Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Rabu, 30 September 2015

Fasal Selimut, Wanita Didakwa Pukul Suami OKU, Sembur Racun Serangga



KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kurang upaya yang pekak dan bisu memberitahu Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, dia dipukul oleh bekas isterinya dengan menggunakan penyangkut baju pada lengan serta bahu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Bazely Mohamed, 28, mendakwa wanita terbabit, Noor Ashiqin Azmi, 26, turut menderanya dan sering menyemburnya dengan penyembur nyamuk.

“Malam itu, saya bergaduh dengan isteri sebab dia mahu mengambil selimut yang ada dengan saya. Saya kata ‘sekejap’, tiba-tiba dia dah ambil penyangkut baju dan terus memukul saya. Dia juga sembur saya dengan Ridsect,” katanya.

Noor Ashiqin berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa dengan menggunakan penyangkut baju plastik di rumah sewa mereka di alamat Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, pada jam 12 tengah malam, 5 November 2014.

Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 8 Disember 2014 dan memohon untuk dibicarakan. Hari ini merupakan hari kedua perbicaraan pada peringkat pendakwaan dengan memanggil mangsa sebagai saksi ketiga yang memberi keterangan.

Prosiding menggunakan khidmat jurubahasa isyarat untuk menterjemahkan soalan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan dan peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman bagi pihak tertuduh.

Mohd Bazely juga menjawab setiap soalan dengan menggunakan bahasa isyarat yang kemudiannya diterjemahkan jurubahasa itu kepada mahkamah.

Ketika disoal Mohd Syahrun berapa kali kejadian pukul itu berlaku dan mangsa memberitahu kejadian pukul tersebut kali pertama berlaku.

“Sebelum ini tidak pernah pukul, tetapi dia selalu pengang penyembur nyamuk dan akan menyembur ke arah saya termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas Mohd Faizal yang mendakwa mangsa pernah mengasari isterinya serta menolak tertuduh hingga keguguran sebelum kejadian pukul itu, Mohd Bazely bagaimanapun menafikannya.

“Adalah tolak sikit, tetapi tidaklah sampai terjatuh dan setahu saya dia tidak pernah mengandung. Tak ada dan saya tidak tahu pun dia mengandung,” katanya.

Mohd Faizal juga mencadangkan, tertuduh menyembur penyembur nyamuk ketika mangsa berada di dalam bilik air bertujuan supaya mangsa cepat keluar dari bilik air dan bukan mahu menderanya, namun perkara itu tidak dipersetujui mangsa kerana dia menggunakan isyarat tutup buka suis lampu jika ada orang yang mahu menggunakan tandas ketika dia menggunakannya.

Mohd Bazely pada perbicaraan itu turut mengaku menghidap penyakit sawan, namun penyakit itu menyerang pada siang hari sebelum berlaku pergaduhan dengan bekas isteri itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan. -Sinar Harian/29/9/15

 

, ,

Keluar daripada Kerajaan Selangor: Itu Pandangan Peribadi Ketua Dewan Ulama - Iskandar



Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.

ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.

“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.

Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru. -Malaysia Kini/30/9/15

P/s: Mengapa PAS Selangor tidak wala kepada ulama? Mengapa PAS Selangor tidak hormat keputusan Majlis Syura untuk memutuskan hubungan dengan DAP? Mengapa PAS Selangor tidak menghormati kenyataan Muryisul Am Pas bahawa PAS akan memutuskan hubungan dengan PKR jika parti itu menyertai gabungan baru?

Apabila tersepit dengan isu ini, barulah mereka mengakui bahawa kemenangan dslam PRU13 lalu adalah kemenangan PR. Semasa mahu menghukum pemimpin yang kelaur parti mereka katakan kemenangan tersebut atas nama PAS bukan PR.







Berkaitan:

DAP Masih ‘Rakan Sepasukan’ Pas di Selangor

SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama.

“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi. -Sinar Harian/29/9/15

,

Selasa, 29 September 2015

Husam Dakwa Syarikat Swasta Kaut Untung Balak Kelantan



Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa mempersoalkan urus niaga tebangan balak oleh Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad (KPK) yang memberi keuntungan sebanyak RM2.7 juta setahun kepada syarikat swasta, Souncern.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, amat tidak munasabah apabila syarikat swasta terbabit mendapat keuntungan begitu besar sedangkan KPK sendiri hanya menerima bayaran sebanyak RM1,372.70 dalam tempoh 10 tahun.

Beliau mendakwa, keuntungan bersih yang patut diterima KPK ialah antara RM8 juta dan RM12 juta setahun dengan mengambil kira kawasan penebangan agensi itu yang mempunyai 8 hingga 12 tan balak seekar.

Katanya, jika mengikut harga pasaran, untung bersih bagi setiap tan balak tidak kurang daripada RM500 setan.

"Bagi tempoh 10 tahun (20,000 ekar) keuntungan yang patut dijana adalah antara RM80 juta dan RM 120 juta.

"Sedangkan mengikut kertas cadangan Souncern yang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK pada Disember 2014, bayaran bersih seekar yang akan dibayar kepada KPK hanya RM1,372.70 saja.

"Adakah munasabah kawasan KPK hanya mempunyai kurang 3 tan seekar," soal bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Husam berkata, mengikut kertas cadangan Souncern tersebut, syarikat milik Sern Kou Berhad yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur itu mencadangkan KPK memeterai perjanjian untuk tempoh 10 tahun yang melibatkan kawasan 20,000 ekar.

Mengikut perjanjian itu, keuntungan yang dijanjikan bagi tempoh 10 tahun hanya RM27.4 juta.

"Berasaskan perkiraan ini, KPK akan mengalami kerugian keuntungan antara RM52 juta dan RM92 juta bagi tempoh 10 tahun. Ini tidak termasuk 30% keuntungan tambahan yang dijanjikan kerana diragui ia boleh terjadi atau tidak.

"Ini belum mengambil kira kemungkinan pengeluaran sebenar adalah lebih besar, kayu yang dikeluarkan bermutu tinggi dan harga kayu akan meningkat pada masa akan datang," katanya. – The Malaysian Insider/29 September, 2015.

, ,

Khir Toyo Dihukum 12 Bulan Penjara, Harta Disita



Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berenaan.

Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.

“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Zulkefli berkata Dr Khir sebagai penjawat awam menyalahgunakan kedudukannya untuk mengambil hartanah tanpa pertimbangan secukupnya.

Dr Khir boleh memohon mendapatkan pengampunan daripada Sultan Selangor.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dr Khir selepas panel hakim mengekalkan sabitan yang dibuat mahkamah rendah.

Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 5 hakim berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu.

“Semua perkara dalam pertuduhan sudah dibuktikan, termasuk sama ada beliau penjawat awam atau tidak,” katanya ketika menyampaikan keputusan.

Dr Khir tenang ketika penghakiman hukuman dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak dengan ahli keluarga, penyokong dan media.

Beliau akan menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dr Khir sebelum ini diikat jamin RM750,000 sehingga rayuannya selesai.

Shafee ketika ditemui wartawan berkata Dr Khir mungkin kehilangan pencennya sebagai bekas menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Undang-undang menyatakan mana-mana wakil rakyat atau bekas wakil rakyat yang didenda RM2,000, atau dipenjarakan minimum 12 bulan akan hilang ganjaran mereka.

Shafee berkata pengampunan adalah satu pilihan tetapi pihak pembelaan sedang melihat kemungkinan lain yang masih belum boleh didedahkan.

Difahamkan pilihan lain ialah memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berasaskan kepada ketidakadilan kepada tertuduh.

“Kami terkejut dengan sabitan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana kami mengharapkan beliau dibebaskan. Kami juga berharap hukuman lebih ringan selepas mahkamah ini pada minggu lalu mengekalkan sabitan,” katanya.

Shafee berkata, beliau diarahkan anak guamnya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap akhbar The Sun kerana menyiarkan 2 artikel bertujuan mempengaruhi hakim.

Dalam penghakiman hari ini, Zulkefli berkata rasuah dalam apa juga cara dan bentuk tidak boleh diterima dan denda saja tidak akan memberikan pengajaran.

“Begitu juga khidmat masyarakat. Dalam apa juga keadaan, khidmat masyarakat hanya pilihan dalam kes membabitkan pesalah muda dan tidak terpakai kepada perayu (Dr Khir),” katanya.

Hakim berkata, penjara adalah hukuman yang tepat dan sesuai walaupun pihak pendakwa tidak merayu untuk hukuman lebih berat. – The Malaysian Insider/29 September, 2015.


Respons Khir Toyo:

Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin Umno mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana.

Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara yang terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan, pendakwa raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin (Haryoni, pengarah Ditamas Sdn Bhd).

Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.

Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum dua tahun penjara.

Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

Demikianlah kesungguhan peguam negara terdahulu yang mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

Adilkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk perdana menteri, setiausaha kerajaan negeri dan pihak SPRM sendiri.

Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (Baca: Fakta dan angka tidak boleh menipu).

Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus sudah harapan?]

Dilanyak akhbar The Sun

Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor diisytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membacaThe Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada menteri besar selepas saya.

Malah ada ketika mereka mempertahankan menteri besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kes roboh kuil

Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi.

Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM40 ribu dan juga diberi tapak baru.

Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satutanggungjawab saya.

Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai menteri besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar.

Di bawah pentadbiran saya juga kerajaan negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Isu anugerah penyapu

Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah penyapu atau padah sikap kita?]

Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan Tukiman Nail, bekas presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Masalah setinggan

Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan.

Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan:

(i) Memberi penempatan yang lebih baik

(ii) Menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan

(iii) Memberi subsidi RM7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor. Jika ada hayat dikandung badan, insha-Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.

Khir Toyo bekas MB Selangor. Tulisan ini diterbit dalam blog beliau, drkhir.com. Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atasnya selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah ditolak pada minggu lalu.

