Kasihan, Budak 4 Tahun, Tak Makan 4 Tahun
Semoga sembuh! Saya petik:
[Kosmo] CARLTON - Seorang budak lelaki di Britain, Daniel Harrison, berusia empat tahun trauma untuk mengambil makanan pejal sehingga menyebabkan dia tidak makan selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak lelaki itu yang menghidap autisme, takut untuk makan atau minum selepas dia diserang sakit gastrik yang teruk semasa masih bayi.
Fobia yang dihadapi oleh Daniel menyebabkan dia terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.
Bagi mendapatkan makanan dan rawatan, Catherine dan Kevin Harrison iaitu ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa berulang alik dari sebuah hospital di London yang terletak agak jauh dari kediaman mereka di sini, England. Kos bagi rawatan tersebut juga mahal.
"Berdasarkan sudut perubatan, anak kami boleh mengambil makanan seperti manusia normal, tetapi dia amat takut untuk makan atau minum," kata bapanya.
Setakat ini, pakar-pakar di Britain gagal mengubati ketakutan Daniel untuk makan tetapi ibu bapanya tidak berputus asa dan merancang untuk membawanya ke sebuah klinik pakar di Austria sebagai jalan terakhir untuk merawat anak mereka.
Keluarga tersebut kini gigih untuk mengumpul dana berjumlah £20,000 (RM99,437) bagi tujuan itu.
- Agensi


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.