Beza Peranan Masjid pada Zaman Sekarang, Masjid pada Zaman Rasullulah!
Jangan menyampaikan ceramah politik di masjid dan di surau! Saya petik:
[MK] Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.
Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.
Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.
Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.
Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.
Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).
Saya siarkan satu petikan akhbar:
- Utusan Malaysia (5/1/10)
....Masjid adalah di antara tempat pertama Rasulullah SAW menyatukan orang mukmin di bawah satu kesatuan pemikiran berlandaskan Islam. Maka masjid adalah tempat perkumpulan umum dan permesyuaratan. Masjid bukan sahaja bertindak sebagai tempat peribadatan khusus bahkan aktiviti kemasjidan adalah merupakan aktiviti Islam sendiri yang melengkapi segenap bidang agama, politik, sosial, pembangunan komuniti, perdagangan dan kemasyarakatan.
.............
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Pada hal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (al-Taubah: 107) ....
Orang yang malas berfikir akan berkata: Takkan hendak benarkan orang politik yang gemar menabur fitnah berceramah di dalam masjid?
Takkan memperkatakan jangan bersekutu dengan parti yang berkawan dengan APCO itu fitnah? Adakah memperkatakan bahawa orang ramai perlu menyokong parti yang mengakkan Islam itu fitnah? Adakah memperkatakan bahawa rasuah itu haram dan bersekutu dengan orang yang mengamalkan rasuah itu haram merupakan suatu fitnah? Adakah.....terlalu banyak untuk disenaraikan!
dasar apco dan umno sering berubah2 ikut sentimen daun lalang,adakala spt persatuan pengguna islam boikot brg2 yahudi tapi lepas tu aku dengar d radio ikim fm suruh telan berkilo2 jenama dan baucer ayam sehingga menjilat jari tu.
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, April 23, 2010 9:20:00 PTGBismilah Hir Rahman Nir Rahim
Comment by hj jamaludin @ Jumaat, April 23, 2010 11:00:00 PTGYa lah gua pun da fed up dengan larangan macam ni . Sikit Sikit Sultan tak bagi . Ada MB Selangor dan UG Hasan Ali dari pakatan Rakyat pun bebal dan penakut , pi la tanya dengan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah betul ke TG Nik Aziz di larang berceramah/berkhuliah agama kat Masjid/Surau ? Atau sesekali TG Nik Aziz buat gempar pergi kat JAIS atau Mais untuk dapatkan " Sijil Tauliah " .