Mak Nyah Kurung/Belasah Teman Lelaki Tetapi Takut Kena Sebat!
Mak nyah ganas! Mak nyah seperti yang diberitakan di bawah ini didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan kerana membelasah dan mengurung teman lelakinya.
Yang lawaknya, seganas-ganas mak nyah ini, dia cuba mengelak hukuman sebat yang lazimnya akan dilakukan di bahagian punggung. Dia merayu agar tidak disebat dan rela dikenakan hukuman penjara.
Si penjenayah ini rela punggungnya di"tut", tetapi tidak rela punggungnya disebat. Dia garang membelasah teman lelakinya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal, namun takut untuk menerima hukuman. Dia mungkin tidak sedar hukuman yang bakal dihadapinya di akhirat nanti lebih dahsyat jika ditakdirkan mati sebelum sempat bertaubat!
Saya petik:
[BH] BATU PAHAT: Seorang mak andam mak nyah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas dua tuduhan mencederakan teman lelakinya sehingga mangsa disahkan mengalami kecacatan kekal di bahagian muka serta mengurung mangsa, tahun lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Hafiz Jaafar, 29, selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.
Sebaik saja keputusan diumumkan, tertuduh terus meraung serta menangis sebelum merayu supaya hukumannya dikurangkan.
“Tolonglah tuan hakim, saya tak mahu kena sebat... saya tak sanggup... kalau kena penjara lama pun tak apa, saya sanggup... saya tak sanggup kena sebat, " katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, manakala enam saksi termasuk seorang doktor pakar saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.