, , , , ,

Anak Saudara Haji Hadi Sertai Amanah, Dakwa Diboikot Ahli PAS di Kawasannya


Hadi, Pemimpin PAS ‘Hilang Saudara’ Kerana Amanah

Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang.

Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.

"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider.

Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.

Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.

"Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).

"Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad yang belajar di Universiti Al Azhar sebelum ini.

Apa yang dialami Miqdad boleh difahami logiknya kerana Rusila adalah kubu PAS sejak dulu.

Hadi, yang memberikan kuliah mingguan di Masjid Rusila sejak 1980-an, dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan mereka yang menyertai Amanah adalah pengkhianat dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pihaknya menyedari penyertaan Miqdad yang mempunyai pertalian darah dengan Hadi.

"Saya maklum penyertaan beliau, tetapi saya tidak pasti beliau merupakan anak saudara Hadi, ataupun anak saudara isteri Hadi.

"Sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka sertai Amanah atau mana-mana parti dengan kerelaan masing-masing," katanya.

Beliau turut mengakui mempunyai saudara mara yang merupakan ahli PAS dan Umno.

"Sesiapa pun yang menyertai Amanah adalah atas kepercayan mereka terhadap parti.

"Ada juga ibu dan bapa yang sertai Amanah, tetapi anak mereka masih mahu bersama PAS, itu tidak menjadi isu," katanya.

Apa yang dialami Hadi, sama seperti Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh apabila adiknya, Saberi Salleh sendiri turut menyokong Amanah.

Saberi yang kini tinggal di Pasir Puteh, Kelantan juga menjadi penggerak utama penentangan terhadap kepimpinan PAS sejak penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa, kemudiannya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kini Amanah.

Di Bachok, Kelantan anak dan cucu bekas yang dipertua PAS Bachok allahyarham Datuk Omar Muhamad juga menjadi penggerak utama Amanah kawasan itu.

Khairudin Omar, anak bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kini ketua Amanah Bachok manakala anak beliau yang juga cucu Omar, Syahidulamri Khairudin ketua Pemuda Amanah Bachok.

PAS kini berpecah kepada 2 dengan kelahiran Amanah. Ketika pelancarannya 16 September lalu, Kelantan menjadi penyumbang ahlinya yang paling ramai iaitu 8,000 daripada kira-kira 30,000 ahli Amanah yang berdaftar ketika itu.

Menjelang hujung tahun ini, Amanah mensasarkan keahliannya seramai 100,000 orang yang majoritinya bekas ahli PAS.

Amanah dalam kempennya terus mahu menyebarkan kasih sayang dengan taglinenya Amanah Sayang Semua, tetapi sukar bagi PAS menerimanya kerana bagi mereka Amanah adalah pengkhianat perjuangan mereka. – The Malaysian Insider/29 September, 2015.



,

Isnin, 28 September 2015

Bunuh Isteri dengan Masukkan Lengan ke dalam Kemaluan


Sekadar hiasan.

UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.

Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.

Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.

Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.

“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.

Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.

Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.

Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” – Agensi/myMetro Online/28/9/15


,

Remaja 14 Tahun Dikurung, Rogol Bergilir-gilir


SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.

"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.

"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.

Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.

"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Sinar Harian/28/9/15

,

PAS Perlu Tinggalkan Selangor Jika Tidak Sertai Pakatan Harapan



Bekas aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin menggesa parti itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya benar ia enggan bekerjasama dalam pakatan pembangkang baharu, Utusan Malaysia melaporkan hari ini.

Beliau berkata, PAS perlu tegas dalam membuat keputusan kerana rakyat kini menilai apakah pendirian sebenar parti Islam itu.

Katanya, sekiranya PAS berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu atau Pakatan Harapan, ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Keengganan berbuat demikian katanya, akan menyebabkan penyokong menganggap PAS sebahagian daripada pakatan pembangkang baharu.

"Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS. Jika tegas dengan prinsip untuk tidak bersama pakatan baharu, maka PAS wajar putus hubungan dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.

"Sekiranya tidak bertindak demikian, bermakna PAS juga sebahagian daripada pakatan baharu.

"Oleh itu PAS perlu keluar kenyataan agar parti itu dilihat tidak berdolak dalik," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tiga parti politik itu mengadakan satu mesyuarat minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin badan bukan kerajaan.

Meskipun pada mulanya, PKR menetapkan akan menarik PAS untuk turut menyertai mereka, namun ia ditolak parti Islam itu atas alasan tidak boleh bekerjasama dengan Amanah yang dibentuk bekas pemimpin dalam PAS.

Bagaimanapun, PAS memberi jaminan akan tetap bekerjasama dengan PKR. – The Malaysian Insider/28 September, 2015.

, ,

Ulama PAS Perak Pertahan Khutbah Anti-DAP



Dewan Ulama PAS Perak (DUPNPk) menyokong ketegasan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang dilapor enggan memohon maaf ekoran desakan pemimpin Melayu DAP berhubung kandungan teks khutbah Aidiladha yang mendakwa parti itu menentang Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS negeri itu Sidek Mohd Noor berkata pihaknya bersetuju kandungan teks tersebut "tidak berbentuk fitnah tetapi nasihat" pihak berkuasa yang berautoriti menjaga kewibawaan Islam di negeri itu.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pimpinan DAP Pahang yang beragama Islam, yang berhasrat mengambil tindakkan undang-undang terhadap JAIP jika enggan memohon maaf.

"DUPNPk amat-amat kecewa, bagaimana seorang Muslim yang beragama Islam berhasrat menyaman sebuah badan yang berautoriti memelihara dan menjaga kewibawaan Islam? Perkara ini memang amat bertentangan dengan fitrah seorang yang menghayati Islam.

"Dengan penegasan dan kekecewaan tersebut, kami daripada Dewan Ulama Negeri Perak bersolidariti dan memberikan sokongan penuh terhadap sikap tegas Jabatan Agama Islam Pahang tidak memohon maaf kepada DAP bagi memelihara maruah sebuah badan yang diberikan amanah menjaga martabat dan kesucian agama Islam, agama yang terang dan jelas terpelihara dalam perlembagaan negara," katanya.

Sidek mengulas gesaan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puri supaya JAIP memohon maaf berhubung teks khutbah itu yang didakwa sebagai menghina parti itu.

Beliau memberi tempoh lima hari bermula kelmarin kepada JAIP untuk berbuat demikian secara terbuka termasuk menarik balik teks khutbah "berbaur fitnah" itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun JAIP dilapor tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP itu, malah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah itu tidak langsung berbaur fitnah tetapi nasihat kepada umat Islam agar bersatu. - Malaysia Kini/28/9/15


,

Mengapa Pakatan Harapan Perlu Ditubuh Segera?


Ada yang bertanya, kenapa tergesa-gesa sangat menubuhkan Pakatan Harapan? Mereka hairan dengan keinginan untuk menubuhkan Pakatan Harapan secepat mungkin dan dengan segera. Namun saya pula sebenarnya hairan dengan kehairanan mereka.

Tidakkah sesuatu yang baik apabila ianya hilang atau tercicir, maka semestinya kita akan berusaha supaya ianya kita dapat kembali dan dengan seberapa segera?

Tidakkah mereka sedar bahawa perpecahan Pakatan Rakyat telah menggugat kedudukan parti pembangkang dan mengurangkan keberkesanannya? Tanpa adanya satu gabungan parti pembangkang yang kukuh, yang bergerak sebagai satu, maka rakyat akan hilang keyakinan terhadap kemampuan pembangkang menggantikan BN.

Itulah sebabnya BN bersusah-payah berusaha memecahkan Pakatan Rakyat dengan mengumpan PAS melalui isu hudud? Ianya dilakukan kerana BN tercabar atas sebab keberkesanan sebagai satu gabungan yang mantap.

Isu hudud itu telah ditentang Umno sekian lama dan tawaran untuk melaksananya mendatangkan risiko terhadap hubungan Umno dan BN sendiri. Namun mereka sanggup menghadapi risiko itu demi memecahkan Pakatan Rakyat.

Maka apabila Pakatan Rakyat berpecah, setiap parti bagaikan bergerak bersendirian tanpa penyelarasan yang rapat dan mantap. Penyelarasan dalam strategi bertindak tidak lagi dapat dilakukan dan begitu juga persoalan pendirian bersama terhadap isu semasa.

Keadaan ini umpama tiga orang mendayung mendayung sampan mereka sendiri. Sudah pasti lebih efisien juka tiga orang ni mendayung bersama dalam satu sampan dengan koordinasi yang mantap.

Oleh itu keperluan untuk membentuk kembali sebuah pakatan yang sanggup bersama atas asas seperti yang dipersetujui dahulu adalah amat penting.

Keadaan berpisah bukan sahaja menjadikan pakatan kurang berkesan, ianya menambahkan lagi perbalahan kerana tidak lagi bertemu dan berbincang.

Lagi lama berpisah, maka lagi lebar jurang pemisahan. Ia dilebarkan melalui kata nista dan tohmahan yang terus dilemparkan antara satu sama lain.

AMANAH bersama gabungan baru

Maka apabila ketua pembangkang menjemput AMANAH ke sidang meja bulat untuk mewujudkan kembali satu pakatan parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat sebelum ini, maka kami terus bersetuju untuk hadir.

Kami faham bahawa dengan itu perancangan Umno/BN untuk memisahkan parti pembangkang dan melaga-lagakan mereka akan dapat digagalkan.

AMANAH juga memahami bahawa itulah tanggung-jawab dan kewajipan sebagai wadah gerakan Islam yang bergiat di dalam arena politik negara iaitu untuk menyelamatkan negara dari terus dirosakkan Umno/BN. Hanya yang tidak melihat kepada keperluan untuk menjatuhkan BN akan memandang sepi jemputan ini.

AMANAH turut memahami bahawa tiada mana-mana satu parti akan mampu untuk memerintah Malaysia secara sendiri. Oleh itu pembentukan pakatan ini penting supaya rakyat melihat kemampuan bersatu dengan mengenepikan perbezaan demi mengutamakan kepentingan rakyat yang sangat mendesak.

Bagi yang menganggap ianya suatu yang boleh dilengah-lengahkan, mungkin mereka tidak memahami bagaimana dengan berlalunya setiap hari tanpa adanya satu pakatan pembangkang yang kukuh, rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kemampuannya untuk memimpin negara.

Kalau sesama sendiri pun tidak mampu menentukan keutamaan dan mengenepikan perbezaan, demi kepentingan rakyat, bagaimana pula mampu memerintah, ujar mereka! Apatah lagi apabila setiap hari diisi oleh kutukan dan tohmahan terhadap satu sama lain.

Gabungan baru lebih mudah

Sebenarnya menubuhkan pakatan baharu amat mudah kerana semua saling mengenali dan kerangka asal Pakatan Rakyat masih boleh digunakan sebagai asas pergabungan. Pakatan Rakyat telah bersama sejak 2008 dan saling memahami sikap dan pendirian masing-masing.

Pada masa yang sama mekanisme mengurus perbezaan telah pun diguna-pakai dan terbukti keberkesanannya. Kegagalan mekanisme ini untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat bukan atas sebab mekanisma itu tidak baik, tetapi atas sebab ianya tidak digunakan. Ianya tidak digunakan kerana ada yang termakan umpan Umno dan tidak mahu pertikaikan “keikhlasan” Umno.

Prinsip dan mekanisme “kerangka dasar dipersetujui bersama” serta “setuju untuk tidak bersetuju” terhadap dasar lain yang diperjuangkan oleh parti masing-masing, adalah corak pengurusan “politik gabungan” yang amat berkesan.

Namun ianya hanya berkesan sekiranya ianya difahami dan diamalkan secara ikhlas dan jujur. Wujudnya prinsip dan mekanisme ini membawa erti bahawa sebagai satu pakatan harus bergerak bersama memperjuangkan perlaksanaan segala dasar yang telah dipersetujui bersama dan ini seharusnya merupakan tumpuan yang patut diberikan.

Pada masa sama apabila timbul isu yang tidak terdapat dalam kerangka tersebut, maka setiap parti berhak menyatakan pendirian yang berbeza. Ini bermakna bahawa dalam isu yang tidak terdapat dalam “kerangka dasar dipersetujui bersama”, maka boleh berbeza pandangan dengan saling menghormati hak masing-masing untuk berpegang pada pandangan masing-masing.

Sebagai contoh, dalam isu hudud, tiada masalah bagi PAS menyambut tawaran Umno berhubung perlaksanaannya, tetapi tiada masalah juga bagi DAP menolaknya. Itulah yang dimaksudkan “bersetuju untuk tidak bersetuju”.

Dalam keadaan itu maka masing-masing perlu saling menghormati hak masing-masing untuk berbeza pandangan dalam soal yang tidak dipersetujui bersama, tanpa saling menyerang dan mencaci satu sama lain. Pada masa yang sama isu itu perlu dibincang bersama mengenai cara bagaimana menguruskannya.

Perbincangan ini perlu dilakukan secara bersemuka, bukan melalui media musuh yang sentiasa ingin mengadu-domba antara satu sama lain. Itu sekiranya memang ikhlas dan jujur untuk mengekalkan gabungan tersebut.

Parti Amanah Negara memahami dan menerima kedua-dua prinsip dan mekanisme ini dan oleh itu sentiasa bersedia untuk menyertai gabungan parti pembangkang apabila sahaja ianya ditubuhkan.

PAS dipinggirkan?

Ada yang mendakwa PAS dipinggirkan apabila sidang meja bulat ini diadakan. Saya hairan dengan tuduhan itu. Bagi saya amat jelas bahawa PAS telah dijemput berkali-kali. Tetapi PAS yang memilih untuk tidak hadir setiap kali. Dalam erti kata lain, PAS bukan dipinggirkan tetapi memilih untuk meminggirkan diri.

Kononnya peminggiran PAS dilakukan apabila diadakan sidang meja bulat ini dalam keadaan tergesa-gesa. PAS masih belum bersedia dan kita harus tunggu sehingga PAS bersedia, kononnya. Sebenarnya pintu untuk PAS menyertai Pakatan Harapan ini sentiasa terbuka. Apabila PAS sudah bersedia mereka boleh menyertai Pakatan Harapan bila-bila masa.

Persoalannya, adakah Pakatan Harapan perlu menunggu sehingga PAS sudah bersedia sebelum membina balik apa yang telah berjaya dirobohkan oleh Umno? Sudah pasti tidak.

Apa akan berlaku sekiranya PAS terus terpedaya dengan tipu helah Umno sehingga terus menganggap Umno adalah rakan yang lebih baik baginya berbanding Pakatan Harapan?

Bagaimana jika PAS terpedaya dengan kehebatan sendiri sehingga menganggap tidak perlu untuk bergabung dengan parti lain? Bagi saya, Pakatan Harapan perlu terus dengan tugasnya dan diusahakan supaya PAS bersama akhirnya. Insya-Allah PAS akan mengingati kembali bahawa Umno merupakan punca umat Islam dan Melayu keliru berhubung tuntutan Islam.

Bantahan NGO?

Berdasarkan laporan New Straits Times ada pihak membuat bermacam-macam andaian. Mungkin kerana prinsip “boleh bertahaluf dengan lawan” maka pandangan terhadap media mereka semakin lunak.

Oleh itu laporan media mereka dipegang dengan kuatnya. Maka dianggap benar dakwaan bahawa Datuk S Ambiga telah keluar dari sidang meja bulat sebagai tanda bantahan. Kononnya Maria Chin juga begitu. Sebenarnya laporan tersebut hampir kesemuanya tidak tepat.

Benar Datu Ambiga tidak setuju dengan penubuhan Pakatan Harapan secara tergesa-gesa. Tetapi beliau telah mengemukakan pandangannya dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak yang ingin membentuk gabungan itu, iaitu parti politik pembangkang yang terlibat.

Beliau bertanya mengenai ketidakhadiran PAS dan mengapa PSM tidak dijemput. Tiada pujian kepada PAS yang melambung-lambung seperti yang digambarkan. Beliau seterusnya meninggalkan sidang tersebut apabila sesi perbincangan bersama NGO tamat dan sesi perbincangan bersama parti politik yang terlibat dimulakan.

Pihak NGO dibenarkan hadir sesi kedua ini tetapi hanya sebagai pemerhati. Maria Chin tidak meninggalkan sidang tersebut bersama Datuk Ambiga dan telah hadir bersama sehingga selesai. Begitu juga wakil NGO lain seperti ABIM, IKRAM, SYURA dan lain-lain.

Isu Anwar calon PM

Ada yang pertikai kenyataan yang dikeluarkan Pakatan Harapan mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Ada yang tanya, kenapa Anwar?

Hakikatnya Anwar adalah pemmpin yang digeruni oleh Umno/BN dan atas sebab itulah beliau terus difitnah dan dipenjarakan. Tiada yang boleh menafikan peranan Anwar dalam membina Barisan Alternatif pada awalnya dan Pakatan Rakyat kemudiannya.

Atas kepimpinan beliau, PR telah mengegarkan kerajaan BN dan berada di ambang kemenangan. Segala sumbangan beliau dihargai dan kemampuan beliau diakui.

Pada masa yang sama adalah satu kezaliman terhadap Anwar sekiranya setelah beliau melakukan segala itu dan difitnah serta dizalimi oleh kerananya; maka dibenarkan rakyat dan negara melupainya.

Namanya perlu ditonjolkan sebagai calon perdana menteri dan mengingatkan rakyat bahawa beliau difitnah dan dipenjara oleh kerana ingin membela rakyat dan menyelamatkan negara.

Bagi yang sedang selesa bersama keluarga mereka, di dalam istana mereka atau kereta mewah mereka, yang tidak pernah mengalami kesusahan dalam memperjuangkan hak rakyat dan tidak pernah difitnah dan dipenjarakan kerananya; maka mereka seharusnya bertanya kelayakan diri sendiri sebelum layak bertanya, “sudah tiada orang lainkah?”

Pakatan Harapan sebagai ganti

Maka telah tertubuhnya Pakatan Harapan adalah dengan tujuan untuk menggantikan Pakatan Rakyat yang telah “tidak lagi berfungsi secara rasminya” atau dalam erti kata yang lain, sudah terkubur.

Atas keberanian dan kemampuan ketua pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melakukannya saya ucapkan tahniah dan syabas.

Adalah menjadi harapan agar semua parti pembangkang dan rakyat jelata akan bersama dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN dalam pilihan raya umum ke-14 yang bakal dihadapi.

Sejauh mana komitmen sesebuah parti politik terhadap usaha menjatuhkan Umno/BN akan terbukti dalam masa sebulan dua ini. Sekiranya semua komited, maka semua pihak akan bersama.

Sekiranya terdapat agenda lain yang tersembunyi, maka mungkin ini tidak dapat direalisasikan. Dalam keadaan itu, adalah lebih baik bagi pandangan saya, agar tidak bersama.

Sekiranya bersama, dalam keadaan mempunyai agenda lain yang yang ingin dicapai, maka adalah tidak jelas siapa yang dianggap kawan dan siapa lawan.

Ini adalah demi mengelakkan agar semua parti komponen PH tidak lebih sibuk menyerang sesama sendiri dari menyerang musuh bersama.

KHALID SAMAD ahli jawatankuasa pusat Parti Amanah Negara dan MP Shah Alam. Tulisan ini pertama kali disiarkan di blognya, khalidsamad.com.

, ,

Ahad, 27 September 2015

Khutbah Aidiladha: JAIP Tidak Mohon Maaf, Tuduh DAP Campur Tangan Hal Islam


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu. 

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.

"Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah," tegas beliau. 

"Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.

Malah, tegas beliau, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campurtangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. 

"Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.

"Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf," katanya.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu. 

Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.

"Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

"Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam," menurut teks khutbah itu.

Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAP yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.

"Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?," ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan Tengku Zulpuri itu.

"Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang,” kata beliau.

"Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.

"Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri," kata beliau lagi. -Antarapos/26/9/15

Berita awal di sini.

P/s: Jika benar fitnah, DAP sepatutnya menyaman JAIP. Yang kita hairan punyalah banyak salah laku pada pihak mereka, pemimpin mereka dengan pelbagai macam skandal tidak pula disentuh dalam khutbah. Walhal kasino antara paling besar di Asia pun letaknya di negeri itu.

Mungkin mufti ini lupa:













, ,

Sabtu, 26 September 2015

Wan Azizah Dituntut Beri Penjelasan Atau Minta Maaf – Arul PSM



Parti Sosialis Malaysia (PSM) mungkin akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menjelaskan atau meminta maaf atas apa yang disampaikannya mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat Selasa lalu.

Bekas Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata disebabkan dua ahli Parlimen iaitu Khalid Samad dan Dr Ong Kian Ming telah mengasingkan diri dari kenyataan mengapa PSM tidak dijemput dan dengan jelas menunding jari kepada Wan Azizah, maka adalah wajar beliau memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, PSM akan menghantar surat kepada Ketua Pembangkang dan berharap Wan Azizah dengan segera memperjelaskan apa yang dinyatakannya dalam rundingan berkenaan atau sekurang-kurangnya meminta maaf kepada parti tersebut.

“Sekiranya tiada penjelasan atau permohonan maaf dilakukan maka PSM mempunyai ‘option’ untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan kami sedang menelitinya tetapi belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Memang ketika ini ramai ahli marah dengan kenyataan berkenaan dan ada yang hendak membuat laporan polis tetapi pimpinan parti minta mereka bersabar dan memberi peluang terlebih dahulu kepada Wan Azizah dan PKR untuk memberi penjelasan beliau,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.

Arulchelvan berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Khalid dan Kian Ming semalam yang mengatakan bahawa mereka hanya mengulangi apa yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada pihak media mengenai ketidakhadiran PSM dalam rundingan meja bulat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik anjuran PKR baru-baru ini.

Mereka mengatakan bahawa Wan Azizah memberitahu bahawa PSM tidak dijemput, kerana tidak bersetuju dengan Dasar Perjanjian Bersama, termasuk melibatkan Artikel 153 berhubung hak-hak keistimewaan Bumiputera dan parti berkenaan bukanlah anggota dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Namun begitu, PSM menafikan perkara berkenaan kerana parti berkenaan menerima dan menyokong Manifesto PR dan Buku Jingga dan langsung tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa PSM menolak hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti yang dinyatakan dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata PSM perlu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai punca parti itu tidak dijemput untuk menghadiri Perbincangan Meja Bulat, pada Selasa lalu.

Katanya, beliau sebelum ini hanya menyampaikan kepada pihak media, apa yang diberitahu oleh Dr Wan Azizah kepada mereka yang hadir dalam rundingan berkenaan. - The Rakyat Post/25/9/15


Wanita Kuat Seks dengan Suami Lebih Awet Muda

Sekadar hiasan.
PUTRAJAYA — Ramai tidak sedar bercinta banyak faedah malah zahir dan batin. Ternyata, khasiat hubungan seks dengan pasangan yang dicintai menjadikan kulit bersinar hingga penampilan lebih cantik dan pesona.

Menurut Dr. Shannon Chavez, pakar psikologi klinikal dan terapi seks di London, Britain, wanita yang rajin bercinta memiliki kulit yang lebih lembab dan awet muda susulan aktiviti seks yang aktif dengan suaminya.

Ini kerana hasil persetubuhan itu mampu meningkatkan peredaran darah sekali gus membuatkan warna kulit tampak lebih cerah dan bersinar dibandingkan isteri yang amat jarang melakukan jimak dengan pasangannya.

“Peredaran darah yang lancar dan banyak pelepasan racun dari tubuh ketika bercinta, adalah baik pada kecantikan kulit anda. Itulah alasan ilmiah membuat kulit wanita lebih kenyal, bersinar dan awet muda,” jelasnya.

Pernyataan Dr. Chavez ini ada kaitan dengan hasil kajian dilakukan Royal Edinburgh Hospital di Scotland baru-baru ini terhadap pasangan berusia lanjut yang didapati masih aktif secara seksual di atas ranjang asmara.

Ia melibatkan mereka yang bersetubuh empat kali dalam seminggu bersama dengan pasangan masing-masing dan hasilnya didapati memiliki keadaan kulit 12 tahun lebih muda berbanding usia mereka yang sebenarnya.

Penyelidik tersebut merumuskan bahawa hormon yang tercipta ketika hubungan seks, seperti testosterone dan oestrogen, membuatkan tubuh mereka menjadi lebih kuat sehingga berpengaruh pada seri pesona kulit.

Secara umumnya golongan wanita berkahwin pasti faham akan banyak manfaat hormon oestrogen dalam menghasilkan kulit yang cukup lembut dan rambut menjadi lebih bercahaya. — Agensi/Mynewshub.cc/HAA/24/9/15


, , , ,

Mengapa Takut Kalau Dokumen 1MDB Khairuddin Palsu ? - Wartawan Veteran



Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan harus dibenar mengemukakan dokumen beliau mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya "palsu dan dipalsukan" itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kata Datuk A. Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang New Straits Times Group itu berkata, tidak ada sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut akan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jika benar beliau berbohong.

Sebaliknya, Najib harus yakin dengan sistem keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk bertindak terhadap Khairuddin jika dokumen 1MDB yang dibawa beliau adalah palsu.

"Jika Khairuddin menipu dokumen di tangannya palsu atau dipalsukan, mengapa perdana menteri perlu takut kepadanya?

"Sebagai kawan baik AS, beliau harus menaruh kepercayaan kepada sistem keadilan AS dan membenarkan Khairuddin mengemukakan dokumen palsu dan dipalsukan itu kepada FBI.

"Biar AS tangkap dan dakwanya kerana berbohong. Berbohong kepada sebuah agensi kerajaan AS ialah satu pelanggaran undang-undang jenayah."

Kadir juga berkata, tangkapan Khairuddin serta seorang lagi ahli Umno yang dipecat, Anina Saadudin, menunjukkan ugutan kini menjadi strategi Najib.

Anina dipecat selepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu.

Terdahulu hari yang sama, beliau dan peguamnya Matthias Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini.

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis.

Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai FBI di AS apabila ditahan di lapangan terbang itu.

Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, beliau ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 ketika berjalan keluar dari bilik mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Di bawah Sosma, suspek boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 29 hari. – The Malaysian Insider/26 September, 2015.


, ,

Tanpa PAS, Pakatan Harapan Masih Boleh Pikat Melayu - DAP



Pakatan Harapan masih mampu menarik sokongan pengundi Melayu walaupun tidak disertai PAS, kata seorang wakil rakyat DAP, mengulas kebimbangan yang gabungan parti pembangkang baharu itu mungkin lemah tanpa parti Islam itu.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata pandangan itu satu anggapan yang salah kerana PAS tidak berupaya menarik minat orang Melayu bandar dan pengundi bukan Melayu jika tidak kerana puak progresifnya.

Puak itu kini meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Liew berkata dengan mengandaikan "angin" politik akan memihak kepada pembangkang, pilihan raya akan datang bakal ditentukan sama ada pembangkang boleh mengalahkan Umno dalam 35 hingga 40 kerusi marginal di Semenanjung.

"Umno mempunyai 73 kerusi di Semenanjung," kata pengarah pendidikan politik DAP itu dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada musuh ketat PAS dan parti tunjang Melayu dalam Barisan Nasional (BN).

"Kekalahan dalam 40 kerusi marginal itu akan membawa kepada berakhirnya Umno sebagai kerajaan. Kerusi tersebut kebanyakannya separa bandar di pantai barat Semenanjung dan bercampur-campur dari segi komposisi etniknya.


"Ini kerusi yang PAS, di bawah kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ini, tanpa puak progresif, akan mendapatinya sukar untuk dimenangi," kata Liew (gambar, kiri).

Masyarakat Melayu membentuk kira-kira 50% daripada 30 juta penduduk Malaysia dan merupakan pemegang undi penting untuk kedua-dua BN dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan, terdiri daripada parti pembangkang PKR, DAP dan kumpulan serpihan PAS – Amanah – dilancarkan awal minggu ini menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak lagi berfungsi.

PAS enggan menyertai gabungan pembangkang baharu itu, menyatakan ia tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan "pengkhianat", merujuk kepada bekas anggota dan pemimpinnya yang membentuk Amanah.

Dengan penubuhan Pakatan Harapan, Liew berkata, pembangkang kini harus membina sokongan dan keyakinan orang ramai bagi mengubah kerajaan.

Lebih penting lagi, mereka perlu meyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa bandar yang kerajaan baharu akan menjadi lebih baik berbanding Umno.

"Jika pembangkang baharu boleh membina kepercayaan dan perpaduan, terutamanya di kalangan anak muda Melayu di kawasan pinggir bandar, mungkin akan ada gelombang anti-kerajaan atau tsunami yang akan menyapu bersih Umno untuk selama-lamanya," katanya.

Pakar strategi DAP itu juga meramalkan, gelombang rakyat seterusnya akan berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Menjawab kritikan yang Pakatan Harapan ditubuhkan dengan tergesa-gesa, Liew berkata, lebih baik gabungan itu direalisasikan segera sekarang daripada terlalu lewat di kemudian hari. – The Malaysian Insider/26 September, 2015.


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH