelmarin.

Perogol bersiri berusia 27 tahun yang masih bujang itu diberkas pada pukul 3.45 petang bagi membantu siasatan berhubung dua kes rogol dan dua kes cubaan merogol yang dilaporkan berlaku di sekitar pekan itu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dua gadis berusia 17 tahun telah diperkosa oleh suspek manakala seorang gadis bawah umur dan wanita berusia 30 tahun nyaris menjadi mangsanya.


Perogol Bersiri Masuk Jerat

[HM] Batu Gajah: Seorang perogol bersiri dikesan menyamar sebagai anggota polis dan mekanik sebelum memperdayakan mangsanya dalam empat kejadian rogol dari 11 hingga 28 September lalu.

Bagaimanapun, kegiatan jijik suspek berusia 27 tahun itu berakhir apabila polis menahannya di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana, di sini, jam 3.45 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek membuat pelbagai tipu helah untuk memperdayakan mangsa selain menyasarkan remaja perempuan bagi tujuan melampiaskan nafsunya.

Menurutnya, dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa yang berusia 30 tahun menaiki kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Ipoh dan suspek yang lalu di tempat kejadian menawarkan bantuan untuk membawa kenderaan berkenaan ke bengkel berhampiran. 

“Suspek mengambil RM100 daripada lelaki yang melanggar mangsa dan memberitahu dia akan membawa ke bengkel bagi memperbaiki kenderaan itu. Pada jam 8 pagi keesokan harinya, mangsa menemui suspek di bengkel berhampiran sebuah sekolah memandu di Jalan Lahat-Simpang Pulai dan ketika itu premis berkenaan belum dibuka.

“Kemudian, suspek mengajak mangsa ke tempat kerjanya untuk menghantar kunci sebelum membawanya ke Jalan Kubur Mandailing sebelum memberhentikan enjin kenderaan dan cuba merogol mangsa,” katanya.

Shaharon berkata, mangsa yang ketakutan keluar dari kereta itu sebelum suspek menerkamnya sebelum berlaku pergelutan. 

“Suspek yang tidak mengedahkan rayuan mangsa bertindak merogolnya sebelum menghantar mangsa ke bengkel berkenaan.

“Mangsa yang membuat laporan polis turut mengalami kecederaan di beberapa anggota badan seperti di kaki serta tangan lebam dan calar akibat pergelutan itu,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan lima bersama rakan lelakinya menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat sebelum suspek menahan motosikal mereka berhampiran sebuah kilang kawasan perumahan itu. 

“Suspek kemudian memberitahu dia adalah seorang anggota polis dengan menunjukkan vest polis dan mendakwa mereka menunggang motosikal melebihi had laju.

“Suspek kemudian bertindak mengugut mangsa mengikutnya ke Balai Polis Simpang Pulai jika tidak mahu dimasukkan ke dalam lokap dan menyuruh rakan lelaki mangsa pulang. Mangsa yang ketakutan terus mengikut suspek yang kemudiannya bertindak membawanya ke hutan Jalan Mandailing di sini dan memperkosanya,” katanya.

Menurutnya, Shaharon dalam kejadian pada 21 September, seorang remaja berusia 13 tahun diperdaya untuk ke tempat sunyi di Kota Bharu, Gopeng, untuk diperkosa tetapi mangsa memberitahu sedang datang bulan dan ia kemudian mendorong suspek meliwat mangsa.

Suspek turut melakukan percubaan sama pada 11 September lalu dengan mangsa yang menaiki motosikal bersama kakaknya mengalami masalah tayar pecah dan suspek mengaku sebagai mekanik meminta mangsa menaiki motosikalnya untuk mengambil tayar baru di sebuah bengkel di Taman Tasek Batu Gajah.

“Bagaimanapun, mangsa terselamat kerana berjaya melarikan diri dengan melompat daripada motosikal suspek seterusnya melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman sehingga 5 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, 376/511 dan 377C Kanun Keseksaan. - 30/9/13

,

Senarai Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP 2013


[Bernama] PETALING JAYA - Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, di sini, hari ini.

Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.

20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)


10 anggota CEC Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu Him Ven
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah 
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan): Chow Kon Yeow , Dr Senator Ariffin SM Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok Suh Sim.

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan): Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh Deo.

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Jawatankuasa/Biro lain:

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai
Anggota: M.Kula, Dr P.Ramasamy, Tan Seng Giaw
Biro Pilihan Raya: Tan Kok Wai
Anggota: Liew Chin Tong, Anthony Loke
Biro Pakatan Rakyat: Teng Chang Khim
Anggota: Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh Deo, Tony Pua Kiam Wee, Vincent Wu Him Ven.
Biro Perundangan: Gobind Singh Deo
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Majlis Perundingan Dayak (baru ditubuh): Dr John Brian Anthony
Majlis Perundingan Kadazan, Dusun,. Murut (baru ditubuh): Dr Edwin Bosi - 29/9/13

,

Sabtu, 28 September 2013

Hakim Jelita Didakwa CURANGI Suami


[HM] Jakarta: Nasib seorang hakim jelita dari Jombang, Jawa Timur bakal ditentukan Majlis Kehakiman (MKH) tidak lama lagi.

Hakim yang dikenali sebagai VN sudah disiasat oleh mahkamah agung dan Suruhanjaya Kehakiman kerana didapati berlaku curang.

MKH akan mendengar pembelaan diri VN yang dituduh melanggar etika seorang hakim apabila terbabit dengan salah laku.

Jurucakap Suruhanjaya Kehakiman Asep Rahmat Fajar berkata, keputusan akhir mengenai salah laku hakim dari mahkamah Jombang itu akan ditentukan Majlis Kehakiman dia tampil untuk membela diri.

Sebelum ini, ada laporan mendakwa VN disiasat kerana dituduh suaminya berlaku curang dengan seorang usahawan. Bagaimanapun, kerjaya VN di mahkamah Jombang tetap berjalan seperti biasa walaupun ada desas-desus mengenai salah lakunya tersebar.

VN baru setahun bertugas di mahkamah Jombang selepas berpindah dari mahkamah Amlapura Karangasem, Bali. - Agensi - 28/9/13

,

[Video] Mari Tonton Penyokong Mat Yo Menyanyi




Tonton video awal di sini:




, , ,

Selepas 56 Tahun Merdeka, Kita Masih Perlukan Orang Luar Draf Polisi Penting Negara


Banyak pihak meluahkan kekecewaan dan keraguan apabila kerajaan menggunakan khidmat pakar perunding luar untuk mendraf Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Mengapa perlu orang luar sedangkan kepakaran mereka diragui, sedangkan Malaysia sendiri mempunyai kepakaran? 

Penggunaan pakar runding luar ini mengulangi kontroversi kerajaan menggunakan khidmat syarikat perunding publisiti yang ada kaitan dengan Israel, Apco.

Bagi yang lupa, Perlembagaan Malaysia juga didraf oleh orang puteh, malangnya selepas 56 tahun draf pendidikan negara pula didraf oleh orang asing.

Berita Berkaitan:

'Bukan Pakar' Dibayar RM20j untuk Pelan Pendidikan

[MK] Anggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.


Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. -24/9/13


Dr M: RM20j Tugas Perunding? Saya Pun Boleh

[MK] Selepas kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang mahu memberinya tugas tersebut.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan.

Ia menjadi sasaran kritikan hebat pembangkang kerana mereka mendakwa firma tersebut bukan pakar dalam bidang pendidikan.

Tambahan pula, langkah menggunakan khidmat agensi asing juga dilihat sebagai mengetepikan teknokrat tempatan yang ramai dibawa pulang oleh PEMANDU di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib TUn Razak.

Mahathir juga menyentuh tentang kedudukan yang kurang baik universiti-unversiti di negara ini, dengan berkata ia mungkin disebabkan oleh pengembangan terburu-buru dalam bidang pendidikan tinggi.

Katanya, pengembangan institusi pendidikan menjadi begitu pantas sehingganya sukar untuk mendapatkan tenaga pendidik, profesor dan pensyarah.

