Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 3 November 2010

Artis Ini Sertai Parti HALLOWEEN! Apa Hukumnya?



Gambar-gambar ini saya saya salin dan tampal dari laman We Love Fasha Sandha.di Facebook. Label album untuk gambar-gambar ini pula ialah Halloween Party 2010. Jika begitulah labelnya, maka tidak salahlah saya menggunakan tajuk kiriman di atas. Ada lapan gambar kesemuanya, namun saya salin dan tampal dua keping gambar sahaja. Cukuplah!

Saya tidak mahu mengulas panjang.

Yang pertama, apakah perayaan yang digelar sebagai Halloween? Yang kedua, apakah hukum bagi umat Islam yang menyambut parti ini? Saya tahu hukumnya haram. Namun, saya cari sumber yang lebih berautoriti dan penjelasan yang lebih baik untuk bacaan anda. Alhamdullilah, saya jumpa satu kiriman yang menyiarkan hukum dan sejarah perayaan ini.

Saya petik:
[al-Muntalaq] Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

 Mudah-mudahan kiriman ini dapat menjadi panduan dan pengajaran kepada kita semua. Mudah-mudahan kita tidak begitu!

  1. darjat artis di malaysia setaraf dengan menteri.. kalau artis buat onar mereka akan dilindungi sebab nak jaga nama artis.

    tahap pemikiran menteri pun sama dengan tahap pemikiran artis... sebab kalau kedua2 golongan ini buat onar mereka akan dilindungi dari segi moral kununnya... takut malu dimata masyarakat... nak jaga darjat... poooorahhh!!!

    gravatar Comment by otaklunyai @ Rabu, November 03, 2010 9:13:00 PG      
  2. Terimakasih kerana artikel ini dan beberapa artikel lain sebelum ini. Sekurang kurangnya dapat memberikan keinsafan kepada diri kita terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Semoga ianya dapat dijadikan iktibar.

    Kepada otaklunyai, mungkin anda juga boleh menjadi seperti DUNIACACAMARBA kerana tiada siapa yang melebihi undang-undang dan hukum Allah. Terpulang kepada kita mendedahkan kemungkaran kerana ia adalah satu tanggungjawab.

    Menceritakan keburukan seseorang itu adalah satu dosa. Berdiam diri terhadap kemungkaran adalah SUBAHAT! Wallahualam

    gravatar Comment by Bingai @ Bangang @ Rabu, November 03, 2010 4:33:00 PTG      
  3. Salam Bingai dan Otai,

    Dalam artikel ini, saya cuba untuk tidak menghentam artis itu, saya cuba mencari artikel yang boleh menjawab perilakunya sahaja.

    Mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar kepada pembaca. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul.

    gravatar Comment by Unknown @ Rabu, November 03, 2010 5:28:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH