Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 14 November 2010

[Kemas Kini] AC Mizal Jawab Dakwaan Blog Aidid Mu’addib. Namun...




Saya bukan mahu berpihak. Namun sebagai orang awam, jawapan yang dilontarkan artis ini agak mengecewakan. Lebih malang, kenyataan yang dikeluarkan oleh artis ini seolah-olah mengiyakan dakwaan blog tersebut terutamanya dari segi harga dan penyelewengan testimoni.

Selepas membaca jawapan artis ini, perkara pertama yang terlintas dalam kepala otak saya ialah "Mudah sahaja jawapan artis ini sedangkan pendedahan yang dibuat begitu terperinci." Bagi saya, isu pertama yang perlu dijelaskan kepada umum/pengguna ialah bukti saintifik/kajian perubatan untuk menyokong dakwaan produknya. Siapakah doktor atau saintis yang telah membuat kajian tentang produknya? Apakah hasil kajian tersebut? Di mana sijil pengesahan ahli perubatan atau saintis? Tunjukkan kepada orang ramai bukti tersebut agar tidak timbul lagi dakwaan bahawa produk ini hanya kelentong.

Yang kedua, orang ramai ingin tahu sumber produknya. Benarkah produknya dari syarikat yang berpangkalan di China? Berdasarkan paparan katalog (disiarkan oleh penulis blog) terdapat banyak persamaan dari segi bentuk dan warna produk syarikat pembekal di China dengan produk artis ini. Yang berbeza ialah harganya. Artis ini perlu menyangkal dakwaan blog itu bukannya hanya sekadar mengatakan bahawa gambar gelang dalam katalog itu telah diubahsuai. Artis ini perlu menyangkal dakwaan bahawa produknya adalah keluaran Hot Time dan syarikat yang seumpama dengannya.

Cuba baca jawapannya, dia seolah-olah tidak menjawab tuduhan blog itu, namun hanya mewajarkan harga RM1000 itu dengan menjelaskan kos-kos yang perlu ditanggung. Gelang itu dijual RM1000, mengikut kata artis ini, daripada jumlah itu, komisen jualan berjumlah RM500 (wow! lumayannya, lumayan kepada ahli, bukan pembeli), tolak pula kos operasi & kotak. Kalau komisen sudah RM500, kos operasi dan kotak berapa? Cuba congak harga sebenar gelang itu? RM100? RM78? Maknanya pembeli gelang ini perlu membayar kos komisen RM500, kos operasi dan kos kotak. Bijakkah anda sebagai pengguna untuk menanggung kos tersebut?

Yang ketiga tentang testimoni palsu, si artis ini menjawab " Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain." Wow, ringkas dan mudahnya jawapan dia! Maaflah, bagi saya jawapan ini sangat tidak bertanggungjawab. Jika sesuatu berlaku kepada pemakai, apa pula jawapannya?

Fasal lesen jualan langsung dan sebagainya, saya rasa pihak berkuasa yang berkaitan mungkin berminat untuk menyiasatnya. Fasal mahu menjual produknya di Mark & Spenser, err.... Artis ini "memang" berani kerana benar mendedahkan hal ini!

Saya petik:
[HM] SELEPAS beberapa hari membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya diugut, malah menjadi bahan cacian di Internet, pelakon, penyanyi dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau AC Mizal tampil memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang ditimbulkan penulis blog, forum tertentu dan laman sosial Facebook, antaranya mendakwa harga gelang AC cuma AS$25 (RM78) tetapi dijual pada harga RM1,000, penjualan gelang AC di gedung Marks & Spencer di London, tiada lesen jualan langsung dan gelaran Datuk tipu.
Beliau yang kini bergelar ahli perniagaan selaku Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd (AC Konsortium) menyifatkan dakwaan terbabit sebagai fitnah dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik dan menjatuhkan perniagaannya.

Akibat keselamatannya turut diancam, AC terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi bagi melindungi keluarga dan kakitangannya.

Sambil mencabar pihak yang menyerangnya itu tampil, terutama penulis blog yang menggunakan nama Aidid Mu’addib, AC menganggap mereka sebagai pengecut. Atas dasar ‘berani kerana benar’, AC dengan tenang menghabiskan masa hampir dua jam ditemubual wartawan Metro Ahad, ISMA ISMAIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan FIRDAUS SAHAT di pejabatnya di Ampang, baru-baru ini. Ikuti luahan AC.

“SAYA tidak menaruh dendam berhubung fitnah yang dilemparkan kepada saya. Ia sedikit pun tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perniagaan AC Konsortium.

Saya akan meneruskan tugas selaku Pengarah Eksekutif AC Konsortium. Walau apa saja fitnah dilemparkan, saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, kakitangan dan ribuan ahli AC Konsortium.

Saya tidak mahu membuat tuduhan siapa memulakan semua itu, tetapi berdasarkan penggunaan ayat dan maklumat disebarkan itu, terutama membabitkan hal perniagaan, saya dapat agak siapa dalangnya.

Jika diikutkan, serangan terhadap saya bermula sejak tahun lalu tetapi ia semakin menjadi-jadi selepas saya terlepas daripada hukuman penjara berkaitan kes syariah baru-baru ini. Mungkin individu itu tak puas hati sebab saya tidak dipenjarakan.

Jika saya dipenjarakan, barangkali individu itu puas kerana dia memang mahu melihat saya menderita. Apa pun, saya membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan biar pihak berkenaan melakukan siasatan.

Cuma, kepada penulis blog yang mencetuskan serangan kepada saya, sila tampil ke depan dan dedahkan identiti. Jangan jadi pengecut! Kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.

Jangan sekadar menunjukkan keberanian dengan penulisan. Saya sendiri tampil memberi kenyataan dan membalas dakwaan yang ditimbulkan. Saya bukan mahu meraih simpati, tetapi apa yang dilakukan terhadap saya adalah keterlaluan. Bukan saya seorang yang terpaksa menanggung kesan fitnah, termasuk ugutan dilemparkan, tetapi juga keluarga dan kakitangan AC Konsortium.

Kenyataan ‘elok sembelih saja kot’ bukan kenyataan yang boleh dibuat main-main. Walaupun penulis blog yang mengeluarkan kenyataan itu mengatakan ia hanya metafora sehari selepas saya buat laporan polis, saya tidak boleh terima.

Penulis yang buat kenyataan itu boleh menganggapnya perkara kecil tetapi tidak bagi sesiapa saja yang ditujukan ayat seperti itu. Terus terang saya katakan, saya, keluarga dan kakitangan AC Konsortium hidup dalam ketakutan.

Saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi. Sudah pasti apabila saya mengupah pengawal peribadi, ada nanti yang mengatakan saya berlagak dan mahu tunjuk hebat, tetapi tiada langsung niat seperti itu kerana saya hanya mahu menjaga keselamatan diri, keluarga dan kakitangan seramai 33 orang.

Akibat fitnah yang dilemparkan, saya akui perniagaan saya merosot dalam tempoh sebulan, tetapi kini ia perlahan-lahan bangkit kembali kerana dalam pada ada yang membenci, masih ramai mengetahui situasi sebenar dan memberi sokongan.

Di sini saya mahu menjawab pelbagai dakwaan yang ditimbulkan:

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti.”

Kemas Kini:
* Respons Blogger Adib tentang kenyataan AC di HM di atas.

  1. dia lupa nak cakap.. gelang dia niada di jual di zimbabwe

    gravatar Comment by mr edz @ Ahad, November 14, 2010 11:21:00 PG      
  2. salam..datuk ac..diharap anda bersabar dgn sgala fitnah atau tuduhan dan kritikan yg dtujukan kpda anda..setiap yg baik pasti bnyk pnghalangnya..percayalah allah tdak akn mmbiarkan hambanya dizalimi dan tdak mmberi dugaan yg mlebihi bts kmampuan hambanya..truskn usaha dn perkukuhkn ekonomi bangsa..salam..

    gravatar Comment by timunpumba @ Ahad, Disember 16, 2012 2:05:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH