Semoga Tokoh Maal Hijrah 1432 "Berhijrah" Suatu Hari Nanti
Saya tidak mempertikaikan kewibawaan atau kelayakannya menerima anugerah ini. Saya cuma berharap Tan Sri Zeti akan "berhijrah" sesuai dengan tuntutan agama yang menuntutnya menutup aurat suatu hari nanti. Mudah-mudahan.
Saya petik:
[Bernama] PUTRAJAYA: Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini dipilih sebagai penerima tokoh Ma'al Hijrah 1432H pada Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Zeti, 63, merupakan penerima Tokoh Ma'al Hijrah wanita pertama negara selepas 24 tahun ia dianjurkan.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan.
Zeti dianggap sebagai penerima dua zaman kerana bapanya, tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pernah menerima anugerah itu 11 tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas penganugerahan itu, beliau berkata ia adalah penghormatan terbesar yang tidak pernah disangka.
"Saya sangat berterima kasih dan ini juga sebagai dorongan dan inspirasi untuk saya terus berusaha," kata pemegang Sarjana dan ijazah kedoktoran Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa dari University of Pennsylvania, AS itu. Selain menerima pelbagai anugerah dalam negara beliau turut menerima pengiktirafan dari luar apabila dipilih menganggotai Suruhanjaya Pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencadangkan hala tuju sistem monetari dan kewangan dunia serta mempengerusikan jawatankuasa kerja usahasama serantau (EMEAP) bagi merangka pelan induk kerjasama kewangan antara bank-bank pusat.
Di bawah pimpinan Zeti sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif.
Antara kejayaan Zeti dalam tempoh sedekad ialah menjadikan Malaysia sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset perbankan Islam sebanyak tiga kali ganda kepada 21 peratus serta lebih 100 institusi kewangan Islam domestik dan antarabangsa kini beroperasi di Malaysia.
Di peringkat antarabangsa Zeti turut menyumbang kepada penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan antarabangsa dalam penyediaan laporan 'Financial Stability and Islamic Finance' dan mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan islam seluruh dunia.
Berkongsi rahsia kejayaan, Zeti berkata beliau mengisi setiap masa yang ada dengan membaca terutama bahan bacaan mengenai kewangan, ekonomi, pembangunan kepimpinan dan pembangunan kendiri. Justeru beliau menasihatkan kepada semua terutama golongan muda agar mempunyai keinginan dan rasa ingin tahu yang berterusan bagi meningkatkan pengetahuan.
Sementara itu, Ungku Abdul Aziz, 88, berbangga dengan kejayaan anak tunggalnya itu sebagai penerima pertama wanita untuk anugerah berkenaan....
P/s: Pertama kali mendengar Gabenor Bank Negara ini bertutur dalam bahasa kebangsaan. Mengapa beliau hanya menggunakan bahasa Inggeris untuk menjawab temu ramah wartawan di media elektronik? Bahasa jiwa bangsa, Tan Sri!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.