Bekas perdana menteri itu berada di Sunway University hari ini untuk menyampaikan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah kepada pelajar yang berkelayakan. - 27/9/13

Pelan Pendidikan: Apakah Sumbangan Sebenar McKinsey?
September 26, 2013

FMT LETTER, Dari Ong Kian Ming dan Zairil Khir Johari, via e-mail

Kami berasa amat hairan membaca maklumbalas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendedahan bahawa syarikat perunding McKinsey & Co telah dibayar RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menurut laporan media, beliau dipetik sebagai berkata, “Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu.”

Sememangnya kami tidak menafikan bahawa pandangan, pendapat dan analisa daripada pakar, khususnya pakar pendidikan, adalah diperlukan. Namun begitu, kami mempertikaikan mengapa perunding bukan pakar pendidikan telah dilantik sedangkan kerajaan mempunyai ramai pakar yang mampu melaksanakan tugas tersebut.

Sebagai contoh, laporan akhir PPPM sendiri telah menyenaraikan sumbangan daripada pakar-pakar tempatan, termasuk kajian oleh enam buah universiti awam tempatan, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).

Malah, Kementerian Pendidikan juga telah memperolehi khidmat nasihat antarabangsa daripada pakar-pakar seperti UNESCO, yang telah menyediakan laporan terperinci mengenai pembangunan kurikulum, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pendidikan guru, latihan dan pendidikan teknik dan vokasional; serta peperiksaan dan pentaksiran murid.

Selain itu, Bank Dunia (World Bank) juga telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas perbelanjaan awam (Public Expenditure Review) termasuk sektor pendidikan pada tahun 2011.

Pada masa yang sama, Panel Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin juga telah menyediakan laporan hasil daripada mesyuarat-mesyuarat Townhall yang telah diadakan di 14 negeri.

PEMANDU pula melaksanakan Makmal Pendidikan dengan sokongan pasukan NKRA Pendidikan. Makmal tersebut diketuai oleh pakar-pakar tempatan daripada Kementerian Pendidikan termasuk daripada Institut Aminuddin Baki.

Di samping itu, Panel Penilai Bebas Malaysia juga telah ditubuhkan di bawah pimpinan Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak. Panel Penilai Bebas Antarabangsa pula telah ditubuhkan dengan keanggotaan pakar-pakar seperti Dr Andreas Schleicher (Ketua, Analisis dan Indikator, OECD), Dr Byong-Man Ahn (Mantan Menteri Pendidikan Korea Selatan), Prof Michael Fullan (Penasihat Khas kepada Premier dan Menteri Pendidikan Ontaria, Kanada) dan Prof Sing Kong Lee (Pengarah, Institut Pendidikan Kebangsaan, Singapura).

Ketersediaan khidmat nasihat pakar-pakar di atas adalah bukti bahawa Kementerian sudah mempunyai pakar pendidikan yang bukan sahaja mampu tetapi bertaraf antarabangsa.

Justeru, mengapa perlunya Kementerian melantik perunding McKinsey dengan jumlah RM20 juta? Adakah ini “berpatutan”?

Tambahan pula, sumbangan sebenar McKinsey – yang bukan pakar dalam bidang pendidikan – adalah tidak jelas kerana tidak disenaraikan langsung dalam laporan PPPM. Jika McKinsey tidak menyumbang dari segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja?

Tampaknya, jelas bahawa khidmat perunding McKinsey adalah tidak perlu, bukan sahaja dari segi input malah dari segi penyediaan laporan.

Ini kerana kerajaan mempunyai pelbagai jabatan dan agensi yang tidak kurang kemampuannya, seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (PEMANDU), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan atau EPRD (Education Planning and Research Division), serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) yang ditubuhkan pada bulan April 2012.

Apakah menteri tidak mempunyai keyakinan pada pakar-pakar dan pegawai-pegawai sendiri untuk menjalankan tugas mereka?

Ong Kian Ming adalah ahli parlimen Serdang manakala Zairil Khir Johari adalah ahli parlimen Bukit Bendera.


PPPM: Malaysia Ada Pakar Runding, Tidak Perlu Bazir RM20 juta

[TMI] DAP hari ini membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media semalam yang mempertahankan pembayaran RM20 juta kepada syarikat perunding bagi penyediaan Pelan Pembangunan dan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 - 2025).

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata kenyataan Menteri Pendidikan itu sangat tidak jelas dan meragukan kerana McKinsey & Co dikatakan hanya firma perunding am biasa bukan pakar dalam bidang pendidikan seperti didakwa.

"Apa yang menghairankan ialah apabila syarikat itu langsung tidak disenaraikan dalam PPPM. Jika McKinsey tidak memberi sumbangan daripada segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja,” kata kedua-dua ahli parlimen DAP itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka turut mempersoalkan kewajaran kerajaan melantik khidmat perunding asing walhal negara juga mempunyai pelbagai tenaga pakar bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan input terbaik.

"Kita ada pelbagai agensi kerajaan seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (Pemandu), jadi tindakan Muhyiddin ini adakah bermaksud beliau tidak yakin dengan khidmat pegawai kerajaan," kata kenyataan itu.

Semalam, Muhyiddin berkata, RM20 juta adalah berpatutan berbanding apa yang ditawarkan syarikat tersebut termasuk kerana mengambil kira tempoh dua tahun untuk melaksanakannya.

"Perlu ingat penyediaan kita meliputi skop yang luas kita membawa beberapa pakar membantu, mengadakan konsultansi serta melantik beberapa panel antarabangsa dan turun ke setiap negeri.

"Ia usaha yang bukan mudah dan murah jadi kita fikir RM20 juta itu masih berpatutan dan perincian bayaran pelan itu kita akan berikan kemudian" katanya.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian daripada projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman. – 26 September, 2013.



, ,

Remaja 16 Tahun Lacur Diri Selepas Teman Lelaki


[SH] KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun (gambar), di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.

Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.

Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.

Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.

“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur. 

"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.

Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.

"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.

"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.

Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.

Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang. - 28/9/13



,

Kes Isteri Mat Yo, Maaf atau Tidak, Kes Tetap ke Mahkamah


‘Kita jumpa saja di mahkamah’

[HM] Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.


AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.




Laporan awal di sini dan di sini.


,

Janda Sanggup TERJUN Bangunan Elak Diri daripada DIROGOL


[HM] Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah. 

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta. 

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. 

Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong. - 28/9/13


P/s: Kalau orang di bawah ini...


Petikan pautan berita lama di blog Milo Suam:

Petikan Dari akhbar Berita Harian online adalah seperti berikut:

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f**k you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama. 

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik. 

Beliau (Saiful) berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian? 

Mohd Saiful: Ya. 

Mohd Yusof: Lepas bilas diri? 

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala. 

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar? 

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan. 

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu? 

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. - Bernama



P/s: Anwar berusia 60-an dan ada masalah tulang belakang, Saiful 20-an gagah perkasa.




Guru Perkosa Pelajar 14 Tahun Hanya Dipenjara 30 Hari



[HM] Billings (Montana): Seorang bekas guru sekolah tinggi dibebaskan dari penjara semalam selepas menamatkan hukuman penjara hanya 30 hari atas kesalahan merogol pelajar berusia 14 tahun.

Tempoh hukuman itu masih dikaji mahkamah tinggi Montana dan mencetuskan gesaan agar hakim yang menangani kes terbabit digugurkan. 

Menurut sumber akhbar, Stacey Rambold, 54, meninggalkan penjara selepas menamatkan hukuman yang dijatuhkan hakim daerah, G Todd Baugh terhadap kes merogol Cherice Moralez pada 2007. 

Baugh mencetuskan kemarahan bulan lalu ekoran hukuman ringan itu dan komen yang dibuatnya terhadap kes terbabit seolah-olah dia menyalahkan Cherice di atas apa yang berlaku.

Remaja berkenaan membunuh diri pada 2010 sebelum Rambold mula dibicarakan.

Pendakwa raya masih membuat rayuan terhadap kes itu. - Agensi - 28/9/13

Baca lanjut di sini.

,

Gambar & Ringkasan Kes 8 Budak Bawah Umur Perkosa Budak 12 Tahun Tersebar di Laman Sosial

MAKLUMAT YANG TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL:

Kes rogol bdk prmpuan umur: 12 thn.
B/Sentosa Rpt : 5***/XX
sek : 3** Kk
Pengadu : S**** bt P*****
kpt : 0102**-**-04**(12 Tahun 7 Bulan)

Almt : No ** Jalan R******** 3C Sg B**** 48010 Rawang, Selangor.

Pekerjaaan : Darjah 6 Pelajar SK Sg B****.


RINGKASAN KES 

-Pada 19/9/13 Jam L/Kurang 0900 Hrs Pengadu telah ponteng dari bersekolah dan pergi ke rumah kawannya nama E**** di Jalan R********* Sg B**** dan lepak di situ sehingga selesai waktu persekolahan kemudian pengadu seorang diri telah merayau2 di kawasan Sg B**** kerana takut untuk pulang ke rumah sehingga waktu malam dan pengadu telah tidur di surau Al Angsa Sg B****.

-Pada keesokkan harinya (Hari ini) 20/9/13 Jam L/Kurang 7.30 Pagi apabila pengadu bangun dari tidur dan keluar dari surau pengadu lihat 8 Orang Lelaki Melayu yg dikenalinya sedang berkumpul berdekatan kawasan surau tersebut,pengadu telah menghampiri mereka dan mereka telah mengajak pengadu pergi ke sebuah rumah kosong.

-Semasa berada di rumah kosong Adam(saspek) telah bertindak menutup Mata Pengadu dengan menggunakan baju T-Shirt. H***** dan H**** telah membuka baju Pengadu dan baringkan di lantai rumah kosong tersebut kemudian pengadu telah Dirogol/diraba Oleh 8 Lelaki Melayu yg dikenalinya.

SENARAI NAMA SASPEK DAN PERANAN
1) M**** A*** 14 thn (Menutup Mata pengadu/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

2) M**** H***** 12 thn (baringkan mangsa/masukkan Kemaluan dalam kemaluan pengadu)

3) N******* A**** 14 thn (baringkan mangsa/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

4) Muhd A***** 12 thn (Raba mangsa)

5) M****  F****** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

6) Z**** H***** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

7) N******* A**** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

9)S*** M******* H**** 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

TINDAKAN
1/ - Tahan 8 lelaki Melayu (Seperti nama pgakuan diatas) bawa balik ke balai Sentosa untuk siasatan awal dan Jalankan Tangkapan

2/ - Kesemua 8 OKT adalah bawah umur dan pg ni akan reman.

3/ - Mangsa tlh dhantar ke Hospital Selayang utk pmeriksaan doktor, di mana sahkan ada koyakan baru pd kmaluan mangsa & tahan wad.

4/ - Team Forensik diketuai oleh Insp N***** siasat tpt kejadian tlh menemui rambut/bulu kesan air & 1 baju.

5/ - Siasatan diteruskan.


P/s: Berdasarkan pemerhatian, gambar dan ringkasan kes di atas sudah tersebar secara meluas di laman sosial dan di laman forum. Perbuatan menyiarkan gambar dan maklumat kes tanpa dikaburkan tidak wajar dilakukan oleh pengguna internet walaupun mereka berasa marah terhadap suspek kes ini. 

Dari segi undang-undang, perbuatan mendedahkan identiti dan gambar budak bawah umur sama ada mangsa atau suspek jenayah merupakan suatu kesalahan. Malah kesemua remaja ini hanya suspek kes dan boleh dibebaskan pada bila-bila masa jika didapati tidak bersalah.

DCM mengaburkan wajah dan identiti suspek yang dikatakan terlibat dalam kes tersebut. DCM juga mengaburkan beberapa maklumat lain.

Siapa yang mula-mula menyebarkan gambar dan ringkasan ke ini? Mustahil kerja ini dilakukan oleh pihak luar! Bagi pengguna internet yang telah dan masih menyebarkan gambar dan nama suspek tanpa tapisan, hentikanlah perbuatan itu.

Laporan awal kes ini di sini dan di sini.


Harga Rokok NAIK Mulai 30 September 2013



P/s: Berhentilah merokok. Selain syarikat rokok kenyang, kerajaan juga memungut cukai melebihi RM4 bilion setahun. Paling penting, merokok memudaratkan kesihatan.


, ,

Jumaat, 27 September 2013

Sorok Emas di dalam Seluar Dalam


Sekadar hiasan.

[HM] Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin menahan seorang wanita berusia 54 tahun dan dua lelaki berusia 38 dan 50 tahun kerana cuba menyeludup 2,267 gram emas ke India di Lapangan Terbang Bandaranaike.

Akhbar The Island melaporkan 10 keping emas seberat satu kilogram setiap satu disembunyikan oleh dua suspek lelaki terbabit di kemaluan mereka, manakala emas dalam bentuk barang kemas seberat 267 gram dipakai wanita berkenaan.

Jurucakap jabatan kastam berkata, ketiga-tiga suspek ialah pengunjung biasa dari Colombo ke India. Menurutnya, seramai 48 orang yang cuba menyeludup emas dari negara itu ke pelbagai negara lain sudah ditahan setakat ini. - Agensi - 27/9/13


,

Pengerusi Surau Mengaku Berzina dengan Banyak Wanita Ditahan Rogol Budak 14 Tahun


Remaja 14 Tahun Hamil, Mangsa Rogol

[SH] HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.

Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.

Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.

Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.

Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.

Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.

“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.

"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.

Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.

Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.

Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan. -27/9/13


Kajian: Malaysia Antara Negara Tertinggi Amal Rasuah


[TMI] Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.


Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.

"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.

Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.

Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.

Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.

"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global,” katanya.

Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah. – 27 September, 2013.


P/s: Tahniah!

, ,

Lelaki Campak Bayi Minta Hukum MATI



[BH] Beijing: Sebuah mahkamah China menghukum mati seorang bekas banduan kerana menghempas seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas ibu mangsa tidak membenarkannya meletak kenderaan di sebuah petak letak kereta. 

Han Lei, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan, lapor agensi berita Xinhua, di sini semalam. 

Han dilaporkan memberitahu pendakwa raya Ogos lalu bahawa dia merasa terlalu bersalah dan tertekan sehingga mahu mati, lapor Beijing News ketika itu. 

“Saya menjadi punca bencana kepada kanak-kanak, tolong pastikan saya dijatuhi hukuman mati,” akhbar memetiknya sebagai berkata. “Saya tidak mahu hidup lagi.” 

Han menarik kanak-kanak hampir berusia tiga tahun dari kereta sorong dan menghempasnya berhampiran sebuah hentian bas di sini Julai lalu. 

Ia berikutan keengganan ibunya memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta, lapor media China. - AFP - 27/9/13

Lanjut di sini.

, ,

Tukang Rumah Didakwa Rogol Anak Saudara


[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya yang ketika itu baru berusia 8 tahun.

Bagaimanapun, tertuduh, 45, yang bekerja sebagai tukang rumah, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang ketika itu berusia 8 tahun di sebuah rumah di Kampung Jerong Tuan, Marang, antara jam 4 hingga 5 petang, 8 April 2012.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat dan waktu sama, masing-masing pada 9 April dan 11 April 2012.Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa sama, sebanyak tiga kali di alamat dan waktu sama masing-masing pada 15 April; 16 April dan 18 April 2012.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Aslam menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - 26/9/13



,

Isteri Mat Yo Mohon Maaf kepada Rakyat Malaysia. Mengapa Tidak Mohon Maaf kepada Pak Cik Pengawal?


Siti Aisya Nafi Sebar Video, Mohon Orang Ramai Henti Cemuh Suami

[BH] Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


P/s: Pusinglah macam mana pun, 1Malaysia sudah menonton dan menilai perilaku buruknya.

Persoalannya, mengapa mohon maaf kepada rakyat Malaysia secara umum sedangkan permohonan maaf itu patutnya ditujukan kepada pak cik pengawal di Lapangan Terbang Subang.

Berita berkaitan di sini.



, , ,

Mat Sabu Perjelas Isu SYIAH


Kepimpinan Ulama dan Unit Amal dari Iran, Kata Mat Sabu

[TMI] Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.


Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

"Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

"Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

"Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya.

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

"Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

"Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).

Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

"Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

"Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

"Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

"Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya.

Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

"Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

"Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

"Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

"Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

"Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

"Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

"Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya. – 27 September, 2013.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH