Ulama Pembangkang Tidak Berani Cegah Kemungkaran? Ulama UMCO?
Baru-baru ini, perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), S. Kesavan mencetuskan kontroversi apabila beliau membacakan terjemahan yang salah untuk ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan parti itu. Dalam menjawab isu itu, Kesavan menyatakan bahawa terjemahan itu dibuat oleh seorang ustaz dan dia hanya menyampaikannya semasa berbahas dalam Kongres PKR. Malah beliau menegaskan tidak menokok tambah terjemahan yang telah disediakan oleh ustaz tersebut.
Isunya, jika terjemahan itu salah, maka orang Islam sepatutnya membetulkan perwakilan PKR itu dan bukannya menghentam beliau sehingga membuatkan orang bukan Islam lain takut untuk mendekati Islam dan al-Quran. Perwakilan AMK PKR itu tidak pun menghina al-Quran, cuma mungkin membuat kesilapan dari segi menyampaikan tafsiran sebenar (mungkin dari segi perbezaan pemilihan kata-kata) ayat-ayat itu.
Sebenarnya, isu ini samalah dengan isu YB DAP yang memasuki surau baru-baru ini. Oleh sebab mahu memupuk kebencian kepada pembangkang, maka isu tersebut dan isu terjemahan ini disensasikan di blog dan di TV sehingga mencetuskan rasa benci orang Islam kepada orang bukan Islam.Dalam hal ini, salah tetap salah, namun biarlah beradab dan beretika apabila mengemukakan teguran. Janganlah isu itu dicetuskan semata-mata untuk memperoleh pulangan politik.
Hari ini diberitakan di UM: Ulama pembangkang tidak berani cegah kemungkaran. Dalam berita itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin membidas ulama pembangkang kerana tidak lantang bersuara dalam isu terjemahan surah Al Imran itu. Katanya, ''Mengapa kalau dalam hal lain mereka lantang menentang, tetapi kalau kena diri sendiri diam pula." Beliau mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam dalam kalangan parti pembangkang yang wewenang menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.
Abdullah berkata, seseorang yang ingin menyampaikan ayat al-Quran kepada orang lain perlu berilmu tidak kira sama ada orang tersebut Islam atau bukan Islam. Katanya, ''Sekiranya orang yang menyampaikan ayat al-Quran ini alim tetapi ternyata dia tidak menyampaikan maksud yang sebenarnya merupakan satu penyelewengan dan berniat jahat dan perlu ditegah kerana menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat. Tetapi kalau dia jahil, tidak tahu sangat tentang agama, dia sebenarnya tidak boleh berbuat demikian, perlu belajar terlebih dahulu dan jangan berlagak."
Inilah kata-kata ulama akhir zaman. Kita boleh menerima kata-kata nasihat penasihat agama ini, namun apabila dalam nasihat itu diselitkan unsur-unsur yang tidak sepatutnya, maka kita wajar mempersoal peranan ulama kerajaan yang membiarkan pemimpin mereka bergelumang dalam pelbagai maksiat dan dosa sejak sekian lama. Mereka bersekongkol dengan pemimpin UMCO bergelumang dalam pelbagai tingkah laku yang mendatangkan dosa baik kecil mahupun dosa. Mereka membiarkan pemimpin mereka membiakkan perniagaan judi di negara ini. Terbaru, Najib mahu menjadi Malaysia hab hiburan malam di rantau ini, di mana suara Md Zin? Di mana suara mereka apabila pemimpin dan anak-anak mereka berkelakuan begini:
![]() |
| Harusasani cakap tidak syirik! |
Renungan:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
Golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul daripada kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.










memang ulamak UMNO ni munafik & akan direjam di dasar neraka Allah...mereka menjual akhirat mereka krn dunia..hati mereka tertutup dr hidayah..mereka ingat akan kekal di dunia ttp mereka lupa bahawa tiap yg hidup akan mati..tiap diri akan dihisab Allah...semoga Allah hancurkan mereka ini sehancur2nya krn berdusta & membawa fitnah pd ugama Allah, ameeen...
sebanarnya xde yang silap pada terjemahan oleh Kasevan tempoh hari... tp sebab ulama UMNgOk pun sama jahil pasal Quran sebab tue depa kate salah... kalu ulama UMNgOk jahil... paham-paham le umarak dan pengikutnya???
http://dppwm.blogspot.com/2010/11/tafsiran-wakil-pkr-disahkan-benar.html